Selama ini saya berdiam diri apabila ada orang mengatakan salesletter Tsunamiwang & RajaRinggit mantap (terutamanya Syazwan), saya akui, salesletter mereka meyakinkan dan mengasyikkan. Tetapi, jika saya menulis salesletter, saya tidak mahu (tidak sampai hati) untuk menulis salesletter yang begitu. Pada saya ia agak hypey dan tidak “kena” dengan jiwa saya.

Saya rasa, kita semua tahu bahawa salesletter adalah ejen jualan kita. Jadi hari ini, mari kita berbincang sedikit mengenai salesletter;

Panjang atau Pendek?

Ramai orang berdebat, sama ada salesletter panjang atau pendek yang lebih berkesan. Ada banyak Mazhab Malaysia dalam hal ini. Ramai sebenarnya yang mengatakan salesletter pendek lebih bagus kerana direct to the point. Tidak perlu mendayu-dayu, kepanjangan = pembohongan kata mereka. (psst…ada juga yang memang malas membaca)

Ada juga yang mengatakan, good product speaks for itself

Pendapat kedua pula mengatakan, salesletter biar panjang-panjang. Supaya kita boleh senaraikan apa kelemahan dan kebaikan sesuatu produk itu. Kata mereka, produk yang baik pun kalau kita tidak beritahu kebaikannya, mereka tidak akan tahu.

Jawapan Sebenarnya

Jawapan seorang copywriter terkemuka dunia, (Michael Fortin atau John Carlton, saya dah lupa)

It need to be as long as it need

Panjang atau pendek itu tidak penting. Yang penting adalah mesej jualan kita sampai. Jika ia perlu pendek, maka pendek lah ia. Jika panjang, panjanglah. :)

Ciri-ciri sesebuah salesletter yang menarik;

AIDA-Attention, Interest, Desire, Action

1- Mula2, dapatkan Attention pembaca dengan “headline”. Headline mesti strong.

Antara headline yang kerap digunakan adalah “How To…” , “Who Else…”

2. Create Interest dalam ayat-ayat awal salesletter tersebut supaya pembaca TERUS MEMBACA (bukan beli lagi)

3. Goda pembaca untuk memiliki produk tersebut. Create Desire.

4. Call to Action. Minta pelanggan mengambil tindakan seperti “Buy Now”, “Order Now” atau “Beli Sekarang”. Walaupun ini seperti pembaca sedia maklum, tetapi anda mesti letakkan juga. Jika tidak, mereka mungkin terlupa.

Mudah bukan?

Idola Copywriting Saya
Tapi berbeza dengan copywriter lain, idola saya sebenarnya a much more simple man. Saya sebenarnya tidak berapa “kena” dengan salesletter generasi sekarang yang pada saya agak “hype” dan emosional.

Saya prefer satu penulisan yang lebih jujur, unintrusive tetapi persuasive. Idola saya adalah Joe Vitale. Saya menjadikan copywriting beliau sebagai salah satu inti utama swipe file saya. Beliau mengamalkan formula MAGIC.

1. Magnetize – Hampir sama, gunakan headline.

2. Attack- Relatekan diri kita dengan pembaca. Be emphatic. Kenapa pembaca itu memerlukan produk kita?

3. Generate Credibility-Kenapa kita boleh dan perlu bercakap? Kenapa kita ada offer seperti itu? Manusia sekarang lebih sophisticated. Jika anda menjual sesuatu pada harga murah, mesti ada sebabnya. Tidak berkualiti? atau ada perayaan tertentu? Jelaskan.

4. Interest- Terangkan bagaimana produk anda menyelesaikan masalah pengguna

5. Closure- Sama. Call to action.

Baiklah, sebentar tadi saya mengatakan bahawa salesletter TW & RR terlalu emotional dan hypey dan tidak kena dengan jiwa saya. Jadi, apakah alternatifnya?

Cuba anda lihat salesletter En Faisal of SyokKahwin di sini:

Saya rasa En Faisal telah berjaya membuktikan bahawa, kita boleh jadi persuasif tanpa perlu terlalu hype. Jika saya pengusaha dalam industri perkahwinan, saya rasa pasti saya tidak segan silu untuk mengeluarkan dompet dan mendapatkan khidmat En Faisal.

Sebenarnya saya ada bertanya En Faisal berapakah conversion rate salesletter tersebut. Anda nak tahu?

10%! (standard industri cuma 1%)
Satu angka yang sangat besar. (saya tidak pasti maksud En Faisal salesletter yang ini atau salesletter yang lama. Tapi saya pasti, salesletter ini pun akan convert well juga) ;)

Saya tersenyum apabila membaca caption gambar En Faisal dengan Bill Rancic…ada2 sahaja ye

Jadi, jika anda mahu belajar menulis salesletter dan copywriting, saya rasa anda boleh menjadikan En Faisal contoh!

Ini laman web beliau sekali lagi.

Ok baiklah, selamat maju jaya!

p/s: Kenapa akhirnya kami bercerita mengenai copywriting? Kerana conversion rate KingFuelSaver adalah 9% (tidaklah sehebat En Faisal, tapi boleh lah) Sebenarnya kami ada belajar beberapa trick conversion rate terbaru yang tidak ada pada salesletter kami yang lain. ;)

Alumni seminar RBDDI SaifulSham tahun 2007 telahpun mempelajari trick2 ini, alumni lain, kami akan share ketika Konvensyen (bukan Konvokesyen ye bitol :p ). Pastikan anda confirmkan registration…

p/s: Kepada yang lain yang belum menjadi alumni kami, silalah timbang-timbang untuk ke seminar RBDDI kami < <<

p/p/s: Kami juga akan merombak cara kami follow up protege kami. Peserta konvensyen, you are in for a big surprise! Better praktikkan apa yang En Irwan cadangkan (business plan), sebab kami akan simpan hardcopy plan anda (kami akan sediakan form ringkas jika anda tiada). Dengan cara ini protege akan jadi more accountable dengan perancangan mereka sendiri. Dalam konvensyen kedua, siapa yang tak bergerak lagi… akan rasa tak bestlah… hoho… :)