Perniagaan Internet | Input -> Output
Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda rasa “blank”, hilang arah dan seperti kekeringan idea? Nak menulis blog, tapi tidak tahu apa hendak ditulis.
Hendak memulakan perniagaan internet, tetapi tidak tahu apa hendak dijual.
Hendak membina laman web, tetapi tidak tahu macam mana hendak membina.
Saya boleh agak apa punca anda berada dalam keadaan itu, dan saya tahu ubatnya. (psstt… ubat tersebut percuma sahaja)
Saya memetik kata-kata shuth di blognya, “Bermula Dengan Penamat” atau dalam bahasa Inggerisnya, “Start With End In Mind”.
Kalau tidak salah saya, ini jugalah salah satu principle yang disarankan oleh Stephen Covey dalam bukunya. Pada pendapat saya, detik-detik blank atau kekeringan idea ini berlaku sebab kita tidak dapat untuk membayangkan macam mana rupa hasil akhirnya.
Kalau kita tidak ada idea untuk menulis, bermaksud, kita dah lama tidak membaca sesuatu bahan baru yang “segar”. Kalau kita tidak ada idea macam mana rupa laman web yang kita mahu bina, itu bermaksud kita sudah lama tidak surfing berjalan-jalan melihat laman web baru.
Anda perlu sentiasa mendapatkan sesuatu yang baru dan segar supaya minda anda akan dapat menghasilkan output. Saya pernah terbaca seseorang menulis;
Kalau tak ada apa-apa yang masuk (input), macam mana nak ada apa-apa yang keluar (output)?
Kepentingan SWIPE FILE
Swipe file ini adalah file untuk anda menyimpan bahan-bahan menarik yang anda rasa “best” untuk rujukan akan datang. Ia boleh jadi file sebenar yang menyimpan kertas-kertas cetakan, dan juga boleh menjadi folder dalam komputer anda untuk menyimpan grafik-grafik dan gambar menarik yang mungkin anda akan gunakan kemudian hari.
Contohnya, saya mempunyai sebuah file di komputer saya yang saya namakan swipe.txt yang isinya saya pastekan emel-emel menarik dari internet-internet marketer luar. Bila saya dalam perjalanan jauh yang mengambil masa berjam-jam misalnya, saya akan print kandungan file tersebut untuk dibaca dalam perjalanan sambil menanda dan membayangkan bilakah saya boleh menggunakan bahan tersebut dan bagaimana supaya saya boleh mengubahnya sesuai dengan situasi saya.
Nah, dengan merujuk kembali anekdot-anekdot di dalam file swipe tadi, idea baru terhasil!
p/s: Perubahan yang berlaku di SaifulSham hari ini setelah kami mengkaji & swipe strategi Zul
Jangan marah & thanks Zul!
p/p/s: Jangan segan-segan belajar dan menuntut ilmu, walau dari sesiapa sahaja…


January 12th, 2007 at 10:00 pm
tips yg praktikal.kebetulan saya pun tengah kering idea ketika ini. thanks…
keep up the good work…
January 13th, 2007 at 10:20 am
Sangat setuju!
January 13th, 2007 at 7:31 pm
betul tu…saya pun ada membuat satu folder khas untuk segala ilmu perniaagaan internet yang saya dapat dari internet..coz dah banyak sifu-sifu internet di malaysia ni…semoga anda teruskan khidmat bantuan murni anda membantu kami yang baru nak melibatkan dalam perniagaan internet ini..boleh saya tanyer, dimana saya boleh dapatkan maklumat berkaitan teknikal membuat website?
January 14th, 2007 at 12:44 am
good idea.. very good
January 14th, 2007 at 12:42 pm
memang selalu kering idea…salah satu langkah adalah mencari data adalah dengan cara mengumpulkan handout pameran…contohnya kat pameran pertanian kat serdang..sumer flyer or data saya kutip…dan simpan..untuk rujukan masa hadapan..sekarang ni saya tengah siapkan berkaitan loan and scheme for business..itupun saya kutip handout waktu pameran UMNO kat PWTC…
syah
http://www.pil-fiber.com
January 19th, 2007 at 1:14 am
kata2 bermula dengan penamat.. saya tidak setuju kata2 sebagai alat untuk mengubati blank.. saya berpendapat blank terjadi bukan kerana tidak ada idea tetapi kerana terlalu banyak idea sehingga tidak tahu mana satu hendak mula dahulu.. saya lebih suka untuk menghadapi blank.. gunakan matlamat kita sebagai fokus untuk membuat tindakan… bukanya bermula dengan penamat.. kalau sudah ada penamat buat apa lagi permulaan.. he he he