Hello pembaca SaifulSham,

Sebenarnya, tidak ramai yang menyedari bahawa kebanyakan maklumat perniagaan internet yang dikongsi kami selama ini lebih menjurus kepada sebuah target pasaran, iaitu Amerika!

Walaupun Amerika adalah sebuah pasaran lumayan untuk perniagaan internet, terdapat banyak lagi pasaran lain yang tidak kurang lumayan cuma kami tidak explore the market. Sebab masa dan kakitangan terlalu terhad, maka ia tidak mengizinkan lagi kami berbuat demikian.

Cuba kita lihat kembali pada statistik, terdapat 1 bilion pengguna internet didunia. Pengguna internet di Amerika hanya mewakili 10 peratus. Bermakna, terdapat 90 peratus lagi pasaran negara-negara lain.

Walaupun statistik ini tidak boleh diambil kira untuk mengetahui jumlah orang yang berjual beli melalui internet, secara kasarnya, ia boleh dijadikan ukuran, bagaimana peluang dan potensi perniagaan internet untuk sesebuah pasaran (Ada orang terlalu negatif dengan statistik sebegini,huhu).

Sebelum anda terjun membina sebuah perniagaan internet, adalah baik kiranya jika anda membuat sedikit kajian tentang sasaran pasaran anda. Saya berharap anda terjun ditempat yang betul ;) .

Mengapa saya menyuruh anda melakukannya?

Beginilah, walaupun perniagaan internet adalah perniagaan secara global tetapi akan ada pemberatnya. Faham tak maksud saya? Ya, anda akan melihat pemberatnya apabila anda mula menjual nanti.

Pemberat disini bermaksud, kecenderungan dan polar pembeli.

Selalunya, apabila anda membina sebuah laman web berbahasa Inggeris dengan nama Dot Com, menggunakan PayPal sebagai akaun merchant anda, majoriti besar pembeli akan datang dari Amerika.

Apabila majoriti besar pembeli dari Amerika, mahu tidak mahu, adalah baik kita manjakan pembeli dari negara ini lebih dari negara lain. :grin:

Maksud memanjakan disini adalah dengan memberikan perkhidmatan yang memudahkan urusan pembelian mereka. Sebagai contoh yang terjadi ke atas laman web kapal terbang kami, PlanesPlanet.com.

Apabila terlalu ramai pembeli dari Amerika, kami akhirnya memasang sebuah nombor telefon Amerika (walaupun ianya percuma). Proses memanjakan disini tidak akan berakhir disitu, terdapat banyak lagi cara untuk memanjakan pemberat-pemberat sebegini.

Salah satu cara lagi adalah dengan memiliki alamat Amerika. Proses sebegini datang bukanlah kerana kami suka-suka, ia datang selepas polar pembeli kami yang majoritinya dari Amerika.

Sama hal juga jika pasaran anda dari Malaysia, adalah lebih baik anda menambah seberapa banyak bank-bank sebagai kaedah penerimaan bayaran dari bergantung kepada bank-bank ternama seperti Maybank sahaja.

Kecenderungan dan polar pembeli juga akan bergantung kepada jenis perniagaan anda. Saya berikan satu contoh, jika anda menjual produk-produk elektronik, anda akan melihat polar yang berbeda-beda dari sebuah negara ke sebuah negara.

Misalannya, telefon bimbit mungkin tidak akan laku di pasaran UK kerana orang-orang UK akan mendapat telefon bimbit percuma apabila mereka sign up dengan mana-mana penyedia telekomunikasi di negara mereka.

Jadi, peluang menjual telefon bimbit di pasaran UK adalah amat tipis. Di New Zealand (seperti kata adik saya), produk-produk seperti kamera digital, mp3 player amatlah mahal berbanding di Malaysia. Maka, terdapat ramai penjual dari Asia yang menjual barangan sebegitu disana dengan harga yang murah. Oleh sebab itu, barang-barang seperti itu boleh dikatakan laku dilaman lelongan di New Zealand.

Pada saya, sebenarnya, anda boleh memilih pasaran mana yang sesuai dengan produk anda. Tidak semestinya anda cuba memecah masuk pasaran di Amerika (walaupun pasaran mereka matang, kadar persaingan selalunya tinggi), anda boleh mencari pasaran negara lain.

Fokuskan kepada pasaran negara itu dahulu sebelum melompat ke pasaran yang lebih luas. Yang penting, produk anda harus menepati citarasa penduduk sebuah negara dan negara mereka bukanlah negara konservatif dalam urusan jual beli diinternet.

Sekian,
W.M.Syazwan

P/S: Pasaran ineternet di Malaysia sendiri adalah pasaran lumayan untuk gajet-gajet elektronik.