Salah tanggap bisnes MLM
Hello pembaca SaifulSham,
Artikel ini mungkin kurang sesuai ditulis oleh Syazwan (si peniaga internet), tetapi saya masih ingin menjelaskan sesuatu mengenai MLM.
Ya, saya hidup dan bergelumang dalam bisnes internet tetapi saya banyak belajar dari bapa saya mengenai bisnes MLM (dia merupakan orang kuat dalam sebuah bisnes MLM sejak 5 tahun lepas).
Pengalaman saya bertemu ‘mangsa-mangsa’ MLM yang terpedaya, mereka akan membawa seribu macam cerita ngeri mengenai industri MLM.
Antara kata-kata yang biasa didengari:
- Semua bisnes MLM menindas orang.
- Harga produk MLM akan melampaui harga biasa kerana komisyen yang perlu dibayar kepada ahli.
- Orang bawah akan terus teraniaya, dan orang atas akan terusan kaya.
- MLM hanya menjual keahlian dan bukannya produk.
- Dan macam-macam lagi.
Menariknya, kisah ngeri mereka ini begitu berkesan mempengaruhi orang lain (inilah kehebatan words of mouth).
Baik, saya lebih suka bersikap neutral. Walaupun begitu, dari pengalaman saya melihat bapa saya menguruskan stokisnya sejak 4 tahun lepas, banyak yang saya pelajari tentang bagaimana operasi bisnes MLM ini.
Saya sempat untuk duduk semeja dengan rakan-rakan kuat bapa saya dalam perbincangan mereka. Saya juga sempat untuk memerhati orang-orang yang datang ke pejabat bapa saya berkali-kali tanpa sebarang hasil pun.
Sebagai pemilik stokis negeri, bapa saya sentiasa turun padang untuk membantu anak buahnya, dan disamping itu duduk distokisnya melihat prestasi mereka dan merancang teknik-teknik baru.
Daripada kajian yang dibuat, ramai yang tidak berjaya disebabkan mereka melompat-lompat syarikat MLM. Tidak kurang juga orang yang membuat cerita buruk ini adalah orang yang tidak pernah pun melibatkan diri dalam MLM sebelum ini. Mereka hanya masuk dan duduk sambil lewa dan apabila tidak mendapat hasil, menyalahkan sistem MLM.
Ya, memang diakui sistem/pelan sesebuah MLM juga adalah kritikal dalam membantu ahli-ahlinya cepat untuk mendapat imbuhan yang lumayan tetapi ramai yang masuk kerana tidak membuat kajian pelan. Mengikut kawan semata-mata hanya akan membuatkan anda tidak berjaya.
MLM bukan dibuat untuk mengkayakan orang atasan. Pada dasarnya, anda melihat orang atasan makin lama akan makin kaya. Tetapi, sistem MLM sebenar adalah adil dan saksama. Malah, bapa saya sendiri mempunyai pendapatan lebih besar daripada orang atasannya dan kini memintas orang atasannya dari segi pangkat. Semuanya sebenarnya bergantung pada usaha masing-masing.
Tidak semestinya produk yang dijual MLM lebih mahal dari pasaran. Sebenarnya dalam banyak kes, produk MLM jauh lebih murah daripada produk yang dijual secara runcit.
Dahulu bapa saya pernah menjadi pemborong keperluan harian. Kata bapa saya, dahulu beliau pernah membeli secara pukal air kotak dari pengilang dengan harga sekitar 20 sen sekotak. Dan apabila sampai ke tangan pembeli (selepas melalui beberapa tangan pemborong), ianya berharga RM1.00!
Kalau anda tahu kos sebenar ini, tentu anda akan berkata ia tidak masuk akal.
Tetapi apabila industri MLM mempunyai harga sedemikian, anda akan kata tidak masuk akal. Konsepnya sama, produk MLM tidak perlu melalui orang tengah seperti pemborong dan tidak perlu promosi dan iklan di tv atau akhbar (yang menambah kos).
