Superb JV
Hello pembaca SaifulSham,
Saya tidak pernah bercerita kepada anda bahawa Team SaifulSham sudah lama menjalinkan ikatan JV dengan sebuah syarikat hosting di Amerika, Hostingolympic.com .
Dahulu, kami hanya bekerjasama dengan membantu Hostingolympic memasarkan perkhidmatan hostingnya dengan memberikan 6 bulan hosting percuma kepada peserta seminar tahun 2006.
Pertamanya, sebab kami memang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan Brian (pengasas Hostingolympic.com). Semuanya bermula secara kebetulan apabila syarikat penyedia hosting yang lama kami tidak memberikan kami perkhidmatan sewajarnya walaupun harganya murah.
Setelah rentetan berkali-kali server down, saya memberitahu Sabri, tidak ada gunanya kekal dengan syarikat sebegitu. Murah tetapi menyeksakan kami.
Maka, kami pun membuat survey dikebanyakan tempat sehinggalah berjumpa dengan hostingolympic. Pada awalnya, kami hanya mengambil pelan selama 3 bulan sahaja sebagai mencuba-cuba perkhidmatannya. Disamping itu, kami mencuba juga perkhidmatan hosting yang lain.
Namun, nyata sekali, Brian cukup melayan kami dengan menakjubkan. Selepas dari 3 bulan itu, kami tidak ragu-ragu untuk melanggan perkhidmatan hostingnya untuk kebanyakan laman web kami.
Menjelang akhir tahun 2006, secara rasmi kami menjalinkan ikatan dengan bersama-sama menubuhkan perkhidmatan hosting dan e-commerce tools untuk pasaran Malaysia. Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi, ikatan JV ini menambahkan lagi sebab mengapa kaedah ini adalah terbaik dalam satu cara memasarkan perniagaan internet anda.
Contohnya, SaifulSham Consultants mempunyai kekuatan dalam bidang internet marketing dan pengalaman menjual produk fizikal diinternet lebih dari 3 tahun.
Hostingolympic pula mempunyai kekuatan dalam menawarkan perkhidmatan hosting yang cemerlang. Maka, dengan gabungan kekuatan inilah, wujudnya sebuah perniagaan baru yang menggunakan kelebihan masing-masing.
Walaupun keuntungan dibahagikan antara SaifulSham Consultants dan Hostingolympic, ia bukanlah satu masalah buat kami kerana yang penting kami dapat memanfaatkan kelebihan hostingolympic ke dalam bisnes baru kami tersebut.
Sama jugalah dengan si Brian, beliau dapat memanfaatkan kekuatan SaifulSham Consultants untuk menembusi pasaran Malaysia. Itulah yang dikatakan win-win situation.
Namun begitu, masalah akan sentiasa ada. Itu satu perkara yang tidak boleh lari dalam mana-mana jenis perniagaan sekalipun. Sebab itulah, perlu ada perjanjian bertulis antara kedua-dua pihak dan segala masalah ditangani bersama-sama.
Sebenarnya, banyak kaedah JV marketing yang kami laksanakan. Sebagai contoh lainnya, kami pernah menemuramah secara live seorang internet marketer yang juga popular, Fabio Marciano pada tahun lepas. Kami juga pernah menemuramah secara live Patric Chan.
Kesemua pendekatan kami adalah menggunakan JV marketing. Kami tidak buta-buta mendapat temubual ekslusif tersebut. Kami tidak keluarkan walau sesen pun.
Rahsianya adalah dengan memberikan kekuatan kami kepada Fabio Marciano dan Patric Chan pendedahan pasaran Malaysia (walaupun Patric Chan sendiri rakyat Malaysia).
Baiklah, inilah tips hari ini. Perkara pokok dalam JV marketing adalah bukannya keuntungan pihak anda semata-mata. Tetapi bagaimana anda boleh membina perniagaan bersama-sama dengan berkongsi kekuatan dan keuntungan secara bersama.
Sekian-


January 30th, 2007 at 11:00 am
seronok betul dengan pencapaian sifu…makin maju dan semakin hebat..
syah
http://www.love-cinta.com
January 30th, 2007 at 11:34 am
Brian memang cepat respond bila ada masalah diutarakan. Saya bernasib baik kerana ‘didaftar’ di syarikat yang cemerlang seperti HostingOlympic ni.
January 31st, 2007 at 1:20 am
Harga hosting tolak tepi, yg utama adalah servis dan server yg ok.
JV? Ya, tak semestinya dalam bentuk keuntungan $$$, tapi boleh juga dalam bentuk lain dan dibuat tanpa kos.
Tahniah saifulsham sebab terus berlangkah jauh ke hadapan.