Saya Seorang Yang Jimat Atau Kedekut?
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Sambil menggaru-garu kepala saya yang baru sahaja saya “MAWI” kan (angin sejuk senang kena kulit kepala, jadi otak saya tidak berasap kerana selalu di overclock), saya berfikir, apa lagi yang saya boleh kongsi bersama anda ya. Saya tidak mahu menulis sesuatu yang tidak dapat difahami atau sesuatu yang tidak popular. (oh, menulis sebab nak jadi popular ya!) Saya pasti, tips yang saya akan kongsi hari ini sudah ramai yang tahu, tetapi anda perlu amalkan. Amalkan, sudah tentu anda akan jadi berisi macam saya.
Petua Untuk Membuatkan Wang Anda Lebih Banyak Tanpa Menganggu Kehidupan.
Pernahkan anda terasa tidak cukup wang? Tidak cukup wang untuk melabur, tidak cukup wang untuk menyimpan, tidak cukup wang untuk membeli topup, tidak cukup wang untuk segala-galanya lah. Ikuti tips saya ini.
Tips Ringkas: Berniaga Dengan Diri Sendiri
Apabila anda ingin membeli sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan, (contohnya Mouse); anda kenalpasti berapa bajet anda dan ciri-ciri mouse yang anda perlukan.
Katakan anda bajet anda RM 80 (cukup2 untuk membeli Mouse brand Microsoft), mouse tersebut perlu besar untuk digunakan tangan anda yang besar dan perlu ada butang skrol ditengah-tengahnya.
Ketika anda ke Low Yat untuk membeli mouse Microsoft tersebut, anda mendapati di rak sebelah ada menjual mouse berharga RM 10 yang sama besar dengan mouse Microsoft tersebut dan mempunyai ciri-ciri yang sama (kecuali Mouse Microsoft ada 2 butang extra di kiri kanan-yang anda tidak perlukan).
Maka, dari anda membeli Mouse Microsoft tadi, belilah Mouse RM 10 tadi yang berfungsi sama hebat dengan Mouse Microsoft tadi. Baki wang RM 70 (dari bajet) jangan dimasukkan ke dalam poket! Tetapi masukkan ke dalam tabung keuntungan perniagaan anda.
Perkara yang sama saya lakukan ketika membeli WiFi USB (minta diskaun!), makan KFC (beli apa yang perlu sahaja-tak perlu combo), Gunting Rambut (tak perlu cukur Misai, boleh cukur sendiri), lepak-lepak di mamak (makan satu round sahaja, jangan beround-round), tukar minyak hitam kereta (pakai brand biasa-biasa sahaja sudah), ketika membeli laptop tukar Notebook Cooler dengan Notebook Lock (sebab saya rasa saya tidak perlukan lock) dan bermacam-macam lagi.
Ketika anda membeli sesuatu, jika bukan harga tetap dapatkan diskaun (Bukan saya sahaja cakap begitu, Adam Khoo pun). Perbezaan dengan harga yang anda bayar tersebut dengan harga peruntukan anda, masukkan dalam tabung perniagaan. Haa, sekarang tiada alasan lagi untuk anda mengeluh tiada wang untuk membuat sesuatu!
Salam Hormat
Sabri HA
p/s: Oh ya, ini yang membezakan saya dengan Syazwan. Saya seorang yang lebih berkira sikit untuk berbelanja.
p/p/s: Btw, satu pelajaran yang saya belajar dalam hal ini, jangan sampai anda berjimat sehingga menjejaskan produktiviti. Contohnya, ketika saya membeli komputer dahulu, saya meminta sebuah mouse free. Mouse tersebut kecil sehingga susah nak buat kerja. Jadi biarlah lebih sikit bayar (jangan lebih sangat plak!), asalkan tidak mengganggu produktiviti kerja kita.
