Selamat Hari Jadi Yang Terlewat!
Hello pembaca SaifulSham,
Saya baru sahaja menyambut hari jadi yang ke 22 pada Ahad lepas (22 Julai), tidak sempat menulis coretan untuk memberitahu anda, untuk memberitahu saya sudah berada di tahun akhir pengajian! Dan saya semakin tua! Haha.
Kesibukan saya dan Sabri ketika ini ada kaitan dengan negotiation kami mendapatkan pelanggan gergasi bagi ECommerceMastery.com. Suka saya beritahu anda, kami kini juga terlalu sibuk menguruskan penjualan produk kami ke luar negara. Kami telah membina sebuah foot based di luar negara dan telah melakukan eksport besar-besaran sulung kami ke sana (juga melalui jualan diinternet). Ini cerita lain kali.
Baik, tuan-tuan dan puan-puan (lama tak menggunakan ayat ini), perkongsian hari ini adalah sesuatu yang mungkin biasa didengari anda.
Sebenarnya, tidak ramai yang yakin bahawa antara kaedah pemasaran terbaik adalah melalui sponsorship!
Apabila kita menyebut perkataan sponsor, kita mungkin berfikir, sponsor itu pun sudah membawa makna tajaan. Tajaan selalunya melibatkan kos.
Tetapi, definisi begitu tidak semestinya tepat.
Dalam dunia perniagaan, sponsorship adalah satu kaedah yang berkesan dan mungkin lebih murah berbanding dengan kaedah membeli iklan. Sponsorship juga adalah kaedah pemasaran yang halus, dimana kita sebagai peniaga ingin mencapai 2 objektif.
Objektif pertama, sudah tentu memberi kebajikan sosial kepada golongan yang disponsor.
Objektif kedua, meluaskan dan meningkatkan jenama perniagaan kita sendiri.
Selalunya, golongan yang disponsor bukanlah sebarang golongan. Ia haruslah terdiri dari satu kelompok yang ramai dan berpengaruh. Dan, kita sebagai peniaga juga ingin memastikan bahawa golongan yang disponsor itu adalah golongan yang mempunyai kuasa beli.
Dalam perniagaan internet, antara yang popular di Malaysia adalah dilakukan oleh Exabytes. Mereka menaja hosting bagi forum teraktif dan mungkin mempunyai pengikut berduit, iaitu Lowyat.net. Disatu sudut, Exabytes menanggung kos server dan juga segala maintainence dan pengurusan.
Tetapi, dari pandangan seorang ahli perniagaan, kos tajaan itu sebenarnya adalah terlalu kecil berbanding jumlah audien yang aktif di Lowyat.net.
Mungkin saya pernah memberitahu anda, satu ketika dahulu, sewaktu saya aktif berniaga jersi diinternet (haha, syyhhhhhh), Team SaifulSham pernah menggunakan teknik sponsorship.
Sewaktu itu, kami menghubungi sebuah laman web berita bola sepak yang aktif (bukan Soccernet), dan kami membuat tajaan hadiah bagi sebuah pertandingan di laman web berita bola sepak tersebut.
Walaupun kami terpaksa mengeluarkan kos awal, tetapi hasilnya begitu membanggakan. Dari tajaan sehelai jersi, kami berjaya menarik lebih kurang 10 pelanggan baru! Hoho.
Kadangkala memberi khidmat masyarakat sebegini bukanlah sesuatu yang mengerikan dan susah hendak dibuat dan terlalu mahal. Bergantung kepada kreativiti kita. Tidak perlu kita melabur seperti syarikat multinasional.
Kalau anda mempunyai perniagaan internet, fikirkan tajaan yang kecil-kecil. Gunakan kreativiti. Syaratnya, memilih laman web yang hendak ditaja itu mempunyai audiens yang tinggi serta pelawatnya mempunyai kuasa beli.


July 26th, 2007 at 8:45 pm
hepi belated birthday, syazwan….
nanti 30/7, wish pada sy plak…
takleh nak komen ape2 sbb ilmu sy dlm perniagaan internet ni 1/100.
kena blaja banyak dulu baru bleh komen..
July 27th, 2007 at 9:47 am
hmmm… selamat hari lahir yang ke 22 untuk syazwan. moga murah rezeki hendaknya…
July 27th, 2007 at 3:14 pm
() () ()
|| || ||
|| || ||
———-
———-
HAPPY BELATED BIRTHDAY!
July 27th, 2007 at 11:38 pm
happy birthday sabri..
syokkahwin.com ada jadi media web rasmi untuk pameran pengantin 2007 di The Mall bulan September ini..
Sama2 lah kita menjayakannya..tuan-tuan dan puan-puan ..hehe..
July 27th, 2007 at 11:39 pm
eh maksud saya happy birthday to syazwan..
July 28th, 2007 at 5:56 am
Selamat Hari Lahir Syazwan. Semoga Panjang Umur Dan Rimurahkan Rezeki.
July 28th, 2007 at 11:39 am
takde ke sesapo nak sponsor hadiah kat syazwan???
ps: bergurau je..jangan marah ye dan mudah2an dipanjangkan umur dalam keberkatan
July 28th, 2007 at 3:07 pm
Happy Belated Birthday Syazwan. Semoga perniagaan Team SaifuulSham akan terus maju dan berjaya seiring kematangan usia Syazwan & Sabri.
July 28th, 2007 at 4:20 pm
tahniah.. semoga dipanjangkan umur..
July 28th, 2007 at 7:37 pm
selamat hari lahir.. rupanya bulan julai jugak… leo?