Sila lepak di MPH
Hello pembaca SaifulSham,
Dalam tempoh 4 tahun dalam perniagaan internet, satu perkara yang mengejutkan saya adalah saya menjadi seorang yang rajin membaca buku (suatu perkara yang amat mustahil untuk saya lakukan sebelum ini).
Bukan sahaja saya, malah juga Sabri (dahulu Sabri ni layan buku-buku cinta, konon macho).
Buku disini adalah buku-buku bisnes (novel tidak termasuk, buku teks pun menjelang peperiksaan baru nak buka pembalutnya, hoho).
Tidak kisahlah, tetapi kini saya tidak kisah lagi berbelanja besar untuk buku. Tidak dinafikan juga, untuk menjadikan blog SaifulSham lebih menarik dengan tips-tips bisnes, kami juga mengolah kandungan buku yang dirasakan sesuai dan bermanfaat untuk dikongsi.
Tidak kurang juga strategi-strategi yang diceritakan didalam buku digunakan kembali dalam perniagaan kami. Sebenarnya, tidak semua kandungan buku adalah teori. Dalam kebanyakan yang dibaca kami, majoritinya boleh dipraktikkan secara hands on.
Sebagai contohnya, jika saya masih tidak membaca buku pengurusan kewangan, sampai hari ini saya mungkin beranggapan orang kaya itu adalah orang yang memandu BMW.
Perlu dijelaskan, perniagaan dan pengurusan kewangan adalah satu perkara yang berlainan. Hatta jika anda berjaya dalam perniagaan sekalipun, tanpa pengurusan kewangan, anda boleh lingkup jika berlaku keadaan yang diluar kawalan anda. Sebabnya, anda tidak ada perlindungan kewangan untuk keadaan itu.
Jika anda mengatakan buku adalah terlalu mahal, gunakan masa lapang untuk ke kedai buku besar seperti MPH. Bacalah buku disana secara percuma.
Anda juga boleh meminjam buku dengan kedai seperti Novelhut atau membeli dengan harga yang murah.
Satu kegemaran saya ketika di Kuala Lumpur adalah melepak di MPH atu Borders. Ia mungkin hobi yang pelik tetapi saya lebih rasa bernilai menggunakan masa saya disana berbanding menonton wayang. (Tetapi disamping itu, cuci-cuci mata sikit,;p).
Tidak semua perkara yang saya tahu selama ini datang daripada pengalaman saya mengendalikan perniagaan sendiri. Dan tidak semua datang dari tunjuk ajar bapa saya.
Pada satu masa, saya perlu untuk meletakkan wang untuk membeli sesuatu yang tidak ada pada rakan sebaya saya, iaitu ilmu bisnes, pelaburan dan pengurusan kewangan.
Kadangkala kita akan merasa berat hati membeli buku yang berharga puluhan ringgit atau ratusan ringgit (dalam hati kata, baik beli rokok, ye tak?).
Tetapi, jika anda ingin menjarakkan diri anda dengan orang lain dalam kekayaan, ini adalah satu cara yang paling berkesan. Anda tidak akan nampak kesannya serta merta, tetapi apabila anda memiliki seperti apa yang saya ada hari ini (bisnes), anda akan mengatakan,
“Jika tidak kerana buku itu, aku tidak akan kaya seperti sekarang”. “Jika tidak kerana ilmu itu, SaifulSham.com mungkin tidak wujud”.
Jadi, sekarang anda jelas mengapa Team SaifulSham boleh menulis mengenai bisnes walaupun kami berumur 22 tahun.


August 18th, 2007 at 10:01 am
Hobi kita sama: Setiap minggu saya akan lepak di Kinokuniya, dan paling kurang akan habiskan 2 buku bisnes/finance. Saya bukanlah student ekonomi tapi still boleh faham dengan jelas sbb kebanyakan buku2 tersebut mmg ditulis untuk org kebanyakan (dalam english la tapi.