Sebab, agen MLM lah yang akan menjual secara terus kepada pelanggan. Dan agen ini sama juga seperti pemborong, mereka dibayar komisyen.
Setiap orang mungkin mempunyai pendapat berbeza tetapi adalah tidak elok menyalahkan industri MLM kerana terdapatnya beberapa individu-individu yang memberi nama buruk pada MLM itu sendiri.
Apabila saya memerhatikan cara bapa saya berceramah, beliau tidak langsung menekankan jumlah pendapatannya dalam isi ceramah. Apa yang diberikannya adalah ilmu pengetahuan mengenai MLM seperti produk dan pelan. Itu adalah lebih penting sebenarnya.
Sesetengah pihak suka bercerita akan kekayaan diperolehinya. Pada satu sudut, ya ia memang kaedah yang sangat berkesan menarik ahli MLM tetapi dalam jangka masa panjang, kaedah ini sebenarnya lebih memakan dirinya dan lebih menonjolkan sikap menunjuk-nunjuk.
Jika anda bertanya kepada saya, “You ada join ke MLM, nak back up pula”
Saya akan menjawab, “Memang tidak tetapi saya sudah 5 tahun hidup dengan bapa yang aktif dalam MLM. Saya tahu apa yang dibincangkannya, saya tahu apa yang diajarnya dan saya tahu bagaimana MLM itu berfungsi. Dan lebih penting, saya menghormati MLM sebagai satu peluang bisnes yang baik walaupun saya menumpukan pada bidang internet”.
“Dulu bukan ke you kutuk MLM yang internet-internet tu?”
Tidak, saya hanya meragui cara mereka menarik keahlian. Mereka bukan bertujuan untuk menjual produk sangat tetapi lebih kepada menarik ahli. Produk tidak lebih sebagai pelindung pelannya. Itu sahaja.
Sekian,
W.M.Syazwan


September 26th, 2007 at 7:21 am
betul syazwan. ramai yang salah anggap tentang MLM ni. selepas saya sertai satu MLM, saya sendiri baru tahu hakikat sebenar MLM ni. kalau tidak, saya tak tahu MLM ni sebenarnya camner. sebab kebanyakan yang sertai MLM dan dan gagal PASTI berikan komen yang negatif..saya sebelum ni pun pandang serong gak dengan MLM ni coz terpengaruh dengan orang2 camni. selepas kenal dunia internet, dan sudah pandai mencari maklumat, saya sedar yang sebenarnya pandangan saya ternyata salah. kesimpulannya, jangan mudah menerima pandangan dan pendapat orang yang berdasarkan emosi. terimalah pandangan dan pendapat orang yang benar-benar berilmu dan bukan berasaskan emosi. kini saya lebih berhati-hati dalam menerima pandangan orang dengan sentiasa cuba pastikan kebenarannya dulu,terutamanya berkaitan agama
September 26th, 2007 at 11:07 am
Tidak dinafikan dunia MLM ramai yg salah anggap. Alasannya seperti yang Syazwan katakan. Bagi saya MLM juga memerlukan ilmu, strategi dan teknik, cara yang betul, usaha berterusan, teamwork, menjual barang disamping membantu orang ramai mencari pendapatan yang lumayan.
Saya sendiri pernah terlibat dengan dunia MLM ni. Lebih kurang 2 tahun jugalah. Banyak perkara berkaitan dengan MLM ni yg saya pelajari. Ternyata tanggapan salah tersebut tidak timbul. Mungkin yg tdk pernah terlibat mereka tidak tahu.
September 26th, 2007 at 11:09 am
Isu MLM ni sangat sensitif bagi mereka yg telah atau sedang terlibat dalam industri ini.
Kebanyakkan dari mereka yg terjebak dalam industri ini adalah kerana mereka ingin mencari pendapatan lebih/sampingan tanpa banyak usaha/kerja. Bukan kerana produknya bagus. Oleh itu, bila matlamat tak tercapai, mereka akan meluahkan rasa kecewa mereka itu dengan menakut-nakutkan org lain dgn cerita-cerita -ve. Tambahan lagi kalau masuk di bawah naungan org-org yg tak beretika. Sykt MLM yg dapat nama busuk.
