Outsource memang menjimatkan!
Hello pembaca SaifulSham,
Selama lebih 3 tahun dalam perniagaan internet, perkara yang paling tidak disukai saya adalah apabila saya tidak cukup masa melakukan apa yang saya suka.
Saya dan Sabri memang gilakan internet business, memang gila belajar mengenai saham, hartanah dan gilakan wang. Itulah passion kami.
Jika anda sebut sahaja mengenai peluang mendapatkan wang diinternet, kami sebenarnya akan balik mengkaji peluang itu. Jika ada kesempatan, kami akan menyambarnya (tidak termasuk skim-skim ponzi).
Tahukah anda, saban hari kami memang berkejar-kejar membina perniagaan internet kami. Kami sentiasa bertarung dengan masa:
- SaifulSham.com sudah pasti sesuatu yang kami tidak boleh tinggalkan. Wajib diupdate.
- Lain-lain perniagaan internet (termasuk tempahan produk, penghantaran, kemaskini laman web dan mencari idea bisnes baru).
- Mengemaskini semua perkara mengenai seminar dan workshop kepunyaan kami.
- Undangan talk dimana-mana tempat.
- Belajar di universiti!
- Menguruskan pejabat dan staff.
Itulah sebahagian rutin harian kami. Dengan perlunya kami hidup sebagai manusia, maka kami juga mencuri masa untuk tidur, beriadah, dan merehatkan fikiran.
Yang penting lagi, beribadat juga perlu diutamakan.
Jadi, jika anda melihat semua senarai diatas, memang saya beritahu anda, kami sentiasa tidak cukup masa. Oleh sebab itu, kami terus melantik seorang staff untuk mengurangkan kerja-kerja ringan kami yang memakan masa.
Sebagai contoh, mengemaskini laman web memang memakan masa. Mengambil tempahan dan melayan pelanggan memang memakan masa. Ia bagi kami perkara kecil dan temeh tetapi ia adalah survival perniagaan internet kami.
Tidak diupdate bermakna, kurangnya pelawat. Mengambil masa yang lama untuk menjawab e-mel bermakna kurangnya perasaan yakin pelawat kepada laman web kita.
Begitulah. Dan saya harus akui, sehingga kini, tidak semua e-mail yang dihantar kepada kami dijawab sepenuhnya. Atas sebab itulah, pentingnya seorang staff bagi kami, Team SaifulSham.
Jika keadaan begini berlaku kepada anda, jawapan terbaik bagi kami berikan adalah, outsource kan kerja-kerja yang perlu.
Tumpukan masa berkualiti anda kepada perkara-perkara yang boleh menjanakan lebih wang.
Bagaimana caranya terpulang kepada anda. Jika anda mempunyai staff, anda boleh menyuruhnya membuat kerja-kerja itu.
Tetapi jika tidak mempunyai staff, anda boleh mencari sendiri orang-orang untuk dioutsourcekan anda diinternet. Upah mereka.
Dahulu, saya juga tidak suka perkataan outsource. Sebab bagi saya ia membazir wang (ketika tidak sibuk).
Tetapi selepas berbagai-bagai kerja yang perlu dibereskan, dan saya hanya mempunyai 2 tangan dan 2 kaki, maka mahu tidak mahu, saya outsource kan beberapa kerja.
Contohnya, laman web SaifulSham.com yang berwarna keorengan ini dibina dengan mengupah programmer luar negara. Sebab satunya, kami memang tidak pandai design cantik-cantik.
Keduanya, kami boleh untuk design dengan cantik, tetapi ia akan memakan masa (mungkin sehingga kucing bertanduk
).
Ketiganya, kami ada banyak lagi web yang perlu dijaga. Sebab itulah, outsource kan kerja-kerja anda akan menjimatkan masa, wang, dan juga tenaga.
Kalau didunia perniagaan offline, memang sudah banyak syarikat korporat yang membuat outsource kepada kerja-kerja mereka.
Sebagai contohnya, kebanyakan syarikat akan membuat outsource kerja-kerja kecil kepada syarikat lain seperti menjawab panggilan pelanggan sama ada yang ingin bertanya mengenai produk, menyuarakan masalah, dan sebagainya.
Tujuannya, syarikat tersebut tidak mahu menjawab perkara yang sama berulang-ulang kali dan pada masa yang sama perlu menjaga kualiti hubungan dengan pelanggan. Maka, mereka meng outsource kan kerja-kerja tersebut.
Jadi, anda nampak, mengapa perlunya kita membuat outsource kerja-kerja yang perlu. Melakukan semuanya bukan tidak boleh, tetapi kita juga manusia.
Tidaklah nikmat untuk hidup didunia ini jika anda tidak ada masa untuk berehat, beriadah dan melakukan masa berkualiti anda untuk membuat kerja yang menghasilkan lebih wang.
Ingat tips hari ini, outsource kan kerja anda jika perlu.
Jumpa lagi~
Â
Â


January 29th, 2007 at 7:39 pm
Betul..mmg menjimatkan masa.kalau ada duit lebih la..:-P
Sabri, dok tggu email ko ni..masih x dpt2.
January 29th, 2007 at 9:41 pm
100% sokong!!!igtlah duit bukan segale2nye dlm dunie ni dan sebab duit lah manusia binasa.
January 29th, 2007 at 9:45 pm
sungguh tepat tip hari ni. lagipun outsource dapat memberi peluang kepada orang lain untuk mendapat extra income. itu kira elok sebab ada pihak yang dapat berkongsi pendapatan. win-win situations…
January 29th, 2007 at 10:04 pm
memang outsourcing ni sgt menguntungkan tinggal nk menguruskan je yg susah. dgn nak cari org yg boleh dipercayai.. tu sebab kadang2 bagus ada team mates
January 30th, 2007 at 8:02 am
mmg telah menjadi lumrah dlm hidup kita saling bantu-membantu.
dlm masyarakat ahli perniagaan kini, pelbagai/banyak kakitangan diperlukan demi menjayakan ebiz kita.
kpd newbie, maybe u all belum merasakan spt yg dilalui oleh saifulsham, namun kelak kita semua akan berhadapan dgn situasi ini. anyway, tq for tips.
January 31st, 2007 at 1:27 am
Hohoho, buat pertama kalinya saya outsourcekan satu kerja pada seorang designer walaupun saya boleh buat design grafik asas. Tapi nak lagi ok, saya upah orang lain. Percayalah, duit yg kita laburkan utk outsource akan kembali semula kpd kita dalam bentuk keuntungan hasil kerja outsource tersebut.
Jadi, jangan takut untuk ‘invest’ dalam sesuatu untuk terus berjaya.
January 31st, 2007 at 8:52 pm
Andai baru mula dalam bisnes internet, elok tanpa outsource..bila dah pesanan meledak apa salahnya gunakan outsource, Time is Gold….!!!!!!!!!!
ikhlas;
http://www.freewebs.com/mesinduit