Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!

Salam Hormat Pembaca Budiman,

Update Terkini 28 September Jam 2315 : Laman web-laman web yang berada di server PURE telah dipulihkan.

Terima kasih atas kesabaran anda. Kami sangat2 menghargainya. Kami akan debrief, dan sila semak laman web masing2. Jika masih ada yang bermasalah, emel kami di info@ecommercemastery.com  

Update Terkini 28 September Jam 1404 : Satu berita baik dan satu berita tidak berapa baik. Berita baik, domain di server PURE kebanyakkannya telah UP. Berita tidak berapa baik ada pelanggan yang mendapat 403 error kepada laman web yang telah direstore. Kami telah menghubungi Cpanel mengenai perkara ini, once they reply perkara ini dapat diselesaikan. Sit tight.

Update Terkini 28 September Jam 0238: Berita gembira! Proses untuk restore backup mengalami sedikit komplikasi mengenai kesesuaian backup. Masalah ini telah diatasi.Server telah okay dan satu demi satu backup telah digunakan untuk mengembalikan laman web anda. Proses ini mengikut urutan huruf. Jadi kalau laman web anda bermula dengan huruf A-H, laman web anda telah kembali online.

Maaf atas kelewatan ini, seperti yang saya katakan dalam post asal, proses restore backup ini agak tricky dan kemungkinan masalah timbul memang ada. Tetapi memandangkan sekarang, ada laman web yang sudah dikembalikan online jadi kami tidak menjangka masalah lanjut.

Saya akan share pengalaman mengenai insiden ini dengan lanjut kemudian.

Update Terkini 27 September Jam 1026: Backup untuk akaun (domain) bermula sehingga huruf F telah ditransfer. Yang lain in progress. (Saiz file besar jadi memakan masa lebih dari jangkaan)

Update Terkini 26 September Jam 2304: Akaun pertama telah mula dipindahkan ke server baru. Semuanya okay dan kami tidak menjangka sebarang masalah baru. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan! (apabila semuanya telah selesai saya akan debrief)

Post Asal 26 September Jam 1151: Kepada semua pelanggan EcommerceMastery.com yang berada di server PURE (pelanggan di server lain tiada masalah seperti biasa), anda akan mendapati laman web anda tidak dapat diakses buat masa sekarang. Ini adalah kerana server PURE telah ditamatkan perkhidmatannya oleh pihak Data Center kerana ada pemilik akaun melakukan SPAM.

Kami memohon ribuan maaf atas kesulitan ini dan memang orang yang bersalah telah dihubungi dan beliau mengaku telah melakukan SPAM.

Bersempena kejadian ini saya ingin membuat pengumuman panjang untuk dijadikan rujukan pada masa depan.

*********************
Obituari Untuk Server PURE
*********************

1) Server PURE adalah server terbaik kami dengan setting optimisasi yang optimum dari segi ketahanan, flexibility dan uptime. Perkhidmatan hosting ini bukan mudah, kerana saban hari ada pemilik akaun yang membayar 1/100 harga sebuah server, cuba untuk menggunakan server pada 100 kali kuasanya.

Cuba anda buat seperti itu di komputer anda, apa akan jadi.

Jika anda pengguna biasa, anda akan mendapati kualiti dan kehebatan server PURE sangat baik dan kami telah sedaya upaya meletakkannya pada tahap tersebut. Kami sedaya upaya memberi lebih untuk nilai wang anda. Jika anda sering menghubungi kami, anda tahu bagaimana support yang kami berikan.

*********************
Tips Memilih Hosting Murah
*********************

2) Jika anda mencari hosting biasa untuk laman web anda, ketahuilah bahawa hosting yang diberi adalah Shared Server. Server yang satu itu dikongsi beramai-ramai. Jika anda mencari hosting berdasarkan harga termurah/spesifikasi yang paling hebat, ketahuilah bahawa anda akan mendapat syarikat hosting yang oversell. Oversell bermaksud menjual melebihi kapasiti yang sebenar.

Buatlah macam mana pun, tapi kalau anda mencari hosting berdasarkan size/price ration, memang confirm anda akan tersangkut dengan syarikat hosting yang oversell.

Tetapi, ini bukan bermaksud ia tidak bagus. Hampir 95% syarikat hosting di dunia ini berbuat begitu, TERUTAMANYA syarikat hosting besar luar negara. (baca di situ, TERUTAMANYA). Anda perlu mencari syarikat yang oversell dengan berhemat.