Bagi saya ada satu garis panduan yg simple bila nak menyertai sykt MLM ni. Kalau produknya bagus dan boleh dijual tanpa merekrut/sponsor ahli baru, maka seseorang itu akan bertahan lama dalam sykt tersebut.
Simple as that!
September 26th, 2007 at 1:27 pm
Setuju sgt2 dengan quote nih.
Saya dah lama meninggalkan MLM nih dan bukanlah kerana saya tidak berjaya dalam MLM semata2, tapi sebab suasana yg tak kena dengan diri saya. Bila dah sampai tahap menggunakan sentimen agama untuk menarik ahli, maka biarlah saya angkat kaki dulu. Sbb tak lama la ia mampu berdiri.
ps: Masih tercari2 “produk” MLM yg bagus.
September 26th, 2007 at 8:47 pm
Lamanya Syazwan tak menulis. Rindu pula rasanya.
Pendek katanya Syazwan, sebab nila setitik, rosak susu satu sebelanga.
Apa2 cabang biz pun, sebab sorang dua, habis orang lain salah anggap.
Mcm juga kes server PURE tu, sebab sorang buat SPAM, habis satu server.
Pengalaman sayalah mengenai MLM ni, susah nak jumpa orang yg ikhlas buat biz ni. Rata2 hanya guna ayat $$$, kereta besar, rumah besar, isteri besar (opss)… Sebaliknya tak ada yg cerita more than that, atau selain dari itu.
Alih2 hanya kekayaan, duit dan harta. Kemudian saya tertanya, “adakah hanya ini ada dalam kepala orang yg buat MLM??”.
Duit dan sebagainya akan kita dapat kalau kita usaha dgn betul. Tak kisahlah apa yg kita buat. Usaha!
September 27th, 2007 at 12:35 am
saye setuju…kite kene focus kepada satu syarikat MLM sahaja…
F = forget
O = others
C = company
U = until
S = succes
September 28th, 2007 at 3:47 pm
Bagi saya, MLM ni perlukan kerajinan dan ketabahan. Kalau ada yang kata MLM ni menipu, sebenarnya tidak (kecuali MLM kat internet, Saya pun ragu). Semakin mahal sesuatu produk, semakin berkualiti produknya. Setahu saya, tahun lepas di malaysia ada 10 orang usahawan MLM mempunyai pendapatan Rm 100 ribu keatas. Saya nak kongsikan sesuatu, jika MLM itu berusia lebih dari 10 tahun dan tidak gulung tikar maka pelan pemasarannya terbukti berkesan. Jika ingin menjadi ahli dalam syarikat MLM, pertama sekali kita harus guna produk, jika produk ok maka secara automatik kita akan berkongsi dengan orang lain tentang produk tersebut, apabila kita berkongsi kehebatan produk dengan orang lain secara mudah penjualan produk akan berlaku. sekian
October 3rd, 2007 at 11:21 pm
Assalamualaikum Syazwan.
Saya setuju dengan pendapat anda. Kebanyakkan yang menyertai MLM ini adalah kerana terikut2 bila melihat ada orang yang dah berjaya terutama bila telah di gula2kan dengan kereta mewah setelah beberapa bulan saja join.
Sebenarnya pada pandangan saya sebelum menyertai mana2 syarikat MLM tu anda perlu melihat 4 perkara utama iaitu :
1 – Syarikat (usia dan kekukuhan syarikat itu)
2 – Produk (menjadi keperluan orang ramai atau tidak)
3 – Pelan Pemasaran (perlu belajar bagaimana plan itu beroperasi)
4 – Sistem Latihan (ini penting untuk di duplikasi)
Seterusnya bila menyertainya anda hendaklah fokus kepadausaha anda dan jangan jadi MLM JUNKIES @ PEREMPAT MLM iaitu orang yang sering melompat2 syarikat. Bila ada syarikat baru jer nak join, so…bila masa nak berjaya. Adioss..
