SaifulSham Consultants | How To Contact Us?
Salam hormat pembaca budiman,
SaifulSham Consultants adalah sebuah perniagaan berdaftar, mempunyai alamat tetap dan juga no telefon, no fax dan juga kakitangan bertugas (waktu pejabat SHJ) khas untuk perniagaan internet kami. It’s a name and business you can trust. Mungkin saya tidak pernah mengumumkan perkara ini, jadi kali ini saya umumkan secara rasmi.
Jika ada sebarang masalah (terutamanya jika anda pelanggan kami), sila hubungi kami. Kami memerlukan maklumat anda untuk membantu anda menyelesaikan masalah anda.
SaifulSham Consultants
Suite 20, 6th Floor,
IOI Business Park,
Persiaran Puchong Jaya Selatan,
Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong, Selangor
Tel: +603-80644177
Fax: +603-80644277
Emel: saudagar@saudagar.com.my / info@ecommercemastery.com/ saifulsh@saifulsham.com
*Sebarang masalah dan komunikasi 99% akan mendapat jawapan dalam tempoh 1 HARI BEKERJA (24 jam). Kami rasakan ini satu benchmark yang bagus untuk respons perkhidmatan di Malaysia dan ini kami jadikan benchmark perkhidmatan kami.
Cara menghubungi kami:
1) Anda boleh menghantar emel kepada kami di salah satu dari alamat emel kami. Jika tiada balasan dalam tempoh 1 hari bekerja anda mempunyai pilihan sama ada mahu menghubungi kami melalui telefon atau menghantar emel di alamat lain.
2) Jika anda diberitahu secara spesifik oleh kami mengenai cara untuk menghubungi kami, gunakan kaedah tersebut. Ia khas untuk anda.
Nota: Masalah Dengan Sistem Emel
Emel adalah sistem komunikasi yang mudah dan efisien tetapi tidak sepanjang masa reliable. Ada juga emel yang diterima lewat dan banyak juga yang masuk SPAM box. Mungkin bagi pengguna biasa anda tidak dapat melihat masalah ini. Tetapi kami menerima hampir 500 emel setiap hari sekarang, jadi percayalah. Ia berlaku. Kemungkinan-kemungkinan ini ada.
Tindakan kami. Ketiga-tiga sistem email domain kami telah diletakkan di 3 server berbeza untuk memastikan kelangsungan komunikasi kami. Walaupun salah satu dari mereka mengalami masalah, ia tidak akan menjejaskan yang lain. Ini tindakan pencegahan proaktif terbaik yang dapat kami ambil.
Jadi jika anda tidak menerima balasan dari kami, mengapa tidak hantar kepada ketiga-tiga alamat emel rasmi kami sekaligus? (cuma jangan selalu, jika benar-benar penting sahaja)
Nota: Masalah Dengan Sistem Surat Menyurat
Kami amat bersimpati jika anda tidak dapat menghubungi kami melalui surat atau mel biasa. Perkara ini sangat bergantung kepada prestasi Pos Malaysia dan kami rasa ramai yang tahu masalah ini.
Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan. Adalah sangat digalakkan anda menggunakan perkhidmatan yang memerlukan tandatangan ketika penerimaan (Kurier, Pos Laju atau Surat Berdaftar). Untuk pengetahuan anda, Pos Ekspres tidak ada bukti penerimaan dan tidak boleh dikesan jika hilang.
*Untuk pelanggan kami di SaifulSham.com & EcommerceMastery.com sahaja


May 10th, 2007 at 4:33 pm
Syabas kerana memudahkan kami menghubungi anda pada bila-bila masa. InsyaAllah jika saya mempunyai masalah berkaitan perniagaan internet, saya akan menghubungi pihak syarikat anda kelak.
May 11th, 2007 at 10:19 pm
Kami cukup takut jika pelanggan tidak dapat menghubungi kami dan bising2.
Komunikasi yang diatas hanya untuk masalah teknikal dan logistik (tempahan) pelanggan dsbnya. Komunikasi ini juga hanya untuk pelanggan kami sahaja tapinya.
Jika ada soalan mengenai perniagaan internet, kami lebih suka menjawabnya di blog ini sahaja.
Kecuali soalan2 perniagaan internet dari protege-protege kami yang mempunyai saluran2 tertentu mereka sendiri untuk menghubungi kami.