Salam Hormat Pembaca Budiman,

Saya memerlukan pertolongan anda kali ini. Diharap semuanya dapat memberi pandangan yang sewajarnya. Sudah 2 hari saya memikirkan pilihan ini, tetapi saya tidak dapat membuat keputusan. (Tidak, ia bukan “masalah indah”, memilih di antara 2 wanita). :)

Minggu lepas, kami telah menghantar beberapa request for a quote untuk satu job programming and design yang kami perlukan untuk sebuah project kami. Job ini agak sukar dan bukan semua programmer boleh buat dan kosnya agak tinggi. Setelah kami menggunakan segala-gala yang kami ada (skill tawar menawar dsbnya), ada 2 tawaran yang saya pertimbangkan.

Programmer A, mencadangkan saya mengambil “out of the box solution”nya pada harga US$79 dan mungkin mengupah beliau 1,2 jam lagi untuk customize solution yang sedia adanya. Saya kira-kira, mungkin kos ini akan menjadi sekitar US$125-140

Hasil yang kami dapat mungkin 80% dari apa yang saya mahu..

Programmer B, terus flat out mengatakan saya akan dapat apa yang saya mahu, beliau boleh lakukan 100%. Harganya US$200

Ok, kita anggap mereka boleh lakukan apa yang mereka kata. (Sebab saya tahu apa nak buat jika programmer tidak deliver) :twisted: Yang mana satu anda akan pilih dan sebabnya?

Semua pembaca dijemput untuk memberi pendapat. Baik pakar teknikal macam Shuth dan otai internet marketer seperti Zul & Sham. Businessman seperti En Tazilan & Economist macam Pakdi pun, kami perlukan your wisdom. Alang, Kidino, your experience we need. Pembaca lain, sila-silakan. Kami mahu mempertimbangkan semua pendapat.

=============
Sebagai Ganjaran
=============
Belum buat dah dapat? hehe… Sebagai ganjaran saya akan berkongsi sebuah tips yang saya tulis untuk seorang protege kami. The Things That You Don’t Know About 2Checkout & A Muddy Trick To Overcome It (No, bukan produk jualan 2CO boleh dicuri).

Saya bercadang hendak menulis tips tersebut tadi, tetapi fikiran saya diganggu oleh persoalan diatas. Jadi, saya rasa jika saya biarkan anda berfikir, saya boleh menulis. Pandai kan? hehe…

Ok, happy thinking! (Wear All D’Bonos Hat)

Sabri