Saya Malu!
Mesej ini adalah seperti mesej seorang guru kepada anak muridnya, bapa kepada anaknya.
Saya baru mendapat emel dari seorang tokoh kenalan kami yang menerima emel meminta bantuan, tetapi penghantar emel tersebut seperti tidak menghormatinya (menggunakan nama SaifulSham).
Saya tidak kisah menerima emel2 orang yang meminta tolong dengan nada kurang hormat dan kurang bersungguh ini (memang ramai penghantarnya) atas dasar “kawan-kawan”, “orang kita”, tapi… menggunakan cara seperti ini pada “guru” kami dan orang yang kami sangat hormati?
Saya sangat kecewa kerana sepertinya apa yang kami kongsikan selama ini mengenai cara nak approach JV, sikap dan attitude sia-sia belaka. Ada orang kata motivasi, sikap, sikap tak penting. Yang penting teknik dan skill buat duit. SALAH! Itu yang paling penting. Kalau dah jadi seperti ini, bukan ke dah susah kita nak bekerjasama dan menjual?
Nampaknya saya akan menulis kembali cara untuk berJV dengan betul dan “Tertib” selepas ini.
Saya sangat kecewa.



March 9th, 2007 at 5:34 pm
Jika hendak JV kita perlu beradab…ya, permulaan sesuatu hubungan mestilah dimulakan dengan cara yang baik. Ilmu pengetahuan dan adab adalah sama penting, tiada guna mempunyai ilmu jika tiada adab.
March 9th, 2007 at 10:20 pm
Sabar ye… Kekadang mulut org ni kita x ole nak kawal
March 10th, 2007 at 8:27 am
Sabar sabri
..kita tengokla apa akan jd pada si ‘Dia’ tu..
Attitude sgt penting kalau nak buat JV. Biar ada ‘win-win’ situation.Tau buat duit saja x memadai( utk long term ) tapi attitude kita tu yg kita mesti jaga dan improve..insya-Allah yg ni akan buat kita kekal lama dlm apa jua bidang pun..
March 10th, 2007 at 9:40 am
Org sebegitu biarkan dia terjun bersama labu-labunya.Setiap yg terjadi ada hikmahnya.
March 10th, 2007 at 11:58 am
Relax . relax arrr,
, jangan kecewa senyum jer
. Saya memang guna bahasa tahap dewa bila berhubung dengan kawan saya. Nampaknya selepas ini saya kena menggunakan bahasa formal dan beradab bila berhubung dengan Encik Sabri lah?
March 10th, 2007 at 12:07 pm
Muaz,
Bukan dengan saya sahaja. Tetapi dengan semua.
“Bahasa Jiwa Bangsa”. Mungkin selepas ini saya tidak akan layan emel-emel “kureng” lagi.
Bukan apa, kalau tidak start dari sekarang, bila lagi. Nanti terbawa-bawa waktu berurusan dengan orang luar. lagi besar impak dia dan memburukkan imej semua.
March 10th, 2007 at 12:13 pm
Saya kalau dengan orang yang tidak rapat dan kenali saya tidak akan cakap bahasa gila-gila. Saya akan guna perkatan seperti ‘encik’ ‘puan’ ‘cik’ dan perkataan dan bahasa yang mengkut kamus DBP. Sampai lah saya rasa orang tu dah gila-gila gak cam saya baru saya guna perkataan dan bahasa tahap dewa
buat masa nih hanya beberapa orang sahaja yang saya guna bahasa tahap dewa.
Encik Sabri , adakah Encik bersedia untuk berhubung dengan saya menggunakan bahasa gila-gila dan tahap dewa?
March 10th, 2007 at 12:19 pm
Tidak, saya tidak bersedia Muaz.
Terima kasih.
March 10th, 2007 at 12:22 pm
Fuhh, tak per , nanti bersedialah. Biasnya yang saya tengok oran muda memang susah hendak menggunakan bahasa tahap dewa melaikan mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak, bahasa mereka dengan orang yang lebih muda contoh macam saya lebih lembut dan mesra. Boleh dikatakan , boleh bertepuk tampar dan bergurau tahap dewa.
Untuk itu cecepat lah Encik Sabri menikah dan ada anak:D
March 10th, 2007 at 8:01 pm
Muaz,
It’s all about business. Friend is friend, business is business. Jika Muaz berjaya mengatasi masalah ini, baru Muaz akan sedar kenapa tak perlu langsung “bahasa tahap dewa tu”.
