Produk terlaris diinternet?
Hello pembaca SaifulSham,
Selama 2 hari, saya tidak mengakses ke internet. Totally offline! Sebab pertama, saya pulang ke kampung halaman dan saya ingin merehatkan minda. Keduanya, saya pulang untuk belajar beberapa perkara berkenaan pelaburan hartanah daripada bapa saya sendiri.
Baiklah, hari ini saya tertarik dengan beberapa soalan yang sama yang diajukan oleh kebanyakan newbie yang ingin menceburi perniagaan internet. Hatta tidak terlepas bekas peserta seminar saya sendiri.
Soalannya agak common bagi saya tetapi disebabkan ia diajukan berkali-kali, maka lebih baik saya menulisnya sendiri.
“Syazwan, bolehkah anda beritahu, apakah produk yang benar-benar laris diinternet?”
Selalunya untuk soalan ini, saya sendiri mati akal untuk menjawab. Sebab ia terlalu common. Dan jawapan kebiasaan saya selalunya berbunyi begini:
“Saya tidak tahu melainkan saya menjalankan kajian terhadap permintaan pasaran terhadap sesebuah produk. Adalah lebih baik saudara menggunakan kaedah yang diajar saya dalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” tentang bagaimana melihat permintaan pasaran (demand).
“Tidak Syazwan, itu bukan jawapan yang diinginkan saya. Saya pasti anda tahu sebuah rahsia besar. Saya mahu tahu exact produk yang laris diinternet. Sebagai orang yang baru yang ingin memulakan perniagaan internet, apa salahnya anda beritahu apakah yang boleh dijual kami”
“Ya tuhanku, wahai saudaraku, ini bukannya sesi bocor rahsia. Saya tiada apa ingin disembunyikan. Saya juga menggunakan kaedah yang sama untuk mengkaji permintaan pasaran, kemudian barulah saya fikirkan produknya. Dan saya tidak boleh katakan, nah, inilah produknya”.
“Jadi, bagaimana dengan PlanesPlanet? Tidakkah awak tahu ia sepatutnya mempunyai permintaan barulah awak mengambil keputusan menjualnya bukan? “
“Memang saya tahu ia mempunyai demand, dan sebab itu juga saya dan Sabri mengambil keputusan menjualnya. Tetapi kami pun sama, sebelum kami tahu ianya mempunyai permintaan,
kami tidak tahu seperti anda.
Kami juga menjalankan kajian pasaran sama seperti proses yang anda belajar dalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Jadi, saya tidak ada cadangan konkrit, produk apakah yang terlaris, ia satu soalan yang terlalu subjektif”.
“Beginilah Syazwan, berjujurlah dengan saya. Saya mempunyai RM100, ambilah buat duit kopi tetapi beritahulah saya apakah produk yang akan dicadangkan saudara? Elektronik? Toy? Collectible? Fuel Saver? atau apa? Mohon jasa baik Syazwan. Atau jika tidak cukup lagi, ambillah 20 percent keuntungan perniagaan internet saya kelak, saya cuma mahu satu jawapan dari mulut anda sahaja”
Hmmm, menarik tu. Saya rasa saya inginkan yang 20 percent itu! Jikalau begitulah, marilah dekatkan telinga anda. Saya ingin bisikkan sesuatu. Mula-mula, pick several of your hobbies & passion.
Kemudian, ambil kesemua hobi-hobi itu. Marilah kita pergi ke Overture dan beberapa tools yang boleh membantu.
Selepas itu, senarai pendekkan hobi-hobi tadi mengikut permintaan pasaran. Kemudian…………….
“Ahhh, tidak, Syazwan, anda sedang mengulang kaji buku ‘Rahsia Buat Duit Dengan Internet’. Nampaknya, sekarang saya faham mengapa bangsa kita tidak maju, sebab adanya orang yang berahsia besar seperti anda. Saya ingin tidur dari mendengar perkara yang sama didalam buku.
Oh ya, sebelum saya tidur, mungkin ini soalan terakhir saya. Apa jenis produk cadangan anda untuk saya memulakan perniagaan internet? Produk fizikal? Digital? Adsense? Servis?”
“Jika anda bertanya begitu, sudah tentu saya akan beritahu produk fizikal. Sebab Team SaifulSham pun memang sejak dari awal berkecimpung dalam produk fizikal. Sudah tentu kami akan bias kepada produk fizikal.
Tetapi jika anda bertanya kepada pakar-pakar Adsense, mereka akan menjerit supaya anda membuat Adsense.