~JimieRay~
October 18th, 2007 at 8:32 pm
Assallammualaikum Syazwan.
Daripada keterangan dalam artikel anda, saya sangat bersetuju dengan pendapat anda. MLM adalah satu bentuk perniagaan yang terbaik dan termurah untuk memulakan sesuatu perniagaan. Dengan MLM, para peniaga tidak perlu pening-pening kepala tentang lokasi perniagaan, modal, produk atau strategi perniagaan. Semua adalah mengikut kemampuan dan keadaan ahli. Sistem perniagaan MLM adalah adil. Siapa berusaha, dialah yang akan dapat.
Namun perniagaan adalah perniagaan. Tidak akan terlepas daripada saingan. Siapakah mereka?
Mereka adalah diri sendiri. Kegagalan untuk bertindak atau memahami bentuk perniagaan ini selalu mengakibatkan kerugian malah sering menyalahkan MLM. Akibatnya berlakulah aktiviti “Si Katak Lompat”. Atau yang lebih teruk lagi menyebarkan keburukan yang mana sebenarnya menyebarkan keburukan diri sendiri.
Seperti saudara Syazwan, saya juga selalu berhadapan dengan mereka yang membawa cerita-cerita ngeri lagi menakutkan malah amat dahsyat tentang MLM. Sebagai peniaga MLM kepada satu syarikat tempatan, telinga saya agak “panas” juga mendengarnya.
Beginilah orang kita, mudah percaya membabi buta tanpa melakukan usul periksa dahulu. Main hentam saja. Nak duit banyak tapi geraknya kurang.
Tidak kurang juga dari pesaing syarikat lain yang menggunakan taktik kotor agar mereka dapat keuntungan. Kalau benar MLM adalah perniagaan yang lebih kepada keburukan, saya tujukan kepada mereka yang selalu salah anggap berkaitan hal ini, saya minta jawapan tentang :
a. perniagaan apakah yang modal rendah tapi untung besar jika berusaha?
b. apakah kamu tidak mementingkan kekeluargaan dengan menghabiskan masa untuk mengayakan orang lain? Sedangkan kamu berpeluang untuk mengayakan diri sendiri malah membantu orang lain berjaya.
c. adakah kamu tidak mementingkan tuhan sedangkan MLM adalah perniagaan yang memberikan ruang masa yang amat lebar untuk melakukan pelbagai kerja lain lagi?
d. setiap perniagaan ada risiko tetapi inginkan kamu berhutang besar sedangkan business belum tahu hujung pangkalnya lagi?
e. kemelesetan ekonomi tetap akan berlaku bila-bila masa akibat pasaran global yang sentiasa tidak menentu tetapi mahukah anda masuk dalam statistik senarai bankrap dari mahkamah sedangkan dengan MLM anda masih tersenyum lebar?
Kepada mereka ini, saya cadangkan kaji semula atau yang baru mengenali MLM pula buat kajian. Jangan suka ikut cakap orang yang belum tentu betul. Ini akan mencerminkan peribadi anda. Sikap suka memburuk-burukkan orang atau perniagaan ini sepatutnya dibuang. Manusia tidak lari dari kesilapan. Saya juga manusia dan sering melakukan kesilapan. Sebagai peniaga MLM, kesilapan yang saya lakukan sebenarnya satu pembelajaran dan pengalaman untuk saya dan juga mereka di bawah saya. Harus diingat bahawa apabila telah memasuki perniagaan MLM bermakna telah mempunyai perniagaan sendiri. Hanya perlu pembelajaran dan pengalaman yang berterusan dalam menentukan hala tuju perniagaan hingga berjaya. Kepada peniaga MLM yang lain, semoga berjaya dan jujurlah dalam berniaga. Apabila sudah berada pada posisi yang tinggi, downline di bawah jangan dilupakan kerana kita juga seperti mereka dahulu.
Wassalam.