p/p/p/s: Dalam tempoh 6 bulan lepas menggunakan cara ini, saya berjaya save kan RM 1+++ yang baru-baru ini saya gunakan untuk satu aktiviti lain…
p/p/p/p/s: Oh ya, esok saya akan share. Bagaimana untuk sentiasa mendapatkan package deal yang terbaik untuk kegunaan anda. (Contoh: tahun lepas saya membayar RM 1++ untuk prepaid saya, bagaimana sekarang setelah mendapat tips ini saya hanya perlu membayar RM 75 dan dapat bercakap berpuluh-puluh jam lebih lama dan menghantar lebih banyak sms-pada harga yang lebih murah…Haa, rahsia orang kedekut ini saya je tahu, Syazwan tak tahu…hehe)


June 28th, 2007 at 8:30 am
bila difikirkan, betul juga.sy tak pernah berkira pun psl ni…bleh dikatakan,tak kedekut langsung.mcm air aje bab2 keluarkan duit ni.
tima kasih, pas ni,sy akan berkira dan jd kedekut ckit dan masukkan keuntungan fiil kedekut tu dalam tabung keuntungan peribadi sy….
June 29th, 2007 at 3:22 am
Berjimat wajib! Dan beli apa yang PERLU sahaja.
Satu penagajaran untuk saya time saya ada duit banyak dulu, pantang terlintas di fikiran, terus beli. Mouse tak rosak, beli yg baru. Keyboard ok lagi, tapi beli yg lain…
Al-maklumlah, poket tebal…
Disebabkan TABIAT itu, duit semakin susut dan susut. Bila dah tersepit, huuh, baru tau. Nak keluar sepuluh sen berkira.
Tapi tu dululah.
Pesanan Sabri tu jangan diambil remeh. Bila dah susah, baru la tahu… So bila orang dah pesan ni, bertindak dan amalkanlah SEKARANG.
June 29th, 2007 at 10:01 am
yeah, ada orang kata perempuan lebih pandai simpan wang dari lelaki..tapi tak semuanye gitu..ada juga lelaki pandai control duit perbelnjaan…
apa2 pon its very nice tips..kekadang kite tak perasan kite boleh ubah cara berbelanja, yg membolehkan kite dapat menyimpan lebih wang..
June 29th, 2007 at 1:45 pm
Kita serupa
…
Kedekut kene ada, labur pada apa yg kita yakin.
June 29th, 2007 at 5:24 pm
June 29th, 2007 at 8:28 pm
Thanks Kiki!
Noordectx & Zul, biar saya share satu rahsia. Walaupun saya ni berkira2, tapi saya ada satu kelemahan saya tak boleh control time berbelanja.
Kalau tiba part ni memang saya borong abes.
MAKAN!
Orang kata bab makan jangan kedekut, saya ikut.
Itula pasal macam kena pam2 ni.
Azhar, nak jadi gemok juga ke? hehe…
July 1st, 2007 at 12:16 pm
makin banyak duit, makin sayang nak keluarkan..hehe, alhamdulillah negara kita dah berjaya hasilkan usahawan internet…orang banyak duit selalunya kuat ler ‘nafsu makannya’ tu..huhu
July 1st, 2007 at 5:24 pm
Makan yer? makan jangan tak makan… kena makan biarpun kedekut. kalo kedokut nak makan. apa lagi yang nak dimakan yer? makan angin aje? huhuu…
July 1st, 2007 at 11:07 pm
Betul tu..tapi jangan ikut pepatah bior papa asal bergaya..
Baik pentingkan apa yang perlu je…
July 2nd, 2007 at 9:54 am
kalu bab makan..itu kan mmg perlu..
nnt kalu tak makan sakit pulak…
hehhee…
yang pasti kite kena identify mana satu benda keperluan dan yang mana just kehendak je…
renung2kan dan selamat beramal…
eheheh
August 9th, 2007 at 11:24 pm
ha ha bagus tips ni.. lepas ni boleh la kuruskan badan kerana saya makan dengan 2 pinggan nasi..
October 5th, 2007 at 9:52 am
Dalam bab berjimat nih bagi diri saya susah sikitlah, sebab saya nih pantang tengok makanan yang sedap-sedap, terus balun. Sehari saya boleh habiskan rm10 untuk makanan