Skali Lagi ……One More Time
Hello pembaca SaifulSham,
Oleh sebab peperiksaan saya akan hanya berakhir pada minggu hadapan, saya tidak dapat memberikan sepenuh komitmen menulis disini. Apapun, saya mempunyai sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama anda. Khas untuk para usahawan khususnya yang terlibat dalam ICT (termasuklah perniagaan internet).
Saya baru sahaja menghabiskan masa bosan (selepas memerah otak menghafal nota) dengan mendengar sebuah Audio Book dari CEO Skali, Tengku Ahmad Rithaudeen. Very inspiring!
Saya rasa ia menarik untuk didengar oleh anda. Anda boleh ke laman web ebook beliau iaitu, SkaliLagi.net. Ebook tulisan Tengku ini terbahagi kepada dalam bahasa Malaysia, English, dan Indonesia. Tambah menarik, ada Audio Book pun boleh dimuat turun! (Edisi penuh back paper copy boleh dibeli di kedai buku, harga RM39.90)
Saya dengar dalam MP3 sambil berjogging! Memang best dan ada kelas.
Jika anda tanya kepada saya, apa yang best mengenai ebook ini (sebelum anda membuat muat turun), biar saya cerita serba ringkas mengenai Skali.
Skali adalah sebuah syarikat ICT. Terlibat dalam perniagaan internet juga seperti servis hosting, pengurusan laman web, dan e-commerce. Ebook yang ditulis Tengku ni lebih kepada pengalaman beliau menguruskan Skali.
Bermula daripada awal hinggalah kini. Kisah termasuk beliau kerugian berjuta ringgit kerana kesilapannya (sebab apa silap? baca lagi). Beliau juga menulis bagaimana beliau berusaha mendapatkan sumber kewangan dan mendapatkan projek dari kerajaan.
Sebenarnya saya pun baru terperasan pada minggu lepas apabila The Star membuat temu ramah dengan Skali. Secara relatifnya, Skali adalah pesaing kami diukur sudut bisnes web hosting tetapi saya teruja dengan cara Tengku menguruskan Skali. (Pesaing tu biasalah)
Beliau membina Skali dan bertahan walaupun mengalami kerugian berjuta-juta ringgit sehinggalah beliau berjaya mendapat kontrak kerajaan untuk menguruskan laman web kerajaan bernilai RM245 juta! Skali kini menunggu masa sahaja untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.
Lebih menarik lagi, Tengku sendiri menceritakan bagaimana beliau gagal dalam bisnes pertama iaitu menampung trafik dari Asia untuk enjin carian Alta Vista. (dulu, Alta Vista ni popular sebelum Google ambil alih).
Antara kata beliau, “Kesilapannya dahulu adalah membina infrastruktur sedangkan permintaan pasaran tidak ada”
Maksudnya, lihat demand dulu barulah buat sesuatu bisnes (lebih kurang macam itulah), bukan main terjun nak jual apa (itulah kesilapan beliau).
Tengku pun seperti newbie-newbie yang lain pada awal dahulu. Beliau melakukan kesilapan kerana mengganggap sesiapa pun boleh kaya melalui internet. Buat web dan terus akan dapat duit.
(Silap kerana web semata-mata tanpa promosi dan marketing akan turut gagal seperti bisnes biasa. Yang penting ingat, tarik trafik!).
Jujur saya akui, Tengku memang ikhlas berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam membangunkan Skali. Untuk usahawan, muat turun ebook atau audio ebook ini sekarang. Untuk back paper copy, pergi kedailah beli!hehe
W.M.Syazwan


November 20th, 2007 at 5:36 pm
slmt ptg ,
saya dah lama baca ebook ni…
boleh download percuma kat web dia…
ebook dia ni cerita ttg dia menceburi ICT…
sampai rugi berjuta2…
dgr pun takut…hehe
tapi akhir nya dia berjaya mengatasi mslh tu…
han
November 20th, 2007 at 9:43 pm
dah lma saifulsham nih xder post bru. boring sya sbb xdpt nk bc post saifulsham.