). Dah jadik macam habit pula untuk habiskan paling kurang satu buku sebelum tgk wayang.. hehehe
ps: Tapi saya tak reti la nak kupas macam saifulsham kupas… mungkin sedikit masa lagi kot
August 18th, 2007 at 10:52 am
Setakat nih saye cume membeli je sebab saye suke kumpul buku, bile dah beli, bile2 boleh bace semule…
tapi, macam menarik gak idea nih, nak cube amalkanlah lepas nih, selalu pergi MPH tu just usha buku2 yang ade special prices je,( biasenye buku2 yang famous takde offer- tensen tul)
August 18th, 2007 at 12:07 pm
pertama kali aku dgr mph mse masuk uni. la..mula2 ingtkan mph tu multipurpose hall, tp rupanya kedai buku..sbl ni kedai buku yg aku knl cuma muda osman je,,hehe,,
mmg aku x sangkal, ilmu suatu amalan mulia. ayat quran yg pertama turun pun menyuruh manusia menuntut ilmu..ebih2 lg masa skrang ni kita dinilai berdasarkn ilmu yg dimiliki..sbg cth gaji pelajar diploma lebih rendah compare ngn pelajar ijazah..
August 18th, 2007 at 12:29 pm
Asmkm, apa khabar? Shueqry here.
saya habiskan satu buku dalam seminggu, sekarang ni baru ada 120 buku dalam simpanan saya tahun ni, mostly about self improvement, marketing, selling, finance dan buku pasal bisnes. Kat sini cuma ada Popular dan yang bestnya diorang biarkan dok lama-lama baca buku kat dalam tu, walaupun tak beli. Kalau kedai buku lain staff dia dah jeling-jeling dan berdehem-dehem ..
- Shueqry -
August 18th, 2007 at 12:38 pm
“Bukan sahaja saya, malah juga Sabri (dahulu Sabri ni layan buku-buku cinta, konon macho).” …betul ke ni?hehe.
Kalau dipilih antara Mph dan Borders..sy selesa borders..mph kadang sesak. tpi tu lah, ada satu je. Topic fav – management modern..design. borders byk pilihan buku2 mcm ni. nak masuk ekonomi, dh jd pening sikit..x pe la, kasi saifulsham yg bincangkan..
Menonton wayang itu sdh pasti..bkn skdr cuci mata tp mbri ilham jga.
August 18th, 2007 at 4:34 pm
salam semua..
saya pun minat gak membaca.. banyak yang kita dapat dari membaca.. tetapi yang paling penting kita mesti amal ape yang kite baca tu…
sy lebih suka beli dan baca di rumah sbb saya lebih suka suasana yang tenang.. tp yang sedihnye skarang sy kat china.. buku2 sume dalam bahasa cina.. tak penah lagi jumpa buku dalam english. so sekarang ni saya banyak baca ebook je..
August 18th, 2007 at 5:53 pm
hehe..cerita pasal laypak di MPH ni teringat bulan sudah semasa saya “laypak” di MPH Midvalley Megamall.
.Sambil tolong tengok2 kan buku yang dia cari saya terjumpa buku2 perniagaan internet.Mase tu tercegat lama juga kat situ membelek buku2 perniagaan internet tempatan.
Mase tu teman orang umah cari buku panduan wanita hamil
Kalau tak silap,saya ada terbaca satu buku karangan saifulsham ..tapi maaf lah tajuk tak ingat pulak..:D
Rasanya itu buku pertama yang diterbitkan,sebab banyak ilustrasi didalam buku nampak seperti lakaran free-hand sahaja..:)
August 19th, 2007 at 7:28 pm
Azhar, buku cinta ni mengajar banyak benda.
Cuba check teori Maslow yang Shuth cerita kat blog dia, kalau nak sampai level paling atas, “cinta” pun kena ada juga tau…hehe
Sabri
August 20th, 2007 at 7:29 am
sudah mesti membaca.. itulah pelaburan yang pertama yang perlu anda buat. Melabur untuk diri sendiri.
Oleh sebab itu buku Joe Vitale yang saya pinjam masih belum dipulang-pulangkan
p/s : dah 2 round baca buku tu… Kita jumpa nanti insyallah, saya kasi ya..
August 20th, 2007 at 11:26 am
hmm…masalahnya bila smpi kat MPH tu mata mesti pandang kedai sblah2 MPH…kaki pun gatal je nak jln tmpt lain…lg2 time sale, hehe…klu da masuk MPH pun, tgn sibuk amek buku ttg bunga la, buku masak2 la…haha berat2!!
shueqry,klu kedai2 buku biasa, staff kat situ bukan takat jeling2 dehem2, siap buat2 susun buku kat tmpt kita baca…
January 24th, 2011 at 10:50 pm
bagi yg tak berapa nak minat membaca tu mungkin ssh nk tertarik dgn promo buku2 kt kedai buku…tp bg yang suka membaca, masa mcm ni la peluang dpt beli buku dgn harga murah sket.
kedai buku mph mmg best..pernah one time buku out of stock, kedai tu call another branches utk dpt stok lain.