Hello pembaca SaifulSham,

Semalam ada peserta seminar bertanya kepada saya, apakah saya akan memilih untuk menjadi jurutera selepas tamat pengajian nanti. Melihatkan apa yang dicapai Team SaifulSham hari ini, saya pasti soalan ini akan berbangkit juga pada satu hari.

Saya memberitahunya, “Saya pasti akan menamatkan pengajian saya diuniversiti setahun dari sekarang. Soal saya akan menjadi jurutera atau tidak, ia terletak pada apa yang akan saya capai dalam tempoh setahun dari sekarang”.

Dalam kepala saya ligat berfikir, “Saya mencintai bidang kejuruteraan, saya juga mencintai perniagaan saya sekarang, -(saya juga pencinta wanita! :) - “.

Untuk pengetahuan anda, ayah saya sering memberitahu saya, ijazah hanyalah segulung kertas. Tidak semestinya apabila saya memperoleh ijazah dalam kejuruteraan saya akan menjadi jurutera. Tetapi penting untuk menghabiskan pelajaran saya dengan cemerlang.

Apabila saya bercakap hal ini, saya teringat salah seorang peserta seminar semalam, Syia (1billionblogger.com/blog), seorang pelajar MMU Melaka. Katanya, setiap minggu beliau mampu memperoleh pendapatan sampingan sebanyak lebih USD60 dengan menyediakan khidmat copywritting di internet. Beliau masih mampu belajar dengan baik walaupun mempunyai perniagaan sendiri.

Saya yakin bahawa beliau juga akan memperoleh sesuatu sebelum menamatkan pengajiannya nanti.

Buat anda yang masih melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pendidikan, saya tidak pernah menyuruh sesiapa berhenti belajar untuk memulakan perniagaan. Ingatlah, bisnes bukanlah penyebab untuk kita ponteng ke kelas atau terus berhenti daripada belajar.

Yang penting, anda harus tahu dimana untuk mencari masa untuk berbisnes ketika anda seorang pelajar (betul tak adik Lebanon :) ).
Tan Sri Lim Goh Tong (seorang pengasas Genting Berhad— beliau tidak pernah ke sekolah) pernah memberitahu wartawan :

“Kekesalan yang paling besar dalam kehidupan saya adalah saya tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tinggi seperti orang lain”.