Jika anda bertanya kepada pakar-pakar eBook, mereka juga akan menjerit-jerit untuk anda menjual eBook.
Kesetiap kesemuanya ada pro dan kontra sendiri. Apa yang saya boleh beritahu, dalam dunia, setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeda.
Sebagai contohnya, kami memang tahu, ada manusia yang berjual beli produk fizikal diinternet. Maka, kami Team SaifulSham cuba memenuhi keperluan manusia seperti itu.
Terdapat banyak juga manusia yang inginkan maklumat-maklumat diinternet, maka usahawan eBook cuba memenuhi keperluan itu.
Tidakkah anda pernah terfikir, mengapa dalam dunia ini terdapat berbagai jenis kenderaan?
Ya, sebab manusia mempunyai keperluan berbeza. Orang bujang mungkin lebih suka memilih kereta kompak dan kecil. Berlainan dengan orang berkeluarga, mereka mungkin memerlukan MPV ataupun van.
Golongan kaya pula tentu mahukan kereta spot dan mewah.
Jadi, terdapat banyak jenis permintaan, maka saya tidak ada jawapan muktamad untuk soalan in. Tetapi lagi sekali, jika anda tanya kepada saya, saya dan Sabri akan tentu bias kepada produk fizikal.
Hatta dalam seminar kamipun, kami lebih mengajar bagaimana menjual produk fizikal. Jadi, jangan tanya kami mengenai Google Adsense!
P/S: Sama hal juga dengan bapa saya, kalau saya tanyakan kepadanya, beliau tentu akan bias kepada hartanah berbanding dengan saham, unit amanah dan apa-apa jenis pelaburan lain. Jadi, saya akan kembali dengan beberapa topik hartanah pada pos akan datang!
W.M.Syazwan


April 9th, 2007 at 1:34 am
Ha..ha… sapa ler yang bertanya sampai macam tue.. Betul Syazwan, setiap orang mempunyai pandangan tersendiri.. kalau kita nak buat sesuatu kena tanya diri sendiri, apa yang kiat minat…??? jangan sekali-sekali ikut orang..
April 9th, 2007 at 10:40 am
Kalau saya saya bagitau dier direct jer: “eBook lah produk terlaris” … selepas itu saya akan tgk apa yg dia nak buat.. org2 sebegitu biar “tok guru paling garang” jer yg ajar: PENGALAMAN
April 9th, 2007 at 10:53 am
Setuju dgn Robotys. Bagi tau je mana-mana kategori. Lepas tu tengok apa dia nak buat.
Dia orang tu nak short-cut je … ada potential nak kena scam tu! He, he, he …
April 9th, 2007 at 11:23 am
He he betul tu. Saya pun newbie, tapi rasanya takdelah sampai cam tu pulak. Kalau tanya kat luar (offline) pun mcm tu jugak jawapannya. Tapi, kalau nak tutup cerita, jawab macam Robotys jer la
. Manusia.. manusia…
April 9th, 2007 at 12:40 pm
Syazwan,
Kadang2 mereka ni nak short cut je.. tak rajin buat homework, tapi perlukan end result…
Nak suggest supaya buat satu perkhidmatan perundingan untuk mencari produk yang laris di internet.
Syazwan buatkan kajian pasaran dan potensi, pelanggan bayar.
April 9th, 2007 at 12:51 pm
Irwan: Servis tu nampak menarik tu irwan tp yelah…yg ada skng ni pun terkejar-kejar. Haha, nice idea…boleh dipertimbangkan..
April 9th, 2007 at 12:52 pm
hahaha..Nak tau apa yang paling laris? Nantikannyanye nanti..Sabri dah dapat satu copy first draft..Banyak kesalahan ejaan la plak.
..Saya dah selesai buat proof reading..Lagi 6 hari pelancaran..Sape nak preview boleh download..
April 9th, 2007 at 4:18 pm
Irwan..idea tu mmg dah dah dilaksanakan di eropah..disini x de lg kot. Tapi betul kata wan, yg ada skrg pun terkejar-kejar.hehe
April 9th, 2007 at 5:02 pm
Hehe saya betul2 berminat nak cuba produk fizikal hmmm kene menuntut dengan Team SaifulSham yang bias dengan produk fizikal
April 9th, 2007 at 5:34 pm
Teringat masa time blajar dulu.. Cikgu saya ada pesan.. ntah dah lose contact dengan cikgu nie. Tapi masih ingat pesannya hingga kini. Untuk berjaya tanya je apa yang anda perlu tahu, walaupun jawapan untuk pertanyaan anda itu tidak munasabah. Tapi sekurang-kurangnya anda berada didepan daripada orang yang tidak bertanya langsung
.
