Hello pembaca SaifulSham,

Tips hari ini ada kena mengena dengan pelancaran ECommerceMastery secara besar-besaran nanti. Mungkin juga ada kena mengena dengan anda, siapa tahu?!

Baik, sejarah telah membuktikan, tidak ada manusia yang ingin hidup bekerja untuk anda selagi tidak ada inisiatif atau ganjaran yang menanti mereka.

(Melainkan Superman, Batman, dan superhero lain, dimana mereka bekerja membantu orang lain tanpa dibayar gaji!).

Hal yang sama juga berlaku dalam perniagaan internet. Dalam perniagaan internet, tentu sekali pernyataan “bekerja untuk anda” adalah ditafsirkan sebagai program affiliate.

Ahli-ahli yang mendaftar dengan sebarang program affiliate sudah tentu mempunyai matlamat yang sama, mereka semua pastinya inginkan ganjaran hasil promosi yang dilakukan mereka.

Dan jika anda merupakan penyedia program affiliate, anda pastinya mahukan ahli-ahli affiliate anda sentiasa bekerja untuk anda. Anda mahukan mereka menjadi askar-askar anda yang sentiasa setia selama-lamanya.

Sepanjang penglibatan saya dalam perniagaan internet, sebenarnya sukar untuk mengekalkan kestabilan program affiliate pada satu tempoh masa yang lama. Kesukaran untuk mengekalkan kesetiaan ahli affiliate tersebut atas beberapa faktor:

- Produk sudah tidak relevan
- Terlalu banyak persaingan
- Ganjaran yang tidak menarik
- Tiada bantuan sokongan

Askar-askar anda (ahli affiliate) juga adalah bijaksana. Masakan mereka mahu menjadi askar anda jika mereka terpaksa berperang dengan golok dan parang sedangkan lawan mereka (program affiliate lain) menggunakan M16 dan bom atom.

Masakan mereka mahu mengangkat anda sebagai presiden mereka jika mereka mengunggang kuda sedangkan lawan mereka menaiki jet pejuang.

Jadi, jawapan untuk masalah ini, perbetulkan program affiliate anda. Cari produk lain yang mampu membawa pulangan secara berterusan kepada ahli affiliate.

Dan paling penting, produk anda haruslah relevan sepanjang zaman. Maka, akan lebih senang ianya terjual. Sudah pasti, ahli affiliate anda akan tersenyum lebar dan anda sudah pasti adalah seorang Jeneral yang paling hebat dalam sejarah.

Untuk membolehkan anda berterusan mendapat sokongan ahli affiliate, maka bayarlah ahli affiliate anda secara berterusan.

Kaedah ini sedang digunapakai kami untuk ECommerceMastery.com. Sebagai contohnya, kami akan membayar ahli affiliate selagi mana pelanggan yang dirujuknya kepada kami kekal menggunakan khidmat di ECommerceMastery.com!

Bukan sahaja bayaran setiap tahun, tetapi juga bayaran bulanan! Ya kami akan membayar secara bulanan ahli affiliate jika pelanggan yang dirujukkan kepada kami menggunakan tools-tools e-commerce di ECommerceMastery.com.

*******************************************

Jadi, tips hari ini mudah sahaja:

Salah satu cara untuk mengekalkan ahli affiliate adalah dengan membayar mereka secara berterusan.

Kaedah ini amatlah sesuai jika produk yang dipromosikan anda dikenakan bayaran bulanan atau tahunan, sebagai contohnya membership site (bukan hosting sahaja tau!).