Even Sabri and Syazwan kawan saya, but when talk about business, we really serious about it. Saya takkan YM dengan Sabri and Syazwan kalau sekadar bertanya khabar, tengah buat apa, jom tgk wayang etc sebab saya tahu msg tadi takkan dibalas. Begitu juga sebaliknya.
Jika anda hendak approach JV, perkara paling penting perlu difikirkan ialah “Apa keuntungan yang beliau akan peroleh”. Saya baru selesai buat JV as requested by Amirul dari SistemRahsia.com. Kalau nak tau, boleh contact dengan dia. Dia happy dengan product dia dan saya happy dengan hasil yang saya peroleh.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi bagi Sabri la kalau-kalau nak tambah perisa
Bitol
http://www.malaysiapal.com
March 11th, 2007 at 9:10 am
kalau org yg nak JV dgn kita jenis memaksa, memang tak selesa jadinya. lagipun buat apa nak JV dgn org mcm tu sbb sikap menentukan kejayaan seseorg.
March 11th, 2007 at 11:31 am
kalau tak beradab, customer pun boleh lari, memang tak masuk rezeki la.
Kalau ramai lagi camni memang boleh terbalik bisnes. SaifulSham pun dah malu, boleh tukar nama jadi SaifulShame dah
March 11th, 2007 at 11:58 am
agak dah, ni mesti kerja muax, bila orang tegur dia, dia melenting.
March 11th, 2007 at 12:02 pm
Eh Khairil…
Bukanlah… Tak baik kata Muaz macam tu.. Garang2 Muaz dia tak pinjam nama orang lain… (ke ada Muaz?) Ahaxz…
Apapun, cukuplah tu… Yang dah berlalu kita jadikan pengajaran.
March 11th, 2007 at 12:33 pm
Orang nak kata kita, kita boleh buat apa kan. Kita tak buat pun cam tu , tak guna pun nama orang , orang yang guna nama kita adalah, pastu kita yang dapat credit percuma dari strategi viral marketing yang dibuat oleh orang tersebut. Nak buat jahat buatlah sorang-sorang yang guna nama kita apa hal.
Pastu orang tuduh , marah saya padahal saya tak buat cam tu.
Saya belum skali email Encik Sabri guna bahasa kawan .
Memang kasar tapi saya tak celupar mulut saya celupar keyboard jer
Kepada yang rasa kecil hati, marah kat saya kerana statement saya yang kejam saya minta maaf bebanyak.
March 20th, 2007 at 2:33 pm
MuaX…hehe ko bole guna bahase tahap dewa dgn aku
March 21st, 2007 at 8:29 pm
Oh! cam tu yer encik bitol. tq for the advice and info.
March 21st, 2007 at 8:40 pm
Actually saya tak guna bahasa kawan bila bercakap ngan rakan biz
cuma jiwa saya jer yang agak “gila-gila” dan “mesra”
. Nak tahu camna saya nih? tahun depan saya akan pi seminar saifulsham masa tu leh tahu camna saya nih .
Mesti korang terkezut.
April 20th, 2007 at 12:32 am
[...] Sudah lama saya tidak menulis di SaifulSham.com , jadi hari ini saya ingin menulis sesuatu yang boleh dipraktikkan kepada semua. Bagaimana untuk melakukan joint venture khusus untuk perniagaan internet. Untuk pengetahuan anda, joint venture ini tidak terhad kepada infoproduk di mana anda mempromosi produk si polan dan sebagai balasan si polan pula akan mempromosi produk anda. Kebetulan juga saya pernah berjanji untuk menulis mengenai hal ini dalam post lepas. (Saya Malu) [...]
April 20th, 2007 at 5:38 am
hmm mmg rasa nak muntah baca komen2 ni..nasib dh smpi form komen, kalau x mmg muntah kat atas keyboard gak.benda2 ni saya selalu tgk kat internet..mmg bosan la baca ebook kaedah2 sama.korang dh kaya duit ke?
April 22nd, 2007 at 2:15 pm
sabri…
selaku manusia,kita tak dapat nak memuaskan hati semua org..
sabo jela…
BAHASA JIWA BANGSA….semua kena ingat tu
April 23rd, 2007 at 10:00 pm
sape yg menggunakan bahsa kurang sopan tu,

macam2 ragam si manusia manusia ni, lain kali korang inform kat aku, biar aku sihir jadi tikus.
October 25th, 2007 at 10:45 am
sy berminat ngn kata2 yg bermakna enck tu,,,
anyway sy mmg pantang owng yg x reti hormat dan beradab,,,,
bnyk2 bersabar lah ye encik,,,
anyway i will support you…
p/s tp awk ni de lcik gak ek,,hahaha gurau jek