Pelaburan Hartanah :Siri 1
Hello pembaca SaifulSham,
Bulan lalu, bapa saya baru memuktamadkan jualan sebuah hartanah dengan nilai RM 1.4 juta kepada sebuah syarikat kontraktor perumahan. Nilai hartanah itu dibelinya pada harga RM 400,000 lebih kurang dua tahun lepas.
Keuntungan daripada urusniaga ini adalah lebih kurang RM 1 juta.
Semua dilakukan bapa saya dengan seorang diri. Tanpa perlu menubuhkan syarikat hartanah atau melantik sebarang staff. Staf yang ada sekarang pun adalah staff untuk stokis MLMnya di Kota Bharu.
Kata bapa saya, hartanah adalah satu bentuk pelaburan yang paling selesa dan senang dilakukannya sejak lebih 12 tahun lalu. (Bapa saya menceburi diri bidang hartanah ketika saya belajar di darjah 5).
Kata bapa saya lagi (seorang bekas chartered akauntan), dalam banyak-banyak instrumen pelaburan yang ada didunia ini, hartanah adalah senang diuruskan dan risiko yang terlalu rendah (hampir kosong risiko) dan pulangan yang lumayan.
Mari kita lihat perbandingan secara kasar beberapa bentuk pelaburan yang ada didunia ini:
Perniagaan
Pulangan boleh jadi lebih tinggi atau rendah. Untuk perniagaan yang masih baru, anda mungkin memerlukan masa untuk mencapai break even. Ditambah karenah perniagaan seperti kos yang tinggi (bangunan, premis), persaingan yang sengit, masalah pekerja dan sebagainya.
Anda memerlukan teknik-teknik baru untuk melawan pesaing, perlu melabur untuk menjadi lebih baik daripada pesaing lain.
Hartanah masih kekal dengan teknik sama daripada dahulu hingga sekarang.
Saham
Kata bapa saya, dalam keadaan pasaran sekarang, bukannya mudah untuk mendapatkan pulangan 10 peratus setahun. Mungkin lebih baik duit disimpan di ASB. Dengan situasi tidak menentu sekarang, saham mungkin bukan tempat terbaik.
Bapa saya memberitahu, sewaktu beliau bekerja sebagai chartered akauntan dan menjadi ahli lembaga yang menguruskan pelaburan syarikat pelabuhan berjumlah RM40 juta ringgit, beliau sendiri pening kepala menguruskan wang yang banyak itu untuk dilaburkan di pasaran saham. Kerana bukan senang dan mudah walaupun memiliki tunai yang banyak ditangan.
Antara sebab lain bapa saya kurang meminati saham (bermain saham indeks) adalah masa yang dihabiskan untuk membuat study tidak berbaloi dengan pulangan.
—————————————————–
Berbalik pada topik hartanah. Teknik yang digunakan bapa saya untuk menjual salah satu hartanahnya baru-baru ini adalah sama sahaja dari dahulu.
Katanya, “Untuk membuat RM 1 juta pertama adalah sukar, tetapi selepas mencapainya, senang untuk mendapatkan sejuta seterusnya”.
Beliau berkali-kali menekankan, ada banyak perbezaan antara cara dirinya berniaga hartanah dengan cara kebanyakan orang lain berniaga hartanah.
Kebanyakan orang mencebur diri dalam bidang sewaan hartanah seperti menyewa rumah, pangsapuri, kondominium, pejabat. Pada bapa saya, pelaburan ini lebih berisiko berbanding cara yang dilakukannya.
Seperti yang saya beritahu sejak dahulu, cara bapa saya mudah sahaja. Beli tanah (landed) dan pecahkan kepada tanah lot dan jual!
Itu sahaja.
Saya memberitahu rahsia yang bukan lagi rahsia sebenarnya. Saya tahu ramai orang tahu teknik ini tetapi berapa ramaikah boleh dan pakar dalam melakukannya.
Satu pengakuan bapa saya, teknik dilakukannya memang memerlukan modal tinggi tetapi beliau lebih suka cara ini kerana beliau tidak perlu bermain dengan karenah penyewa, rumah dirosakkan penyewa, rumah yang tidak laku untuk disewa dan macam-macam lagi.
Satu cara bapa saya bermain hartanah (mengikut pemerhatian saya) adalah, selepas mendapatkan keuntungan jualan hartanah itu. Beliau akan gunakan duit keuntungan itu untuk dijadikan sandaran memohon pinjaman bank!
