Perniagaan internet: Kepentingan Nama Samaran
Hello pembaca SaifulSham,
Iszudin Ismail = Kidino…..
Pos hari ini bukanlah mengenai kisah Kidino seperti yang anda kenali, haha. Apa yang saya ingin tekankan adalah nama samaran yang digunapakai En. Iszudin Ismail menjadi sebutan oleh sesiapapun sehinggakan kita sendiri tidak berapa tahu nama sebenar beliau.
Syazwan&Sabri = SaifulSham
Nama SaifulSham adalah nama samaran untuk pasaran Malaysia sahaja. Kami mempunyai nama lain untuk laman web yang targetnya untuk pasaran luar negara. Antara nama yang digunakan kami adalah “Peter David” (huh, entahlah, Sabri yang suka nama ini). Ada lagi 2 nama mat salleh untuk kami yang kami selalu gunakan.
Jika anda mempunyai perniagaan internet yang dikhususkan untuk pasaran luar negara, adalah digalakkan untuk menggunakan nama samaran berbanding nama sebenar anda (bergantung kepada keadaan).
Sebagai contoh, selalunya untuk orang Melayu, kita menggunakan nama-nama Arab. Saya ingin bersikap terbuka untuk pos kali ini, disebabkan kes-kes yang memburukkan nama-nama sebegini sejak peristiwa 11 September di negara Barat, adalah lebih baik untuk kita menggunakan nama samaran.
Nama yang seakan-akan Mat Salleh maksud saya. Ia hanyalah nama samaran dalam perniagaan internet, tidak ada tujuan lain. Kadangkala, orang kita terlalu sensitif dan emosional apabila bercakap hal-hal sebegini. Jadi, biarkan saya terangkan sebab dan kepentingannya untuk perniagaan internet.
Saya pernah bertanya kawan saya berbangsa Cina, mengapakah nama depannya menggunakan nama Mat Salleh sedangkan beliau bukan beragama Kristian.
Kata kawan saya tadi:
“Ya memang, saya ada nama Cina saya. Tetapi saya gunakan nama Victor Lim dalam kehidupan seharian saya. Ini sudah biasa dikalangan orang-orang Cina. Mereka berbuat demikian adalah untuk kesenangan mereka dimasa hadapan. Sebagai contohnya, jika mereka ingin ke luar negara seperti Amerika, nama-nama sebegini tidaklah disyaki berbanding nama sebenar kami (nama Cina)”.
Sebenarnya, kami pernah cuba membeli sebuah domain name di netfirms.com (sebuah syarikat yang berpengkalan di UK) kira-kira 2 tahun lalu.
Saya berkali-kali menggaru-garu kepala memikirkan sama ada kad debit saya bermasalah atau syarikat Netfirms tadi yang bermasalah. Berkali-kali saya cuba mendaftar, memasukkan nama yang tertera atas kad debit saya iaitu, Wan Mohd Syazwan.
Namun proses pembelian tidak dapat diteruskan. Alasan yang diberikan adalah Error dalam memasukkan informasi.
Pada mulanya, saya mencuba bermain-main dengan alamat. Mungkin pada anggapan saya, alamat rumah saya terlalu panjang dan sebagainya. Tetapi, masih lagi error!
Akhirnya, saya bermain pula dengan nama. Saya membuang perkataan ‘Mohd’ dalam nama saya. Pada masa itu, saya agak risau juga sebab saya takut pembelian itu nanti akan disyaki fraud disebabkan nama yang dimasukkan tidak sama dengan nama atas kad debit.
Tetapi, selepas membuang perkataan ‘Mohd’, pembelian berjaya!
Saya tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan mengenai syarikat itu, dan saya tidak memarahi mereka. Saya tahu disebabkan sentimen negatif yang ada, syarikat itu mungkin takut untuk berurusan dengan orang-orang yang mempunyai nama-nama Arab yang mencurigakan.
Satu lagi tujuan nama samaran, adalah Glamor. Erra Fazira, Fasha Sanda semuanya adalah nama-nama samaran mereka. Mereka mempunyai nama sebenar yang lain dari nama yang anda kenali.
Tetapi, dalam perniagaan, imej Glamor ini bukanlah penekanan. Yang penting, adalah kesenangan orang terutama pelanggan-pelanggan dari Barat untuk berkomunikasi. Saya beri lagi satu contoh, pada awal perkenalan kami dengan Brian (pemilik bersama ECommerceMastery), Brian mengenali kami dengan nama Peter David.
Setelah lama dan senang berkomunikasi dengannya, barulah Brian tahu bahawa Peter David itu tidak wujud pun. Yang ada dibelakang Peter David adalah Sabri dan Syazwan.
Apa yang saya dapat simpulkan disini, walaupun bukanlah wajib, tetapi nama samaran tetap ada kelebihannya. Orang lebih mengenali nama samaran anda dari nama sebenar anda.