November 27th, 2007 at 1:46 pm
betul cakap sedara-sedari seklaian…sememangnya apabila kita menceburi bidang MLM ni yang penting usaha kita..tanpa usaha kita takkan berjaya..bila terdapat orang yang tidak berjaya ini, akan menjadi virus pada prospek baru yang ingin menceburi bidang ini..katakan jika satu hari nanti mereka ingin membuka kaedai makan, banyak aspek penting yang perlu di fikirkan. perlu menggaji pekerja,membeli perkakasan,mencari lokasi perniagaan dan sebagainya..tapi jika kita menyertai MLM,kitalah pengurus,kitalah pekerja…yang penting usaha kita,,kita lah perlu membentukkan perniagaan tersebut…jadi, tepuk dada tanylah selera anda…
March 18th, 2008 at 1:09 pm
Hi Robotys. Spt mn yg sy bace komen awak diatas.Awak seakan berminat menjalankan MLM. Jika berrminat sy boleh hantarkan brochure bisnes ini. Sy juga baru menyertai program ini dan masih lagi dalam proses membina network. Ya,kebanyakkan org menyalahkan MLM tetapi yg patut disalahkan kaedahnye bukan sistemnye. Sistem MLM terbukti berkesan sebenarnye.Marhizam:pingu2512@gmail.com
March 18th, 2008 at 1:12 pm
Org yg menyertai MLM adalah org yg sgt passionate,determine,+ve thinker,neutral,fair judgement dan pandai melihat celah2 peluang.
March 18th, 2008 at 1:19 pm
Org yg tak melihat MLM sebagai suatu peluang ialah org yg tanak susah dan ingin senang. Sy melihat mereka sungguh tak realistik! Sy cadangkan sesiapa yg ingin menyertai MLM perlu diinterview dahulu supaya org yg menertai MLM ini org yg betol2 passionate dan determine bkan yg memandang untung semata. Mereka hanya melihat org diatas mereka tetapi mereka tak menyedari mereka juga mempunyai peluang duduk di atas. Mereka inilah yg merosakkan reputasi MLM sebagai kaedah yg melahirkan ramai jutawan berbanding kaedah perniagaan klasik.
March 21st, 2008 at 2:57 am
askum.. yaa.. sayer tertarik dengan laman web ni.. ramai org menganggap perniagaan mlm adlah perniagaan yg kurang memuaskan.. tipu org, bohong org.. sebenarnye kiter perlu mengubah persepi tanggapan org ramai bhw tafsiranyya adalah salah sama sekali.. mlm juga merupakan sebuah perniagaan.. nabi telah bersabda bahawa sembilan per sepuluh daripada sumber rezeki adalah datang dari perniagaa. jadi aper yg sy nk kongsi disini.. adalah kejayaan org yang sering ingin mencari peluang di depan mata.. sikap org melayu memang tidak dpt disangkal.. kerana mereka takut untuk melakukan perubahan dlm hidupnya dan akhirnya mereka akn ditindas di bumi sendiri.. sebenarnya saya juga merupakan usahawan mlm yg masih mentah dan tidak muda lagi.. tapi saya harap ape yang saye sertai kali ini akan menjadi asas utk mencapai kejayaan.. tidak perlu la saya menerangkn pernigaan aper yg sayer terokai.. tetapi jika tuan puan ingin mengetahui aper dia perniagaan yg saya ceburi.. sila lawat ke blog saya.. http://bonggotech.blogspot.com.. sekian dari saya.. org yg ingain berjaya sentiasa berfikiran positif dan sentiase mencari peluang utk diterokai.. salam muhibah.. askum dari saya.. anas
January 8th, 2009 at 1:27 am
saya amat bersetuju sekiranya MLM menjual barangan untuk menjamin kesihatan TETAPI tidak bersetuju dgn mereka yang jadi upline cuma sibuk cerita mengenai bonus yang tinggi,menayang kereta besar dan mempromosi MLM dengan semua itu. apa ITU PRODUK?? Produk yang dijual mestilah yang amat berbaloi dari segi harga dan keberkesanannya.Menjual produk adalah benar TETAPI menjual $$$$ di mata itu bukan MLM namanya, itu dah jadi macam Skim Cepat Kaya!!!!
