Produk IM
Hello pembaca SaifulSham,
Kali terakhir Team SaifulSham menghasilkan produk internet marketing adalah pada tahun lepas, iaitu dengan terbitnya buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”.
Ada yang sempat bertanya saya, “Takkan takde produk baru, advance level ke?”
Saya tersengih, “Bukan tidak ada, tetapi sekarang tempoh sibuk tidak seperti tahun sebelumnya. Dulu bolehla fikir tulis buku sahaja, tetapi sekarang tengah jadi final year student (projek final year yang susah), ditambah lagi pengurusan bisnes-bisnes baru, seminar dan workshop”
Sebetulnya, saya dan Sabri memang merancang untuk menghasilkan satu lagi produk IM yang advance (memang betul-betul advance berasaskan kajian kes laman web kami – yang tidak pernah didedahkan).
Saya pun sudah berjanji dengan PTS untuk menulis satu lagi buku tahun ini. Hasrat itu sehingga sekarang masih tidak dapat dilaksanakan. (rasa bersalah pula tidak siap ikut dateline)
Yang pasti, untuk tahun 2007, tidak ada produk berasaskan Internet Marketing daripada kami. Mungkin kena tunggu selepas saya graduasi tahun depan. Hajatnya, saya ingin menulis dan merakamkan satu-persatu kajian kes terhadap laman web produk fizikal kami yang mendapat sambutan tinggi dan ianya akan dibuat dalam bentuk buku dan video.
Pada saya, itulah mungkin projek paling lengkap Team SaifulSham dalam bidang internet marketing. Cuma sekarang saya menunggu masa untuk memulakannya. Tetapi, saya tidak dapat berjanji untuk tahun 2007 (tinggal sebulan pun nak ke tahun baru), so kita bawa ke tahun hadapan.
Oklah, tinggalkan produk IM terbaru SaifulSham dahulu. Jumpa lagi ya, saya harus membelek buku sekarang, EXAM!!
W.M.Syazwan
P/S: Siapa nak naik kereta VIOS edisi terbaru milik Bitol? Boleh tinggalkan komen, nanti saya forward pada bitol. Hai Bitol, anak murid tuka kereta dulu dari tok guru, kes kes.


November 7th, 2007 at 9:33 am
diharap ebook dalam kajian saifulsham nanti dapat membantu kami yang masih baru dalam memasarkan produk sendiri….good luk
November 7th, 2007 at 3:49 pm
harap-harap harga ebook tu nanti tak mahal sangat.
November 7th, 2007 at 8:23 pm
Saya memang tertunggu2 produk terbaru daripada saifulsham..
(buku RBDDI memang best & byk buka mata sya dengan perniagaan internet)..
Tapi apakan daya sekarang ni musim exam..
So, suma orang sbukk…