Jadi, fikirkan hari ini nama samaran yang sesuai untuk anda. Satu sudah cukup.
(Tetapi, jangan pula mengada-ngada memanjangkan nama samaran anda seperti David Grill Adam Parkinson. Just catcy and short!)
Tetapi, kalau nama anda pun sudah seakan-akan mat salleh, tidak mengapa. Guna sahaja nama itu. Haha. (Kanak-kanak zaman sekarang mempunyai nama ala-ala mat salleh seperti Daniel, Danish, Gina).
P/S: Shuth, apa nama anak anda?hehe
P/SS: Kak Galadriel, kami tahu nama samaran anda diinternet ![]()
P/SSS: Apapun, saya suka nama Zara Davidson. Cantik bunyinya, hehehe. ![]()
P/SSSS: Sabtu dan Ahad, cuti ya. Tidak ada pos akan ditulis.
Sekian,
W.M.Syazwan



May 17th, 2007 at 11:35 pm
Oh ya, satu lagi sebabnya, utk menyembunyikan identiti negara asal kita.
Nama-nama seperti John Olutola. Semuanya ala-ala nama Nigeria. Sah2 Scam. Haha.
Malaysia pun adalah negara yang tinggi dalam scam. Jd, utk mengelakkan kita tersepit dengan kes-kes scam yang bukan dibuat kita, salah satu cara adalah menggunakan nama samaran (walaupun tidak 100 peratus berkesan).
May 18th, 2007 at 12:10 am
Thanx 4 nice tips
p/s: Labanon macam dok Lebanon ka? ahah
May 18th, 2007 at 1:48 am
Saya ada beberapa nama samaran…Yang pasti akan ada S dan M..:P
May 18th, 2007 at 2:26 am
Saya pun ada nama samaran, tak kurang 5 dan menjurus kepada blog yang digunakan seperti black knight untuk blog catur, kalau untuk blog communication lak mesti orang ingat saya berketurunan bell
May 18th, 2007 at 2:52 am
Nama samaran ni kang kontroversi plak kalau orang salah faham, maksud Syazwan…
Username
NickName
Nama Manje
Nama Glamer
Nama Komersil
Nama Cari Makan
Sama lah tu
May 18th, 2007 at 8:27 am
nick name saya BujangJutawan.. ok ker? Sekali tengok macam kekampungan, dua kali tengok erm.. tak tau nak cakap aper… Agak2 nick name ni kena tukar ker?
May 18th, 2007 at 11:18 am
nama samaran saya plak sain & hssn.. ok jugak ka tu??
heheehehe
May 18th, 2007 at 12:45 pm
nick name enaku ok? ke Mr. Aku. kalau sesapa perasan, En. Aku dalam bahasa Inggeris adalah Mr. Me, double M, I like it. hehehe.. kalau nak pilih nama omputih, aku nak amik Michael(Corleone) atau Stephen(Chow) jer
sebelum cuti, post ler sikit pasal kontroversi Utusan vs Wangcyber
May 18th, 2007 at 1:49 pm
Mohd Rozmie a.k.a JimieRay
Dulu2 masa suka chating ramai yg tanya awak ni JimieRay penyanyi kerr… Haa..haa… Rasa mcm glamour pulak.
Sbb tu masa mula2 nak beli domain bila tgk JimieRay belum ada lg yg register terus saja saya sambar, semuga JimieRay akan di kenali suatu hari nanti.
May 18th, 2007 at 5:04 pm
Selain Galadriel, saya ada lagi nickname lain, tapi tu untuk overseas punye bisnes.
Yang nick bisnes tu gabungan nama saya dan suami saya. Cuma nama suami saya tu di commercialized kan sikit…
May 18th, 2007 at 5:10 pm
Bagus jugak ada nama samaran ni ye.
May 18th, 2007 at 7:01 pm
Citer pesal nama samaran ni… awal minggu ni, saya nak daftarkan url atas nama deenbahri.com yang masih ‘available’ tapi lepas isi maklumat kad debit so and so dan klik submit….keluar error mesej mengatakan…nama domain tu dah di haramkan. So saya pi cek kat google pesal pa lagu tu…..dan jumpa satu forum ni (tak ingat pulak urlnya)…depa kata nama-nama bunyi arabic ni sesetengah tu kena ban sejak peristiwa 11 sept tu. Mungkin kena guna nama omputis gak kot. hehe
May 19th, 2007 at 2:19 am
Takyah risau Deen,
Boleh letak Deen Cain (Ripley’s Believe It or Not),
Richard Deen Anderson (nama pelakon MacGuyver),
Deen Beramboi (watak komik melayu),
Jeffri Deen (artist lama),
Nama Melayu senang nak diomputihkan:
Imran/Amran = Merey (dialek pantai Timur) = Murray.
