Hello pembaca SaifulSham,

Jika anda membaca tulisan Team SS sejak 2 minggu ini lebih banyak didominasi saya. Sabri pula jarang menulis kerana beliau sedang mengetuai operasi menyiapkan portal baru kami, SaifulSham.Co.Nz.

Seperti diwar-warkan, SaifulSham.Co.Nz akan dilancarkan sebelum Tahun Baru Cina memandangkan adik saya akan berlepas ke New Zealand minggu hadapan. Beliau akan menguruskan portal SaifulSham.Co.Nz di New Zealand sekurang-kurangnya untuk 4 tahun.

Satu janji Team SS kepada anda, SaifulSham NZ akan menyediakan servis khas untuk rakyat Malaysia dalam memudahkan urusan online business selain memberi informasi terkini mengenai perniagaan dan keusahawanan disana.

Baik, sebenarnya itu bukan agenda utama saya menulis hari ini. Semalam saya dipanggil berucap di KLIUC (Ikram). Saya memberikan talk selama 2 jam dihadapan pelajar tahun akhir bidang Business in E-Commerce.

Sebenarnya saya sendiri agak terkejut kerana kebanyakan daripada pelajar yang tidak menyedari bahawa bidang yang mereka pelajari itu berpotensi besar dalam dunia perniagaan hari ini. Ada pula yang tidak mengetahui motif sebenar mengambil bidang Business in E-Commerce.

Jika saya berada di pihak mereka, sudah pasti saya akan gembira kerana ia akan memudahkan pembelajaran saya dalam E-Commerce dan tidak perlulah saya bersusah payah seperti waktu awal dahulu.

Apabila saya memberitahu mereka bahawa saya lebih muda daripada mereka, barulah kebanyakan daripada mereka ingin tahu, apakah sebenar peluang pekerjaan yang dikatakan lumayan dalam E-Commerce.

Maka bercolotehlah saya selama 2 jam dan saya gembira, pada akhir talk tersebut, hampir kesemua pelajar nampak bersemangat dan mula tahu, bidang yang dipelajari mereka ketika ini adalah satu bonus atau batu loncatan untuk mereka menceburi perniagaan internet.

Sebabnya, mereka sudah sedia belajar mengenai HTML, PHP, Java, marketing in e-commerce dan bermacam-macam lagi. Mereka sudah punyai asas walaupun apa yang dipelajari mungkin tidak sama dengan aplikasi dunia sebenar. Mereka sungguh bernasib baik daripada saya sewaktu 4 tahun lalu.

Pensyarah KLIUC sendiri terkejut kerana mengetahui saya mempunyai latar belakang kejuruteraan dan boleh bercakap mengenai E-Commerce. Sebenarnya, itulah perkara sama yang terjadi kepada Man of E-Commerce di Malaysia (anugerah yang diwujudkan saya sendiri :) ), Tony Fernandes.

Walaupun kita mengenali Tony sebagai orang yang merevolusikan industri penerbangan negara, kita juga sebenarnya harus berterima kasih kepada Tony kerana beliau sedikit sebanyak membuka mata banyak pihak di Malaysia mengenai peluang E-Commerce.

Sebelum kewujudan AirAsia, tidak ramai yang berani mencuba-cuba membeli di internet. Tidak ramai yang tahu bagaimana sebenarnya online purchase. Itulah sebenarnya sedikit sebanyak jasa si Tony.

Dan menarik juga, Tony Fernandes bukannya mempunyai kelulusan dalam E-Commerce. Sebaliknya, Si Tony adalah orang kuat dalam industri muzik.

Untuk membuktikan bidang perniagaan internet ini adalah bidang yang menjanjikan pulangan lumayan, Tony Fernandes telahpun melancarkan 2 lagi syarikat miliknya iaitu TuneMoney.Com dan TuneHotels.com.

Kedua-dua syarikat tersebut masih menumpukan internet sebagai tools utama pemasaran sama seperti AirAsia.

Jadi, saya tidak mahu menulis kesimpulan cerita ini. Anda sendiri tahu potensinya.

Prinsip saya:

Selagi Tony Fernandes tidak keluar daripada bidang e-commerce, selagi itu saya juga duduk dalam bidang ini. Haha!

Jumpa lagi!