Pasarkan produk anda di Craigslist.org!
Hello pembaca SaifulSham,
Jika anda adalah pembaca setia SaifulSham.com sejak tahun 2005, anda mungkin pernah melihat sebuah page iklan yang dicipta khusus oleh kami bagi menarik penjual mempromosikan barangan, perhidmatan atau apa jua jenis produk secara percuma (malangnya kami sudah tidak meneruskannya lagi).
Dahulu kami menggunakan teknik yang agak tidak maju (boleh dikatakan budak hingusan) untuk menarik pengiklan. Caranya, saya mengupah adik saya untuk membelek akhbar-akhbar harian (ruangan iklan), dan tulis semula iklan tersebut di page iklan kami.
Saya mengupahnya sebanyak 20 sen bagi setiap iklan yang ditulis kembali. Saya masih ingat ketika itu saya menghabiskan sekitar RM200 untuk membayar adik saya (yang ketika itu disekolah rendah – lumayan baginya).
Selepas menulis di page iklan terbabit, saya menyuruh adik saya menghubungi pengiklan terbabit dan mengatakan bahawa iklannya juga turut disenaraikan di page iklan laman web kami secara percuma untuk tempoh sebulan. Jika pengiklan itu mahu meneruskan pengiklanan, beliau boleh ke page tersebut dan menambah seberapa banyak iklan secara percuma.
Teknik yang saya gunakan untuk menghubungi pengiklan adalah saya menyuruh adik saya pergi ke laman web myelectone.com (menghantar sms secara percuma dari laman web –kini laman web ini pun nampak sudah tidak wujud lagi), dan memberitahu setiap pengiklan tersebut.
Tetapi realitinya, bukan senang seperti yang disangka.
Kami ketika itu menyanjung tinggi idea daripada Craig Newmark, seorang pengasas Craigslist.org — sebuah laman pengiklanan yang menarik lebih 10 juta pengunjung unik setiap hari!
Jika anda ke laman web tersebut, ideanya nampak mudah. Laman webnya pun nampak tidaklah menggunakan tools atau software yang hebat. Tetapi, untuk menjadi craigslist yang kedua, ia adalah mimpi ngeri buat kami!
Jadi, kami pun berhenti disitu.
Akan tetapi, tujuan saya menulis hari ini adalah untuk menyarankan anda yang mempunyai apa jua produk dan servis, bagi membuat senaraian di craigslist.
Jika anda tidak tahu,Craigslist merupakan laman pengiklanan yang popular di bandar-bandar besar di Amerika. Yang menariknya, ianya percuma! (saya tahu ini yang mahu didengar anda bukan).
Tips untuk mengiklan di laman pengiklanan seperti Craigslist adalah, anda harus menulis ayat berterus terang (tidak perlu pun tahu mengenai HTML, tidak perlu menjadi IT Savvy). Maksud saya adalah jika anda menjual produk tertentu, nyatakan kondisinya, harga, cara menghubungi anda. Itu sahaja.
(Anda boleh melihat contoh seperti sedia ada di Craigslist.org).
Perlu diingat, kebanyakan orang yang menggunakan Craigslist adalah rakyat Amerika. Dan penyenaraian iklan boleh dilakukan mengikut bandar-bandar. Katakan anda mempunyai target Ney York, anda boleh mengiklankan produk anda hanya di ruangan bandar tersebut.
Walaupun sebenarnya jarang orang asing/ alien (selain dari rakyat Amerika) menggunakan Craigslist, tetapi apa salahnya?
Anda boleh juga mengiklankan laman web anda, eBay store, servis copywriting, ebook design, atau apa jua. Jadi, gunakannya sebaik mungkin.
Satu pesanan saya, oleh sebab kita tidak boleh mengetahui efektif iklan di Craigslist secara terus, gunakan tips ini:
Jika anda iklankan produk anda di sana, letakkan alamat email yang khusus untuk pesanan dari Craigslist, gunakan link yang khusus juga. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui apakah iklan anda di Craigslist benar-benar efektif atau tidak.
Jadi, itu sahaja buah tangan saya hari ini. Perkara paling penting adalah melakukannya (bukan sekadar baca artikel ini dan mengangguk sahaja
)
Jumpa lagi.
W.M.Syazwan
P/S : Adik saya telah berlepas ke New Zealand minggu lepas. Dalam masa beberapa ketika ini, anda akan melihat perubahan sedikit demi sedikit di laman web SaifulSham.co.nz. Beliau juga masih sedang belajar menggunakan Joomla!


February 27th, 2007 at 12:40 am
syazwan, tadi saya tertype craiglist.com, rupanya ia adalah laman porno..mungkin itu sebabnya dapat unique visitors sampai 10 juta..strategi penampan yang baik..tapi tak salah utk menguji betapa efektif pengiklanan di craiglist.org .saya dah mencubanya..
February 27th, 2007 at 7:12 am
Syazwan, rajin menulis …
Kadang2 memang mudah dimata, but reality bites… Sanggup x sanggup je buat …
February 27th, 2007 at 8:03 am
tq for info.
10 juta? peh memang luar biasa.
bilalah IM kat malaysia ni dpt buat spt beliau,
saifulsham boleh kot?
February 27th, 2007 at 8:39 am
Aahla, kalau ssapa yg tsalah taip, dan tmbh dot com,mmg akan pergi laman web *&@%^@.
Tp setahu sy, craigslist mmg dh lama popular, sejak dr sy msuk dlm internet business, diorang dh femes. Sy rs laman web yg tut tut tut tuu dibuat selepas craigslist.
Nway, have a good try.
February 27th, 2007 at 10:26 am
Camne nak buat ‘link khas’/'special link’ yg Syazwan cadangkan tu? Kureng sikit la bab2 link ni …
Anyway, Craigslist.org is a good place to advertise.
February 27th, 2007 at 12:30 pm
Thanks for the info Syazwan..1 lagi website yang ade lebih kurang sama dgn Craiglist.org tp ia lebih kpd approach utk meng’link’kan golongan2 professional dlm pelbagai bidang – http://www.linkedin.com/
February 27th, 2007 at 2:03 pm
Rajin ye syazwan menulis
,
Tingginya page rank craiglist tu..
February 27th, 2007 at 5:23 pm
saya dh tgk website craiglist tu..
walupun nmpk simple tp mmpu menarik sehingga 10 juta unique visitor sehari..
rsenye yg mR Fayz ckpkn tu ada betulnya..hehe
February 28th, 2007 at 4:39 pm
Website yg simple tapi pengunjungnya sangat ramai. Teknik promosi yg hebat digunakan.
March 21st, 2007 at 10:06 am
hai, macam mana nak iklan kan di craiglist, saya dah buka web tersebut, tapi tak tau pegi mana?cari mencari juga.boleh tunjuk langkah2. im really excited, tq
October 7th, 2011 at 9:11 pm
wahh..satu information menarik..boleh tunjuk ajar lagi kawan2 dimana lagi laman web yg boleh advertised yg pengunjungnye ramai.plss..email saya juiczy7@yahoo.com