Hello pembaca SaifulSham,

Setahun lalu, saya pernah bercerita mengenai rakan saya yang begitu taksub dengan kereta.

Saya berminat untuk menimbulkan kembali cerita ini kerana ada sesuatu yang boleh dipelajari terutama buat mereka yang sedang dalam pertimbangan membuat pinjaman bank.

Begini ceritanya, selepas dibebani hutang dengan meminjam dari rakan-rakan yang lain semata-mata untuk mencantikkan kereta, rakan saya akhirnya terpaksa mengaku kalah.

Kali ini, semua hutang tidak mampu dijelaskan. Give Up!

Peristiwa ini berlaku tahun lalu. Pada satu malam yang anginnya bertiup sepoi-sepoi bahasa, beliau telah datang ke bilik saya dan meminta pendapat saya.

Sambil membawa assigmentnya ke bilik saya untuk perbincangan, beliau bertanyakan kepada saya.

“Apakah cara terbaik untuk aku membayar semua hutang aku?”

“Caranya, berhenti meminjam dari rakan, peruntukkan sedikit duit scholar untuk membayar hutang. Langsai secara berperingkat” ujar saya.

“Masalahnya, perkara ini sudah berlanjutan. Ramai kawan aku marahkan aku dan mereka sentiasa mencari aku untuk mendapatkan wang mereka kembali. Aku sudah bosan dengan mereka menelefon secara kerap. Jadi, membayar secara peringkat rasanya bukanlah cara terbaik” ujarnya lagi.

“Negotiate pun tidak boleh ke? Along ke apa kawan-kawan kau tu. Bayar ansur-ansur pun tidak boleh ke” tambah saya lagi.

“Sudah habis negotiate, aku sudah habiskan banyak duit scholar aku untuk langsaikan hutang tu, tapi still banyak lagi”

“Berapa?” saya bertanya lagi.

“Dalam RM8k lagi!” jawabnya dengan fikiran yang terus buntu.

“Mak aih, berapa banyak ko pinjam sampai RM8k lagi?” saya bertanya tanda terkejut.

“Semuanya hampir RM10k. Jadi macam mana? Dimana nak korek Rm8k tu?” tanyanya lagi.

“Bagaimana dengan famili ko?”

“Apa-apa hal, aku memang tidak mahu libatkan famili. Nanti parents aku susah hati. Kalau famili pun paling kuat aku berani mengadu hal ni kepada abang aku sendiri” tambahnya lagi.

“Beginilah, apa kata kau cuba buat bisnes kecil-kecilan. Bisnes yang tidak menggangu pelajaran macam jual dadih ke, nasi lemak, burger ke. Jual tengah-tengah malam, pasang kaki setiap blok, ok tak?” Saya memberikan pendapat dengan tidak menawarkannya perniagaan internet sebab saya tahu beliau tidak berminat dengan perniagaan internet.

“Tapi, aku tidak minat bisnes. Kau lainla, sikit-sikit bisnes. Aku rasa itu bukan solutionnya, sebab aku nk duit cepat. Kalau bisnes, berapa lama aku nak langsaikan RM8k tu, mungkin satu semester tak habis lagi” keluhnya.

Dipendekkan cerita, seminggu selepas itu, beliau datang lagi berjumpa saya dengan membawa beberapa brocher.

Saya terkejut kerana beliau membawa brochure pinjaman dari pihak bank. Ada lebih kurang 3 brochure dari bank berlainan. Tambah mengejutkan lagi, beliau sendiri telah bercakap-cakap dengan pengurus bahagian pinjaman bank tersebut.

“Semua ni takkan selesaikan masalah kau. Lagi bertambah masalah adalah. Orang bank lagi suka kau nak ambil pinjaman diorang sebab interest untuk personal loan tinggi” terang saya.

“Tapi, inilah cara aku nak dapatkan lump sum, bank tu boleh bayar tiap-tiap bulan” ujarnya bersungguh-sungguh.

Saya mengambil kalkulator dan mengira jumlah pinjaman dan interest. Untuk tempoh pinjaman 10 tahun, dengan mengambil pinjaman RM10k, diakhir tahun ke sepuluh, rakan saya ini terpaksa membayar sehingga RM20k. Walaupun bayaran setiap bulan hanyalah RM200 lebih.

“Ini gila. Kau hanya menambahkan masalah dalam hidup kau. Lebih baik kau pinjam Ah Long saja”

Saya memberikan saranan kepadanya:

“Beginilah, sebelum kau membuat pinjaman di bank, lihat dahulu situasi kau. Berapakah kau simpan dibank setiap bulan? Adakah kau membuat simpanan hatta sedikit pun? Kalaulah kau pinjam dengan rakan tu tidak mampu nak bayar, apa kau berani untuk membuat pinjaman dengan bank?

Musibah lagi besar jika kau diistiharkan bankrup sebab tidak mampu nak bayar. Walhal kau sekarang muda. Dimasa depan, kau tidak boleh membuat apa-apa pinjaman selagi nama kau tidak terpadam dalam senarai bankrup mereka.

Lagi satu, kau membuat pinjaman bukan untuk menambahkan aset kau tetapi kau membuat pinjaman sekadar untuk menambah liabiliti.

Paling senang beginilah, sebelum kau meminjam daripada bank, cuba kau belajar meminjam dari diri sendiri. Ini adalah cara terbaik untuk kau tahu sakit ke tidak jika meminjam bank.

Contoh, kau gunakan duit dalam akan simpanan bank kau tu. Mungkin RM1,000. Anggap duit tu sebagai pinjaman. Diakhir bulan, pastikan duit dalam simpanan bank kau kembali ke nilai asal. Walau apa jua cara sekalipun.Maknanya, kembalikan RM1,000 diakhir bulan. Pastikan nilainya sama dengan nilai asal sebelum kau keluarkan RM1,000.

Untuk lebih real, kembalikan lebih dari RM1,000. Ini sebagai menunjukkan kau membayar interest.

Dengan cara itu, kau akan tahu, meminjam dari bank pun bukanlah penyelesaian untuk menyelesaikan hutang”.

Selepas kata-kata itu, saya yakin, rakan saya ini tidak berani melangkah ke bahagian pinjaman bank lagi. (jika beliau berani, beliaulah orang pertama yang begitu berani).

Sekian,
W.M.Syazwan