Rasanya tak kisah kalo newbie bertanya seperti itu. Positive thinking.. mungkin mereka perlukan lebih kepastian dalam perniagaan internet nie kan! Orang barulah katakan. Pendapat saya jer.. Tak semestinya betul
.Tapi kalo dah otai tanya macam nie.. Tak patut.. Tak patut..
.
April 9th, 2007 at 6:46 pm
Irwan..idea tu mmg dah dipakai di eropah
. tapi kat sini rasanya blm lagi kot. Tapi tu la kata wan, yg ada skrg pun terkejar-kejar..hehe.
April 9th, 2007 at 11:10 pm
Sampai begitu sekali soalanyanya ye.
April 10th, 2007 at 1:09 am
Hee..hee.. Pertanyaan yg cukup menarik. Nampak sgt malas juga nak buat research tu. Tapi bagi saya nak buat perniagaan internet biar semua produk kena, seperti ebook, fizikal, adsense dan perekhidmatan dll. Jangan terlibat dengan scam udah la. Yg penting kena mula satu satu la…jgn main terjah semua sekali.
April 10th, 2007 at 6:38 pm
Kesiannya disoal cam tu.
Kalau dia tanya saya tentu saya akan jawab pengiklanan. Tetapi ianya terlalu byk persaingan.
Team Saifulsham membawa era baru dan perintis dalam penjualan produk fizikal di internet di Malaysia. Semoga berjaya dan kaya.
April 10th, 2007 at 7:18 pm
“Produk terlaris di internet”, saya rasa u all semua miss the point. Kalau u jawab ebook, adsense, produk fizikal atau bla2…bukan jawpannya…
Produk terlaris ialah produk yg sedang panas pada waktu ini, produk yg sedang org perkatakan pada waktu ini.
Biar saya beri contoh, jika suatu waktu dahulu org ramai terkena fenomena Mawi, semua org menjual sesuatu yg ada ‘jenama’ Mawi, majalah ada gambar mawi, t-shirt mawi. jam mawi, cenderamata mawi, buku pasal mawi, macam2 lagi…
Kuncinya ialah apa yg org perkatakan pada waktu ini.
Jika soalannya “APakah produk yang paling hebat”. saya akan menjawab produk berinformasi…
Ingat, produk berinformasi digital tidak semestinya ebook, sebagai contoh pengalaman saya pernah menjual produk berinformasi (bukan ebook) dlaam masa tidak smapai 6 bulan sahja, telah mendpaat keuntungan beribu2 kali ganda.
Lagi satu, ianya mempunyai ciri-ciri , pasif income, boleh pelbagaikan, …boleh resell rights…macam2 lagi lah…
April 10th, 2007 at 10:26 pm
semua produk dari semua model perniagaan internet boleh laris kalo kene dengan caranya..Yang penting ialah cari “cara” tu..seo ke,marketing ke,jv ke..semua tu atas kemahuan sendiri..
April 10th, 2007 at 11:07 pm
semua orang dah jawab…hikhikhik…biasa la …mencari kepastian yang tak nampak dah ada depan mata…
April 10th, 2007 at 11:59 pm
orang kalau pandai berniaga, jual kayu 2″ x 3″ pun laku. kalau xpandai berniaga bole belajar. rajin bertanye bagus, tetapi kalau banyak sangat bertanya nanti lama-lama x mula. so tanye soalan yang berpatutan dan timbang-timbang mana yang bersesuaian terus aje mula…bole ke macam tu
April 11th, 2007 at 12:11 pm
i don’t know how important this plugin but it always make ur blog down..
April 12th, 2007 at 8:41 am
Lol…Plugin apa plak ni Ramzan?
Komen Spam ek? hehe…
Sabri
April 12th, 2007 at 10:40 am
google helite ke ape ntah namenya – lupa |o|
maybe internet slow ke camne jadi camtu. tapi plugin tu la causenya. Dont know why..tapi nak baca tak pat la since dia keluar error..
April 12th, 2007 at 3:48 pm
Ramzan,
Maybe sebab internet slow kot kat ***, sebab saya ok je. Plug ins untuk hi-lite kan keyword yang orang guna datang dari Google kan?
Tapi saya dah try disable kan. Let me know ada improvement or tak.
Sabri
p/s: Menjaga kebajikan pembaca..hehe
January 30th, 2011 at 4:41 am