Bermaksud, jauhi pelan-pelan hosting yang terlalu besar, terlalu murah dan juga tiada had (tiada had dari banyak segi). You get what you pay for. Ini untuk kebaikan anda juga, dengarlah tips ini

*********************
Hosting Yang Susah (Ada Had)
*********************

3) Secara peribadi, saya suka syarikat hosting yang mempunyai orang panggil susah dan strict ni (ada had). Dan untuk kebaikan anda, lebih baik anda suka juga;

Had di sini yang saya maksudkan adalah (sebilangan sahaja untuk contoh):

  • Berapa bilangan max. pelawat website kita yang boleh online pada satu-satu masa
  • Berapa banyak emel yang boleh dihantar dalam tempoh satu jam dari satu akaun

Had-had ini berfungsi untuk menjaga server demi kemaslahatan bersama. Contohnya, had point pertama. Jika ada laman web yang sangat popular berada di server tersebut, jika tiada had, pelawat lain yang ingin melawat laman web lain akan merasai kualiti yang teruk. (perlahan dsbnya)

Jika saya berada di server yang ada had ini, saya tahu dan saya selesa bahawa laman web saya secara amnya akan ok kerana tidak ada seorang pun yang boleh menyeksa server sewenang-wenangnya.

Point dua, itu adalah untuk mengelakkan SPAM.

Perkara ini dikuat-kuasakan di EcommerceMastery.com.

Jika pelanggan yang selalu bermasalah, selalunya sebab laman web pelanggan banyak menyeksa server (atau pelanggan tidak tahu apa yang mereka sendiri lakukan). Selepas ini kami akan lebih strict.

Pelanggan terbaik kami tidak pernah menghubungi kami kecuali untuk membuat tempahan baru, meminta supaya kami menghantar invoice, dan menghubungi kami apabila berlaku kejadian problem seperti ini sahaja.

Jadi, jangan anggap syarikat hosting yang membenarkan anda membuat semua perkara itu baik. Anda tidak tahu baik macam mana lagi. :mrgreen: Nak tengok baik atau tak, tengok apabila mereka mengalami masalah. It’s the true test for men. (Bukan sebab kami dalam bisnes hosting, tetapi tips ikhlas kami)

*********************
Emel & Keperluan Ecommerce
*********************

4) Bercakap mengenai keperluan hosting Ecommerce atau Edagang, kami sangat memahaminya. Tak payah bercakap banyak, sudah bertahun-tahun kami dalam industri ini dan kami amat faham keperluannya.

Kami tahu pelanggan memerlukan perisian autoresponder, kebolehan emel kepada banyak orang dan sebagainya.

Perkara-perkara yang menggunakan sumber dengan banyak ini tidak sesuai dilakukan di server yang dikongsi beramai-ramai!

Pelanggan yang dihormati, kami mempunyai server khas yang dioptimisasi untuk tujuan emel. Kami mempunyai perisian khas untuk anda gunakan untuk tujuan ini. Dengan bayaran tambahan yang minimal, anda boleh menggunakan servis ini.

Kenapa kena bayar tambah? Kerana you get what you pay for!

Menggunakan bayaran tambahan dari anda yang ingin menggunakan server khusus untuk email ini, kami jalankan kerja kemaskini dan naiktaraf untuk memastikan proses penghantaran emel dan penerimaan emel anda tiada masalah. Tidak masuk ke folder Junk, dapat dihantar, dapat diterima dan sebagainya.

Untuk server email ini, tiada had penghantaran emel pada satu-satu masa. Pendek kata ia memang untuk emel. Bukan shared server lagi, satu server khusus untuk email! Bayangkan.

Sepanjang pemerhatian kami, pelanggan yang betul2 berpotensi dan buat duit di Internet, mereka tidak kisah dengan bayaran tambahan yang boleh dikatakan murah ini. Mereka tahu ini untuk servis premium.

Tetapi pelanggan yang membayar harga hosting yang paling murah ini yang bermasalah. Mereka mahu segala-galanya dihidangkan di atas lutut. Tidak boleh seperti itu sayang. Perniagaan internet anda tidak akan ke mana-mana. Saya jamin.

Saya dapat lihat sejauh mana anda boleh pergi dengan tengok sikap anda sahaja. Percayalah.

Dan anda nak tahu berita lebih baik? Pelanggan-pelanggan terbaik kami, yang menggunakan perkhidmatan emel server ini, semuanya BERSETUJU untuk membayar sejumlah amaun kecil setiap bulan. TETAPI SATU SEN bayaran pun mereka belum bayar untuk perkhidmatan ini.

Kenapa?

Kerana kami mahu mereka cuba dulu. Bagi puas hati. Lenjan dulu server tersebut, nanti bila kami perlukan kami akan minta bayaran. Itu tahap perkhidmatan premium kami untuk pelanggan premium.

Baca semula perenggan di atas supaya anda tidak terkeliru. Bukan mereka tidak mahu bayar, tetapi kami yang tidak mahu menerima bayaran lagi, sebab kami mahu pastikan 200% perkhidmatan kami tiada tolok bandingnya. :razz:

Mana lagi anda nak cari penyedia perkhidmatan ecommerce macam kami. :)

Kami tak begitu kisah, kerana jika mereka tidak guna pun, kami tetap akan gunakan server itu untuk kegunaan kami sendiri. Jadi kiranya kami memberi peluang untuk berkongsi sumber yang kami ada dengan pelanggan terbaik kami.