November 20th, 2007 at 10:02 pm
Syukur alhamdulillah, saya dan beberapa orang kawan sempat berjumpa dan berbual dengan Tengku Rithaudeen tahun lepas semasa menghadiri kursus anjuran Mecd dan SEDCO.
Orangnya berkulit cerah dan peramah, satu lagi, simple! eBook Tengku sungguh menginspirasikan.
- Shueqry -
November 21st, 2007 at 1:58 am
dah lama saifulsham tak kuarkan pos terabru..
hari2 saya tunggu post terbaru…
saya pun bersetuju dengan saifulsham..
memang kalau denagr motivasi daripada mereka2 yg tlah berjaya memang ada kelainannya…
November 21st, 2007 at 2:12 am
Sy tinggal 3 paper lagi. By tuesday next week, sy akan start aktif tulis pos.
Sorilah kerana menunggu pos dari kami. Actually kami tk gemar nk simpan pos-pos, suka tulis dan publish terus.
November 21st, 2007 at 1:02 pm
Thanks… Memang benar apa yang dikatakan oleh CEO Skali nih. Kalau cakap Skali, mesti ingat portal lagi… Try bukak Skali.net, tengok-tengok dah takde portalnya… La, dah tukar business lain rupanya… Anyway, sebuah cerita yang menarik dan memberi inspirasi buat usahawan muda. Moga cita-cita Saifulsham untuk dilistkan di bursa saham akan tercapai p(^_^)q
November 21st, 2007 at 6:03 pm
Semoga berjaya syazwan.
Petua saya:
-Sembahyang hajat setiap malam sepanjang peperiksaan ini
-Minta ibubapa sembahyang hajat juga
Semoga berjaya sekali lagi.
November 21st, 2007 at 6:26 pm
Saya faham dengan kesibukan team saifulsham, biasalah musim exam.
Pos terbaru nih memang baik bagi bizbloger yang masih baru. so apalah lagi, download lah.
December 21st, 2007 at 12:24 pm
Terima kasih di atas semua komen yang membina.Kami menulis buku ini supaya kita semua dapat belajar dari kesilapan dan kegagalan kita sendiri. Sebagai seorang usahawan, kita mesti berani mengahadapi kegagalan kerana kita adalah masa depan kepada bangsa oleh itu kita mesti berada dihadapan.
Apa yang lebih penting jangan sesekali berputus asa apabila anda gagal. Kegagalan adalah merupakann jalan terbaik untuk belajar…dan di dalam buku ini kami berkongsi semua itu supaya anda semua mendapat manfaat daripadanya. Saya percaya kepada pepatah “Failure is always crowned by success if u persist”-Badford Wasburn.
SKALI sentiasa mencari usahawan Bumiputra yang terbaik dan ia dimulakan dengan pendidikan. Oleh itu SKALI telah menaja hampir 400 pelajar untuk mendalami bidang keusahawanan di UNITAR (www.skali.net / http://www.spike.com.my). UNITAR akan membimbing bakal-bakal usahawan ini dengan memberi pengetahuan tentang teknik-teknik terbaru di dalam bidang keusahawanan di bawah pimpinan Babson College, universiti Usahawan No. 1 di dunia.
Saya mendapat peluang membawa Babson ke Malaysia ketika saya belajar di US dimana ketika itu mereka mencari rakan kongsi yang terbaik di Malaysia untuk menjalakan program ini dan UNITAR telah dipilih untuk bekerjasama didalam program ini.
February 3rd, 2009 at 5:55 am
Salam. Saifulsham memang power. Semoga berjaya. Dapatkn PLR Minisite PERCUMA
http://www.ceo-cyber.com/plrminisite/index.php?ref=haikal
May 14th, 2009 at 12:53 pm
saya salah seorang warga SKALI..im proud to be SKALIAN…hidup SKALI….global qonquest….
August 7th, 2009 at 4:51 pm
Skali lagi sememangnya buku yang menarik dan sangat berguna untuk dibaca. Pertama kali saya membacanya, saya mula dapat merasakan satu semangat baru dalam diri untuk terus bangun dan bangun tanpa mengaku kalah walau menghadapi pelbagai dugaan yg datang..
Saya kan jadikan buku ini sumber motivasi untuk saya setiap kali saya mula merasa lemah dan ingin mengaku kalah….:)