Jadi, beliau tidak akan gunakan sepenuhnya wang keuntungannya untuk membeli hartanah. Dengan teknik ini, beliau akan mendapatkan modal yang lebih besar dalam pelaburannya. Lebih banyak hartanah akan dibelinya.
Baiklah, saya rasa setakat ini tulisan saya mengenai hartanah. Saya akan sambung banyak lagi perkara yang saya sendiri sedang mempelajarinya daripada bapa saya.
Jika berkesempatan, raya ini saya akan turun ke kawasan hartanahnya, dan mengambil beberapa gambar untuk kita membuat kes study. Bagaimana ciri-ciri hartanah yang laburkannya! Interested nk tahu tak?
Jika ya, sila komen apa yang ingin anda tahu mengenai pelaburan hartanah.
Sekian,
W.M.Syazwan


September 28th, 2007 at 1:28 am
Wah..Nak sampai tahap 1 juta tu yang susah tu..
Memang hartanah memang untung, McD berjaya bukan kerana burger tapi hartanah yang dimiliki.
September 28th, 2007 at 9:40 am
Satu bentuk pelaburan yang baik.
Tapi saya kena tunggu 10-15 tahun lagi untuk memulakan pelaburan hantanah ni.Sebab takde duit.
September 28th, 2007 at 10:23 am
Urusan tu kat mana? Kelantan ke KL. Sekarang ni tanah di Kelantan di kira murah lagi tapi kena ada status anak kelantan laa untuk beli. Saya nak beli juga tapi tak cukup ongkosnya sekarang ni…
September 28th, 2007 at 10:46 am
can i start invest in real estate from zero income,what should the first step i should follow to sucess in the real estate.
September 28th, 2007 at 11:23 am
wah..pakcik kayo la mcm 2…tp ni cerita org yg dh lma dlm bidang ni kan..bg la tips utk kitaorg yg baru nak mula ni…modal pn ciput je..
September 28th, 2007 at 12:39 pm
saya setuju dan nak belajar cara ayah saudara jalankan perniagaan yang dimaksudkan.
September 28th, 2007 at 2:24 pm
Saharman, bapa sy mempunyai tanah di Kelantan dan Pahang.
Yg urusan baru ni adalah di Kelantan. Kelantan pun depend pd tempat. Kalau di Kota Bharu mmg mahal.
Yura, sbnrnya utk buat tanpa kos tu mmg belum pnh sy jumpa. Kalau ya pun, jika kita mempunyai kepakaran dlm pelaburan ini, kita boleh menarik pelabur dengan membuat kerjasama.
Cara yang biasa lain digunakan bapa saya adalah dengan menawarkan kepakaran kepada rakannya yang mempunyai banyak modal ttp tidak tahu kemana utk diletak wangnya.
Kemudan profit itu displit. Dlm hal ini, bapa saya mempunyai kepakaran dan rakannya mempunyai modal.
September 28th, 2007 at 2:30 pm
Menarik topik ni.
Bagaimana pula caranya untuk menentukan harga semasa tanah tersebut ye?
September 28th, 2007 at 2:45 pm
Ada beberapa indicator nak tentukan harga tanah.
Antaranya adalah dengan melihat beberapa harga hartanah yang dijual dikawasan sekitarnya.
Nanti sy share, mcm mana bapa saya memilih sesebuah hartanah dan kaedah digunakan utk menentukan harga sebuah tanah.
September 28th, 2007 at 3:22 pm
Biasanya, jika tanah tu dekat dengan bandar harganya memang mahal.1 Lot tanah tu berapa keluasan dan harganya ? Kebisaanya orang jual tanah guna ukuran kaki persegi (kalau tak silaplah).
Satu lagi yang nak saya kongsi, tentang penyewaan hartanaH, kalau nak sewakan hartanah sediakan surat perjanjian,dalam perjanjian tu nyatakan syarat penyewaan, contohnya jika lewat bayar kenakan denda Rm10 denda sehari dan minta penyewa beri deposit sekurang-kurannya 3 bulan sewa, Kalau ada kerosakan potong deposit.
September 28th, 2007 at 4:10 pm
Syazwan,
Saya kurang ilmu lah dari segi nak pecah2kan tanah tu… sekarang ni, tanah yang ada sedang buat tanah ladang hutan…
Sebab dulu saya pernah experience dengan pejabat tanah, yang telalu banyak urusan nak pecah2 tanah ni.. itu tak masuk kos2 nak pecah2kan tanah tu, jadi saya tanam utk perladangan je…
Ada buku yang saya boleh pinjam ?
