Hello pembaca SaifulSham,

Minggu ini adalah minggu yang agak pasif. Tidak ada pos baru daripada kami melainkan pengunguman pejabat kami beroperasi semula.

Saya mahupun Sabri sebenarnya sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan di UTP yang dijadualkan dalam 2 minggu ini. Saya sendiri sibuk untuk membuat presentation Final Year Project (FYP).

(Kami bukan dalam mood rayalah! :sad: )

Sebenarnya saya merasakan adalah baik juga kita membincangkan sedikit sebanyak dengan anda beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai cara pembawakan seorang usahawan.

Saya sebenarnya serba salah jika orang bertanya kepada saya,
“Berapa pendapatan anda sebenarnya?”

Ketika memberikan talk dimana-mana tempat, adalah hampir pasti, akan ada soalan yang bertanya dengan nada serupa.

Jika saya jawab seperti ini, “Boleh tahanlah / Alhamdullilah”, orang akan berfikir dua kali untuk menanam minat dalam perniagaan internet.

Jika saya jawab dengan nilai pendapatan saya, ada beberapa kontra yang saya rasa dalam diri saya. Saya tidak mahu orang menganga mulut mendengar nilai pendapatan tetapi pada masa sama, saya mahu berjujur dengan mereka.

Memang tidak boleh lari dari lumrah, manusia ingin tahu ganjaran terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Jika mereka merasakan sesuatu perniagaan hanya mampu menambah seratus dua pendapatan mereka, mereka tidak akan tergerak untuk membuatnya.

Pada saya pendapatan adalah perkara yang harus dirahsiakan dan disimpan untuk diri anda. Dunia hari ini bukanlah sama seperti zaman moyang kita dahulu.

Jika mereka (orang yang tidak bertanggungjawab) tahu anda mempunyai pendapatan RM100,000 sebulan (sebab anda menjaja-jaja cerita anda), mereka akan membuat hidup anda bermasalah.

Walaupun niat anda baik apabila mendedahkan pendapatan, banyak perkara yang perlu anda hadapi yang mungkin tidak akan anda jangka.

Apabila pendapatan anda tinggi, masalah cukai bukan satu masalah. Masalah utama adalah bagaimana hidup anda dan keluarga selamat dengan pendapatan setinggi itu.

Saya sudah memberitahu Sabri bahawa, selepas ini, SaifulSham akan tidak mendedahkan sebarang pendapatan internet secara jelas (hanya kasar sahaja).

Dan sebenarnya kebanyakan usahawan sekalipun, mereka tidak akan menceritakan berapakah pendapatan mereka (terutama yang sudah meraih kejayaan) dengan nilai sebenar.

Ingat, matlamat kita menjadi usahawan bukanlah ingin orang memuja kita sebagai seorang hero.

Kita boleh memberikan seberapa banyak hujah bahawa ada sebab kita menghebahkan pendapatan tetapi kita juga perlu bersedia akan kemungkinan buruk memberitahu pendapatan kita. Sebab itu, adalah lebih baik untuk tidak menghebohkan nilai pendapatan kita.

Sekian,
W.M.Syazwan