Hello pembaca SaifulSham,

Kami agak jarang menulis di SaifulSham ketika ini. Ada banyak sebab yang membawa kepada faktor ini. Pertama, Konvensyen SaifulSham pada bulan Februari. Persiapan rapi perlu dilakukan.

Keduanya, kami sibuk menstruktur kembali perniagaan. Banyak laman web perniagaan kami akan diubah wajah, tidak terkecuali planesplanet.com. Juga mungkin saudagar.com.my. Beberapa laman web baru juga sedang dalam proses pembinaan.

Walaupun kami mempunyai staff yang bekerja menyiapkan laman web perniagaan yang baru, kami masih bekerja setiap hari (termasuk pada hari cuti). Inilah rekod pertama kali pada bulan lepas saya tidak keluar ke mana-mana (selalunya melepak di Midvalley, Suria KLCC) pada hujung minggu.

Sebenarnya, untuk tahun ini, kami sedang mencuba memecah rekod keuntungan perniagaan internet kami. Jika terhasil, akhir tahun saya beritahu anda ;)

Baiklah,

Isu kali ini sebenarnya bagi saya sudah terlalu banyak diperkatakan. Memandangkan perniagaan internet kami sedang meningkat, ada baiknya saya beritahu anda perkara terbaru.

Dalam perniagaan internet di Malaysia, selain penerimaan bayaran melalui Maybank2u dan CIMB, orang kita suka untuk menggunakan Paypal serta 2checkout. Sebab kedua-duanya reliable.

Walaupun Paypal mempunyai masalah tertentu, tetapi disebabkan hampir kebanyakan transaksi diinternet menerima Paypal, ia tetap satu pilihan.

Begitu juga 2checkout, walaupun cajnya lebih mahal dari paypal, ia masih menjadi pilihan kerana dana dalamnya lebih mudah untuk dicashkan (melalui penghantaran cek ke rumah).

Namun, saya sekarang berminat untuk mempertimbangkan penggunaan Worldpay sebagai salah satu lagi merchant akaun terbaru Team SaifulSham. Satu sebab saya menyukai Worldpay adalah, kita boleh mengubah-ngubah jenis wang yang digunakan (termasuk RM – tidak ada pada Paypal dan 2checkout).

Satu sebabnya lagi, reliability Worldpay sebenarnya lebih diyakini sebab ia milik Bank Of Scotland berbanding 2checkout dan Paypal.

Satu sebab lagi, nilainya fluctuate. Apakah maksudnya?

Seperti yang Sabri ceritakan beberapa hari lepas, sila berhati-hati dengan tukaran wang asing sekarang sebabnya ringgit Malaysia meningkat ke tahap tertinggi ketika ini.

Dahulu, kami tidak mengendahkan langsung pertukaran ringgit ke dolar disebabkan ia ditambat pada 1 USD = RM 3.80. Contohnya, jika saya menjual sebuah barang pada 1USD, saya akan menjualnya dengan menggunakan Paypal sebegitu, dan saya akan mendapat nilai RM3.80 (tidak ditolak komisyen paypal -contoh sahaja).

Tetapi kini, jika saya biarkan 1USD sebegitu, nilainya sudah menjadi RM3.50! Rugi 30 sen! Maknanya, saya perlu menaikkan nilai harga mungkin kepada USD1.20 di Paypal. Bukankah satu kerja yang menyusahkan jika tiap-tiap kali nilai ringgit naik, saya perlu mengubahnya.

Perkara ini selalunya merunsingkan terutama jika produk yang dijual adalah produk fizikal. Sebab kos selalunya tinggi.

Jawapan paling mudah memang ada, iaitu mengekalkan terus nilai 1USD=RM3.80. Senang, tidak perlu berfikir 2,3 kali. Tetapi, pada kami, selagi kami boleh mengurangkan harga barangan kami, kami akan mencubanya. Ia adalah satu faktor penting untuk terus bersaing.

Satu cara lagi adalah menggunakan WorldPay. Anda tidak perlu risau jika nilai ringgit terlalu fluctuate. Ini kerana, sistem dalam Worldpay akan secara automatik meletakkan nilai produk mengikut nilai semasa.

Mmm, saya rasa saya tidak perlu terlalu mendalam untuk topik ini. Cumanya, begitulah. Setiap satu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Satu tips yang sentiasa saya gunakan. Gunakanlah berbagai-bagai merchant provider. Sebabnya adalah bahaya untuk menggunakan satu jenis merchant provider.

Saya berpengalaman duit dibekukan selama 3 bulan di 2checkout kira-kira 2 tahun lalu. Menangis saya siang malam kerana semua wang berada disitu. Sungguh ni, kisah benar.

Kesnya mudah sahaja, terdapat beberapa pembayaran ke akaun saya diragui fraud. 2checkout terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiasat pembayaran tersebut.

Walaupun akhirnya ia lulus, dan cek sampai ke tangan saya. Tetapi, akhirnya saya dan Sabri mempelbagaikan merchant provider kami. Bukan semua wang kami berada di 2checkout. Bukan semua juga berada di Paypal.

Ada banyak kisah negatif mengenai merchant provider seperti Paypal dan 2checkout. Buat sesiapa yang belum pernah mengalaminya mungkin tidak terasa. Tetapi pengalaman lalu mengajar kami bahawa, jangan bergantung kepada satu jenis merchant provider sahaja.

Ok,jumpa lagi!