Kami tahu mentaliti mereka yang professional dan kami gembira melayani dan membantu mereka yang professional.

Dan ini membuat saya menggeleng kepala dengan mereka yang cuba sembunyi2 menggunakan shared server untuk autoresponder dan yang mahu berjimat tidak mahu bayar satu sen pun untuk sesuatu yang lebih baik. (hantar emel biasa2 tak pe tau, hantar emel banyak2 dalam satu-satu masa yang tak boleh)

Bahkan bukan berkaitan emel sahaja, our best customer know we go to the great length untuk memastikan mutu perkhidmatan kami tiada taranya.

Pelanggan minta yang pelik-pelik, kami tersengih sahaja. Kami tahu anda di mana dan bagaimana peluang pelanggan.
(anda tidak tahu permintaan mereka, masya allah.)

Anda mahu maju dalam perniagaan internet, ikut cara yang betul.

Dapatkan targetted traffic dengan cara yang betul. Emel dengan cara yang betul.

Anda belajar benda yang mengarut dari spammer atau orang yang tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan internet, laman web anda pun akan turut menjadi mengarut. Dapatkan nasihat orang yang betul dan tahu mengenai perniagaan internet ni.

Kami tahu apa yang kami lakukan kerana ini memang niche kami. Ecommerce Hosting adalah kepakaran kami. Itu salah satu kelebihan EcommerceMastery.

*********************
Nota Untuk Pelanggan Di Server PURE
*********************

Kami meminta maaf yang banyak dan teramat sangat dari anda. Ketahuilah bahawa apa yang boleh dilakukan telah pun saya lakukan. Dalam keadaan baru bangun pagi dan tidak mandi saya membuat panggilan terus ke US menggunakan handphone.

Itu seriusnya saya dalam menangani masalah ini.

Lagi, saya juga telah highlightkan perkara-perkara yang telah kami lakukan untuk pelanggan kami. Diharap, di saat-saat sukar seperti ini, anda memahami kemalangan yang kami hadapi seperti kami berada bersama anda setiap masa sebelum ini. :)

Saya telah berbincang dan paling kuat pun, syarikat data center ini hanya bersetuju untuk memberikan backup dan akaun tetap tidak akan disambung. (ini kali kedua)

Kami telah pun dengan notis segera mendapatkan server baru. Namun server baru perlu masa untuk dipasang dan disiapkan sebelum boleh digunakan. Kami mahu segera tetapi tidak mahu gopoh. Tambah pula sekarang sudah malam (EST) di US.

Jadi, ETA laman web anda akan online kembali dalam tempoh 12 jam. Saya tahu penantian itu satu penyeksaan, tetapi itu sesuatu yang realistik dan boleh kami rangkakan. Sebahagian laman web kami seperti PlanesPlanet.com terjejas dan merugikan jualan kami juga :roll:

Dalam tempoh 2 minggu yang akan datang, please do expect some disturbance kerana kami perlu melakukan maintenance untuk mengetatkan skru-skru yang loggar di server baru ini (server yang baru lebih unstable dari server yang telah lama berjalan) Weird but true!. :)

Berapa juga kerugian yang anda alami, kerugian kami lebih besar akibat kejadian ini. Majoriti website Ecommerce kami berada di server ini dan semuanya down. Kita memang patut marah pada SPAMMER ini.

Kami sangat-sangat bersimpati dan saya ingin meyakinkan anda bahawa what can be done has been done, dan kami telah, sedang dan akan mencuba yang terbaik.

Pelanggan di server lain, MOO, PRO, MANIA & ECOMM, bergembiralah. Anda tidak terlibat dalam masalah ini. Dan ingat point di atas. Jangan seksa server untuk kebaikan bersama.

Oh ya, saya sedang runsing juga. It’s never easy bila ada problem berkaitan server ni. A lot of things can go wrong.

Tapi life must go on. Doakan kita semua berjaya menghadapi situasi ini.

p/s: Saya ada menyebut mengenai, “pelanggan terbaik kami”, Our Best Customer dan sebagainya. Anda boleh menghubungi kami untuk mengetahui siapa mereka (untuk membuktikan kami tidak saja buat2 cerita). Yang saya boleh kata, mereka ini mempunyai laman web yang buat duit setiap hari.

p/p/s: Oh ya, kalau in case anda hendak tahu siapa pelanggan bertuah yang melakukan SPAM itu pun boleh juga saya rasa. Yalah, kita share sama-sama, ada orang yang buat onar siapa tak marah kan? Tetapi beliau telah meminta maaf.