Salam Hormat Pembaca Budiman,

(saya bercadang untuk menulis sesuatu mengenai Tips JV yang membuatkan proposal anda susah hendak ditolak dalam post ini, tetapi bila saya sedar saya sudah melalut jauh, saya tunda niat tersebut dalam post akan datang. Post ini saya gunakan untuk update perkembangan kami dan mencoret anekdot pengalaman kami)

Sudah lama saya tidak menulis di SaifulSham.com. Anda mungkin tertanya-tanya, exam sudah habis cuti semester sudah bermula, ke mana pula SaifulSham menghilang? ;)

Sebenarnya, ketika ini kami sibuk menyusun, memperkemas dan pemperbesar perniagaan internet kami sendiri. Ialah, di samping berbicara mengenai keusahawanan dan perniagaan internet di SaifulSham.com, kami juga masih ada perniagaan sendiri untuk diuruskan. Rahsia bagaimana kami boleh menjalankan perniagaan internet sambil belajar adalah antaranya bekerja dengan usaha berganda pada cuti semester.

Jam 10 lebih malam, Ahad lepas, saya ada berjumpa anak buah protege kami di dalam Monorail, yang juga merupakan pembaca SaifulSham.com. Beliau bertanya saya, saya dari mana. Saya keberatan sedikit hendak beritahu ketika itu (sebab apa yang saya buat tak dibuat orang), ketahuilah bahawa ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari office. Ya, hari Ahad pun kami bekerja malam ketika musim cuti ini. ;)

Kalau begitu, kenapa kerja di office? Kenapa tidak kerja dari rumah sahaja? Ini untuk get quality personal time, dan juga quality work time. Di office otak kita switch kepada kerja, dan di rumah, turn off otak dan komputer completely. Lebih tenang dan nyaman hidup ini. It’s worth it.

Awal tahun ini (sebelum itu lagi pun sebenarnya), saya sering mengalami sakit kepala (cuma belum sampai tahap migrain), dan salah satu puncanya adalah sebab stress. Bila ada pembahagian macam ini (reflexology yang mengikut jadual juga satu faktor lain yang membantu), sekarang saya dapat rasakan kapasiti untuk serabut sebelum pening telah meningkat. Pendek katanya, dah lama lah saya tidak sakit kepala lagi.

Satu lagi faedahnya, dalam perjalanan tu anda bolehlah mendengar mp3-mp3 dan audiobook yang susah anda hendak cari masa untuk dengar tu, yaa.. bukan anda seorang yang mengumpul digital dust. Saya pun kadang2 suka mendownload tapi tak guna juga. :)

Nampak penat, tapi bila kita minat apa yang kita buat, bila kita ada passion, sebenarnya tidaklah penat sangat. Kadang-kadang untuk balik pun rasa berat hati sebab ada beberapa benda perlu diselesaikan dahulu.

Waktu cuti ini jugalah saya sebenarnya sedang teruja kerana saya berpeluang untuk bekerja dengan orang-orang yang lebih berbakat dari saya (erm, maaf, saya tidak maksudkan Syazwan walaupun dia boleh lah kata ada bakat juga). :p

Ketika cuti-cuti ini, untuk mengembangkan perniagaan internet ini kami mengupah beberapa team freelancer untuk membantu membina laman web-laman web kami. Mereka memang berbakat. Design yang kami lakarkan di atas kertas mereka terjemahkan kepada laman web. Dan ketika ini kami ada 2 team untuk developkan 2 website yang sedang kami siapkan. Saya tidak berbakat sangat dalam bidang “Design” dan “Kreativiti” ini, saya ada idea tetapi saya terlampau kurang mahir menjadikan idea itu kepada realiti. Jadi bila ada orang yang boleh menterjemahkan idea saya tu kepada realiti, memang saya akan admirer kebolehan dia.

Kami boleh membina laman web sendiri, dan kalau untuk design laman web salesletter tu, bolehlah sikit-sikit. Namun oleh kerana laman web-laman web yang akan di bina ini bukan salesletter, kami serahkan kepada yang paling pakar.

Berbicara mengenai freelancer ini, saya juga telah berjaya meyakinkan dan memeterikan persetujuan JV dengan sebuah syarikat yang mendapat persijilan “Microsoft Small Business Specialist”. Kami bermula sebagai pelanggan mereka dan setelah mengenali dan membina hubungan perniagaan tersebut kami pergi lebih jauh dengan menjadikan mereka partner dalam projek terbaru kami. (saya akan share sedikit tips mengenai JV dalam post akan datang)

Jadi ini satu lagi JV yang kami berjaya meterikan setelah kelahiran EcommerceMastery.com. Cuma JV kali ini adalah untuk market antarabangsa, bukan market local seperti ECM.

Saya rasa itu sahaja dari saya, nantikan post akan datang mengenai JV.

Sabri