March 19th, 2009 at 2:14 am
erm..aku pown ade crita jgak..aku ade seorang member..
die nie member baik aku..member aku nie ade wat bisnez mlm gak..die nie bru je daftar..slepas sbulan,member sy nie dmarahi oleh org atas sbb xdpat cri org bawahan die scepat mnkin..aku pown tpikir gak psal sistem pyramid nie..die org perlu lbihkn org untuk di daftar sbagai umpan untuk org atas untuk mngaut keuntungan..lg ramai mereka dpat daftar kn org..
lg bnyaklah keuntungan orang atas..tu yg smpai sbulan jerk bley dpat 140,000..kalo aku sndiri pown nk daftar sbagai orang atas scepat mnkin..aku pown nk wat jgak..tp aku hlang kpercayaan atas sbb2 nie..kalo ade seseorang yg bley aku prcyakan die..bley tlong aku untuk percayakn sistem bisnez mlm nie..
March 19th, 2009 at 2:16 am
March 20th, 2009 at 5:19 pm
* BUKAN SKIM CEPAT KAYA
* BUKAN SKIM PYRAMID / ALI BABA
* BUKAN SKIM PELABURAN INTERNET / E-GOLD
* BUKAN E-DAGANG / E-BOOK / SISTEM METRIX
* BUKAN JUALAN LANGSUNG / MLM
* TIDAK PERLU JUAL & BELI BARANG
* TIDAK PERLU MAINTAIN PV BULANAN
* TIADA LAGI ISTILAH UPLINE / DOWNLINE
* TIDAK PERLU KOMPUTER / INTERNET
* TIADA RISIKO
* TELUS & JELAS KEMANA WANG ANDA DIAGIHKAN
* TAK PERLU BAYAR TUNAI KEPADA INTRODUCER
* SAH DISISI UNDANG-UNDANG
* MENGIKUT PRINSIP SYARIAH
* MEMPUNYAI SYARIKAT BERDAFTAR YANG MENGURUSKAN PENGAGIHAN
EXTRA:Disamping anda berusaha,saya juga akan membantu anda!
March 21st, 2009 at 2:05 am
erm..kalo aku nk cube bisnez nie..ade x spe2 yg bley bntu aku atau pown jmpe aku kew..bg aku dpan2 snang skit aku nk tnye pasal bisnez nie..aku pown bknyer pham sngt tntg bisnez nie..aku nk sngt cube wat bisnez nie..tlong ler aku..k salam..?
May 29th, 2009 at 12:14 pm
MLM sememangnya satu peluang yang sangat bagus khussusnya utk cari duit sampingan. Tapi malangnya ramai yg masuk MLM kerana terpengaruh dengan bukti cek dan duit yg telah diperoleh oleh upline. Hakikatnya ramai yg tak tahu upline tersebut mendapat sebanyak itu sebenranya disebabkan rangkain yg telah besar.
Yg keduanya ramai yg terpengaruh dengan kehebatan sistem automarketing/autoresponder yang sentiada memberi update tentang downline yg telah beru sertai. Atas sebab ini, rama yg terus upgrade tanpa mengetahui sistem MLM tersebut berfungsi..
July 24th, 2009 at 10:27 am
Hairan kan bagaimana orang boleh ada double standard bila tiba part MLM ni.Most of them expect jadi ahli..dump some RM kemudian malas gi kelas, segan nak jumpa prospek kemudian blame the system and upline. Padahal upline susah payah call dia to set some appointments sebab nak suruh dia bergerak.
Tapi kalau conventional business, pandai pulak…kena keluar modal berpuluh2 sampai beratus2 ribu, kena usaha cari pelanggan…kalau gagal tak ada lah pulak kata sistem gagal.
Mencari prospek tu umpama mencari pengedar atau buka branch baru..makin banyak of course lah makin untung. Instead of bersusah payah from A to Z nak set up a branch, with MLM we just go straight to setting up the business not the premise.
July 30th, 2009 at 4:57 pm
goodayy…goodaayyy…
apa kabar semua…
baik sangat baik yesss…..
