Pelaburan Hartanah: Siri 2
Hello pembaca SaifulSham,
Atas banyak permintaan untuk topik hartanah, saya akan serius menulis mengenai topik ini berdasarkan apa yang saya tahu. (Jika banyak yang saya tahu, akan banyaklah siri untuk topik ini, hehe).
Saya merancang untuk ke kawasan hartanah bapa saya pada cuti raya ini, mengambil beberapa gambar dan membuat analisis bersama anda mengenai ciri-ciri hartanah yang dilaburkan bapa saya.
Saya ada menerima soalan daripada beberapa pembaca yang bertanya soalan dalam nada yang sama.
“Bagaimana untuk bermula dengan kos yang rendah?”
“Bagaimana untuk bermula dengan tanpa kos”
Soalan ini nampak sukar untuk memuaskan hati orang yang bertanya soalan ini kerana jawapannya adalah sebaliknya.
Pelaburan hartanah, walaupun pada dasarnya kita boleh menggunakan konsep “OPM” (Other People Money = dalam banyak kes adalah daripada pihak bank), tetapi siapa mahu beri anda guna wangnya jika anda tidak ada apa untuk dicagarkan.
Jika kewangan anda pun sesak, siapa mahu berikan anda meminjamkan wangnya. Hatta bank tidak akan mudah-mudah memberikan pinjaman. Melainkan anda sanggup menempah ajal dengan meminjam Along.
Bercakap mengenai OPM (other people money) memang senang, tetapi banyak syarat untuk anda lepasi bagi meminjam wang dari bank. Kesihatan kewangan anda akan mempengaruhi sama ada anda berjaya menggunakan konsep OPM atau tidak.
Kata bapa saya, teknik paling selamat adalah mengumpul modal dahulu. Modal boleh dikumpul dengan berbagai cara. Salah satunya adalah melalui perniagaan dan simpanan sendiri.
Hatta bapa saya tidak ditinggalkan sebarang modal untuknya bermula dahulu. Apa yang saya tahu, beliau berkecimpung bermain saham secara kecil-kecilan sejak dari universiti. Kemudian beliau menyimpan wang semasa bekerja sebagai akauntan (agak cermat dalam perbelanjaan).
Ditambah wang modal keuntungan perniagaannya. Itulah cara bapa saya. Tidak ada midas touch!
Anda perlu tahu, dalam dunia hari ini, anda tidak boleh terlalu mengharapkan anda boleh bermula segala-galanya dengan percuma. Apa yang memerlukan wang, usahakannya.
Ada satu sahaja jawapan yang dapat menjawab soalan ini dengan jawapan yang diingini.
JV! (Joint Venture)
Jawapan ini mungkin tidak menarik untuk didengari tetapi itulah yang dibuat bapa saya. Disebabkan beliau mempunyai kepakaran dalam hartanah, dalam beberapa keadaan, beliau tidak menggunakan sebarang modal untuk melabur.
Beliau membuat JV dengan rakan-rakannya seperti pengurus bank. Beliau gunakan wang rakannya tadi (ini memang melibatkan kepercayaan yang tinggi) untuk melabur dalam hartanah.
Selalunya bapa saya akan menggunakan past record nya untuk menyakinkan rakannya melabur.
Hartanah itu diuruskan bapa saya sehingga capai tempoh untuk dijual. Keuntungan dari jualan dibahagikan antara bapa saya (management fees kata orang, hoho) dan rakannya (si tukang pelabur tadi).
Dan selalunya bapa saya akan mendapat faedah dengan membantu rakannya melabur. Rakannya tadi seperti pengurus bank pula akan memberikan nilai pinjaman yang lebih tinggi tanpa syarat yang terlalu ketat.
Jadi, ada dua faedah disini. Keuntungan pengurusan hartanah dan kemudahan pinjaman bank pada masa depan.
Konsep ini mudah. Networking. Berkawanlah dengan ramai orang. Anda akan mendapat banyak faedah dengan menggunakan kepakaran masing-masing.
Kesimpulannya mudah, mulakan mengumpul modal dari sekarang. Berhenti membeli rokok. Tahan dahulu daripada untuk hidup mewah. Kumpul dahulu modal.
W.M.Syazwan


September 29th, 2007 at 11:07 pm
terima kasih atas ilmu yang diberi…
JV, saye tak pernah terfikir hingge kesitu…
banyak yang kene belajar nih..
September 30th, 2007 at 8:51 am
Terima kasih dengan info
Pada pendapat saya,pelaburan hartanah ialah satu pelaburan yang baik kerana nilai hartanah biasanya tidak turun sebaliknya sentiasa naik.
October 1st, 2007 at 10:16 am
Saya tertariklah dengan cara bapa saiful kumpul modal iaitu berkecimpung bermain saham secara kecil-kecilan sejak dari universiti. Bila lagi nak cerita pasal saham. Pelaburan hartanah memang menguntungkan, tapi perlu berhati-hati.
October 9th, 2007 at 6:45 am
aku tertarik kalau cerita tentang bab hartanah.. aku baru saje menceburi bidang hartanah ni.. SEtakat ni aku adalah sebuah rumah dan lot kedai.. x siap lagi. Yang bestnye aku mane ada duit nak beli kedua2 benda tu… harga kedua2nya sekarang nilainy lebih kurang RM300K lebih.. (berdasrkan offer orang yg nak beli dari aku le)Aku kira2nya satu sen pun x bayar lagi untuk kedua-dua aset tu.. (kecuali duit management fee & loyer fee).. nak tau cranye tengok la blog aku . sana aku ade citer sikit2.. tentang bapak boss kita ni, beli tanah n pecah lot.. payah nak dilaksanakan kecuali kabel baik punye.. aku pernah dapat offer beli tanah 30 ekar hanya dengan harga RM100k. Mula2 aku nak beli tetapi bila aku fikir balik.. x jadi pulak…
__________________________________
http://www.adrianiamri.blogspot.com
July 24th, 2008 at 11:45 pm
Saya bercadang untuk membina lagi bisnes online tetapi kali ini dengan produk perkhidmatan. Kali ini saya akan mencuba perkhidmatan menyediakan pelan pecah sempadan/pecah bahagian tanah secara online kerana saya bekerja di pejabat tanah dalam pengkhususan menyediakan pelan tanah. Apa pendapat saudara, lagi elok kalau kita buat JV……Awas mlm ni malam jumaat, jgn pandang belakang…tak nampak apa…selamat pengantin baru……………ARB Dagang
October 15th, 2009 at 11:16 am
Satu idea yang bagus untuk dikongsi bersama.Idea seperti ini dapat menambah lagi ilmu bagi seorang agen, mungkin lebih elok kita boleh menghadiri seminar yang diadakan.
January 17th, 2010 at 7:00 pm
baru pertama kali masik dlm site ni..sesuatu yg baru berkaitan pelaburan hartanah utk org mcm saya yg baru nak berjinak2 dgn property investment.