Sabri = Saber atau Cybill.
Syazwan = Syaz = Shazz = Shazzy
Ali = Ally
Mohammad Sabri = Mohinder Suresh (watak dalam Heroes)
Soleh / Salleh = Sylar (watak dalam Heroes)
oops … melalut lak. Just joking untuk hilangkan stress …
May 19th, 2007 at 6:19 am
Galadriel,
Nama saya Irwan Dahnil.. Boleh tolong omputeh kan?
May 19th, 2007 at 8:16 am
heheh…
Boleh jadi:
Irwin Daniel (macam Steve Irwin)
atau Owen Daniel…
atau Ewan Danial (macam Ewan McGregor).
May 19th, 2007 at 11:27 pm
Wahh, good idea Kak G walaupun sekadar gurauan.
May 20th, 2007 at 12:01 am
haha… Peter D * a * v * i * d s *cam rupanya (wah gurau kasar nampak..)
Kalau kat Malaysia saya guna nickname hasrul. Intl guna nama betul tapi nama bapak tak masuk ler.
May 20th, 2007 at 12:15 pm
Galadriel,
kalau omputehkan sain plak???
May 20th, 2007 at 12:16 pm
Galadriel,
kalau omputehkan sain plak??? jangan sign sudah…hehe
May 20th, 2007 at 3:08 pm
Sain=Shawn
May 20th, 2007 at 3:41 pm
Hm..Camnapun, nama sendiri lebih baik. Bila sampai masanya nanti, kita takkan ditanya guna nama mat salleh ke apa menatang. Balik2 guna nama asal kita juga kan? So takyah la pening2 ikut sangat omputih guna nickname2 ni.
Omputih ni memang takut akan kebenaran. Orang kita camna pulak ya?
May 20th, 2007 at 4:43 pm
hallo mr peter david!!!
tak sangka nama ni penting dalam kita nak mendekai dorg yang berlainan pasaran dari kita… tapi tak nampak cam kita menyamar ker… kaau kat malaysia org akan cakap gunalah barangan malaysia… bila kita guna nama melayu… so mesti diluar tu mereka merasa yakin bila mana nama kita seakan2 nama orang die…
May 20th, 2007 at 7:16 pm
aper2 pon, kalau bukan bertujuan menipu apa salahnya kan?
May 20th, 2007 at 7:19 pm
saya punya nama sama je affuan=affuone. mana2 pon ok da
May 22nd, 2007 at 8:25 pm
owh, nama saya unik sikit, Shueqry. Selalu guna nama tu dalam email.. member US ingat nama saya ni omputeh punya nama, saya tak tau lak yang utk bisnes sebenornye lagu cun pakai nama lain..
owh, teringat dulu, pernah guna nama Shueqry Beckham..
skang tak lagi.
hehe..
- shueqry –
one of a kind.
May 24th, 2007 at 11:13 am
Kalau kat internet kawan-kawan yang mengenali saya panggil saya dengan gelaran “MARK”.
Kalau kat office diorg panggil nama saya “JACK” sebab nama Shah tu ramai sangat.
Kalau kat kampung diorg panggil saya “Balang” (macam balang kaca pula) hehehe..
Apa2 pun kalau kat blog saya guna nama Noorizam Shah jer. Ok ker?
May 26th, 2007 at 2:30 pm
Alhamduilillah dapat pun masuk forum ni…tapi dari port lain.
Galadriel,
bernas tip awak tu. terima kasih.
NamaSendiri,
Bila berdepan dengan bangsa asing ni, guna nama samaran ni bukannya untuk bersembunyi tapi untuk memudahkan depa utk berusan dengan kita.
Saya ambil contoh dari pengalaman saya sendirilah…
nama dalam surat beranak Ihsan dan pada mulanya saya perkenalkan diri saya kepada kenalan-kenalan omputih saya dengan nama itu….tapi depa ni tak gheti-gheti sebut, susah sgt depa nak sebut…dah cantek ihsan jadik ishan pulak!
So saya bagitahu depa, nama saya ihsan tapi awak boleh panggil saya deen…dan depa prefer panggil saya deen sebab mudah untuk depa. Jadi terus melekat nama deen. Begitulah al-kisahnya
June 18th, 2007 at 11:01 pm
fasha sandha tu nama sebenar dia la.bukan nama glamour yg dibuat² macam erra fazira tu

saya bukan peminat fasha sandha yer
bagus jugak tips ni…
September 15th, 2007 at 4:59 pm
[...] Hilton, Johnny atau mungkin juga Johnny Lever. Kui3. Kenapa perlukan nama2 mengarut sebegitu? Sila baca apa yang Team SaifulSham tulis. Bagi aku ianya make sense dan satu pengalaman yang amat [...]