MLM bukan biz mudah… bukan duduk diam dapat duit..
kena keja keras kena ada usaha kena berkorban dan kena ada matlamat dan niat yang ikhlas…
Alhamdulilah dengan biz MLM yg saya ceburi ni telah mengubah hidup saya sekeluarga, semua itu adalah usaha saya n asben.
kami akan tetap bekerja keras demi keluarga dan juga demi kawan-kawan yang banyak dah support team kami. dengan sikap kerjasama dan tolong menolong insyaAllah kita akan berjaya dan mencapai kejayaan.
MLM juga satu kerja, dan kerja juga satu ibadah..
alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan
alang-alang jadi USAHAWAN biar sampai jadi JUTAWAN!!!!
apa yang penting…. KERJASAMAAAA….
p/s: En.along yang berminat ngan biz MLM leh msg saya anytime.. rezeki ada dimana-mana.
kepada kwn2 yg dah join biz MLM
selalu lah dengar lagu GEMURUH dari Faizal Tahir.
semangat membara….
goodayy…
August 5th, 2009 at 11:41 pm
Salam sejahtera,
Pada pandangan saya menyertai mana2 rangkaian jualan langsung(MLM) tidak salah kerana pada tahun 2005, jumlah pulangan jualan dlm industri MLM di Malaysia adalah sebanyak RM6.6b, iaitu kenaikan sebnyk 25% berbanding 2004 yg mencatatkan hanya RM5.3b. Tahun 2005, ia menyumbang 2.5% kpd Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Wlpun krisis ekonomi thn 1997,industri MLM tetap mencatatkan pertumbuhan pd 1998 dgn jumlah jualan sebanyak RM3.8b b’banding RM3.2b pd 1997 iaitu kenaikan sebanyak 19%. Apa yg boleh digambarkan di sini, fakta di atas m’berikan maklumat betapa pentingnya industri MLM sebagai salah satu penyumbang kpd ekonomi negara. Mmg tidak dpt dinafikan, MLM m’jadi bidang yg menjanjikan pulangan lumayan sekiranya para usahawan mengambil langkah yg tepat dan betul. 35% drp jutawan di M’sia adalah jutawan MLM dan berkecimpung secara langsung dlm bidang ini.
Apa yg boleh saya kongsikan di sini, mungkin jg sebagai tips yg berguna menyertai MLM yg sudah beroperasi 5-6>thn baik anda lupakan shj(terpulang ingin menyertai atau tidak)kerana pada waktu itu prospek sudah ramai join. Cth nk jual brg A pada Abu..Abu sudah beli. Rekemen kat Ali..Ali pun dh ada sehinggakan pada satu tahap ia sudah tepu. Mungkin ada yg tak faham tapi renung2kan kata2 ini… 90% jutawan dlm mana2 program MLM di dunia adalah terdiri dari mereka yg PIONEER. Sekiranya ada masa tuan/puan layarilah website ini http://www.330hyper.com insyallah boleh buat rezeki sampingan. Ada kemusyikilan bolehlah hubungi saya 0132512554(Akmas) emel neoakmal@yahoo.com secara tak langsung boleh tambah ramai kawan dan kenalan.
August 10th, 2009 at 5:14 pm
nape saya punye tak publish pun? ada agenda yg tersembunyi ke?
February 3rd, 2011 at 1:56 pm
salam,
MLM pertama didunia yang ada pencen adalah usana health science,rm4700 sbln(sampai keanak-anak mewarisi pencen) ,dgn usana kita bantu org sakit org nak bisnes,org nak berniaga secara halal walupun supliment dp usa, pentiang ada jualan baru halal berniaga,jika malas nak jual barang anda takkan berjaya. saya dah 10th dgn mlm semuanya hancur…tapi dgn usana org sakit mendoakan kita..bila mereka sihat barulah tuhan redo dgn kita. lepas tu pendapatan akan bertambah. jgn mudah dgr kata org kalau tak suka menjual..jgn jadi ahli mlm anda takkan berjaya.. usana health ctc zam 0126653547.