Tumpang lalu.. Iklan! Iklan : Sekeping tanah di Jalan Kebun, Shah Alam 100×100 kaki untuk dijual RM65,000 je.. sape2 nak beli ?
September 28th, 2007 at 11:12 pm
Wah, saya memang berminat dengan hartanah
… Satu impian yang terlampu INGIN saya miliki.. Berkongsi pasal hartanah memang satu topik yang menarik dalam dunia perniagaan.
Saya tinggal kt Kuching, Sarawak.. As u all know kuching nie memang banyak tanah dan tengah membangun. Bapa saya juga terlibat di dalam “dealing” penjualan hartanah nie.. Bulan nie tgh dalam progress berurusan dengan kontraktor kilang. Bapa saya menjadi PERANTARA anatara pemilik tanah dan pembeli.
Berdasarkan pemerhatian saya “art of dealing” amat penting. Ini apa yang saya perhatikan daripada bapa saya. Salah satu tips “art of dealing” hartanah daripada bapa saya yang ingin saya kongsi bersama ANDA ialah “We know what we NEED, its money.. but just tell them what we OFFER.
September 29th, 2007 at 7:31 pm
wah..bagus nih..minat sangat ni nak tau cara bapa syazwan pilih hartanah..nak tau juga cara pemilihan hartanah “terbaik” oleh bapa syazwan..
October 9th, 2007 at 6:43 am
aku tertarik kalau cerita tentang bab hartanah.. aku baru saje menceburi bidang hartanah ni.. SEtakat ni aku adalah sebuah rumah dan lot kedai.. x siap lagi. Yang bestnye aku mane ada duit nak beli kedua2 benda tu… harga kedua2nya sekarang nilainy lebih kurang RM300K lebih.. (berdasrkan offer orang yg nak beli dari aku le)Aku kira2nya satu sen pun x bayar lagi untuk kedua-dua aset tu.. (kecuali duit management fee & loyer fee).. nak tau cranye tengok la blog aku . sana aku ade citer sikit2.. tentang bapak boss kita ni, beli tanah n pecah lot.. payah nak dilaksanakan kecuali kabel baik punye.. aku pernah dapat offer beli tanah 30 ekar hanya dengan harga RM100k. Mula2 aku nak beli tetapi bila aku fikir balik.. x jadi pulak…
__________________________________
http://www.adrianiamri.blogspot.com
November 18th, 2007 at 4:47 am
Assalamualaikum Cik Wan..Best juga topik ni.Kebetulan memang tengah study pasal tanah.Saya pun ada masalah dalam prospek jual tanah ni.Tanah dah ada.Yang sayangnya..biarlah tanah yang kita jual jatuh pada air tangan kita(faham2 la)..Jual tanah macam jual tanahair plak rasanya..hehe(gurau jer)
Macam Encik Irwan juga…tumpang lalu:
Sesiapa yang berminat tanah pertanian di Penanti,Pulau Pinang.Harga Mula tanah RM600K..boleh nego lagi..Keluasan tanah..5 ekar..Tanah sawah..selang satu lot dari jalan..Contact segera:Ni goreng pisang panas ni…0175984532
October 20th, 2008 at 11:20 am
saya cuma nak tahu cara untuk menjadi penjual tanah
February 26th, 2009 at 12:09 am
saya masih baru dlm bidang hartanah harap tuan dapat bantu! saya mempunyai 33lot banglo, 20 di pulai condong 13 di gunung untuk dijual dan 9buah dlm pembinaan untuk dijual di melawi,kelantan.saya belum iklankannya kerana belum mengetahui cara terbaik utk memulakan jualan! sila hubungi jika ade sebarang kemuskilan 0133870072
July 8th, 2009 at 12:43 am
tanah untuk dijual, area pasir mas
untuk maklumat lanjut
hubungi 0133533947
July 21st, 2009 at 9:18 am
PELABAURAN HARTA MEMG MENGUNTUNGKAN DN MY BOSS (CINA) PUN SUGGEST I KALU NK BUAT PELABURAN CEPAT KAYA MAIN LA PELABURAN HARTANAH. CUMA I NI X TAHU CM NE BUAT. SO PENULISAN NI MAYBE BOLEH MEMBANTU KALAU U BOLE AJAR CM NE NK MELABUR HARTANAH TANPA PERLUKAN MODAL YG BYK.