Hello pembaca SaifulSham,

Jika anda membina sebuah laman web kedai seperti PlanesPlanet, salah satu kriteria yang perlu ada adalah nombor telefon anda.

Berdasarkan pengalaman kami, jika laman web anda berbahasa Inggeris, majoriti pelawat datangnya dari Amerika Syarikat ( dan sudah tentu majoriti pembeli juga dari Amerika Syarikat!).

Meletakkan nombor telefon adalah salah satu kaedah untuk menyakinkan pelawat bahawa laman web anda bukanlah didalangi oleh kumpulan-kumpulan penyangak seperti Swisscash :) .

Ini bermaksud, pelawat boleh mencapai anda ditalian jika mereka memerlukan maklumat dan bantuan seberapa segera.

Untuk permasalahan ini, meletakkan nombor telefon Malaysia sebenarnya boleh membebankan pelawat (mereka terpaksa membayar bil pada harga yang mahal) terutamanya buat majoriti pelawat dari Amerika Syarikat.

US Phone Number

Untuk menggunakan talian bebas tol, ia tidaklah masuk akal buat usahawan internet baru. (Disebabkan Malaysia sudah banyak jalan tol, jadi elakkan menggunakan tol-tol termasuklah talian bebas tol :razz: ).

Untuk menjadikan laman web kita ber’warga’ Amerika, kita boleh menggunakan nombor telefon Amerika secara percuma! Anda boleh dapatkan perisian dan nombor telefon Washington percuma ini di www.ipkall.com atau di www.freedigits.com.

(Terdapat banyak lagi penyedia seperti ini, saya hanya senaraikan beberapa sahaja).

Jadi, antara kelebihan menggunakan kaedah ini:

Menjimatkan kos pelanggan dari Amerika menelefon anda.

Menampakkan anda adalah penyokong setia Hillary Clinton (hehe,bukan..laman web anda berwarga Amerika)

Menambah baik profesionalisme

Tips hari ini, gunakan ia untuk menerima panggilan dari Amerika sahaja. Jika anda menggunakannya untuk menelefon ke Amerika, sila buka dompet anda, duit hendak terbang :razz: . (Jadi, gunakan ia untuk menerima panggilan sahaja, percuma!).

Seperti kata Digi….”Fuuuuuuuuuyooooohhhhh” -tercabut tekak

Bagaimana menggunakannya?

Ya, ia sama seperti YM. Download dahulu perisian itu dan ikutilah langkah demi langkah. Terdapat sedikit kesukaran untuk set up perisian ini. Tetapi apapun, ia sebenarnya tidaklah sesukar mana. Ikutilah sahaja langkahnya (saya tidak dapat tunjukkan disini).

Apabila pelanggan mendail no anda, seperti biasa anda boleh mengangkat pangilan itu di skrin komputer anda. (Tidak perlu memasang telefon).

P/S: Laman web PlanesPlanet sudah mula menggunakan nombor telefon Amerika. Jika anda tinggal di Amerika, silalah hubungi kami!Hehe.

Sekian,
W.M.Syazwan