Tips membina jenama diinternet
Hello pembaca SaifulSham,
Satu soalan yang sama sering ditanya kepada saya dan Sabri sejak kemunculan awal jenama “SaifulSham” iailah perkaitan SaifulSham dengan kami berdua.

“Dimana relevannya perkataan SaifulSham dengan perniagaan internet? Malah ia juga tidak merujuk kepada saya mahupun Sabri”
Saya dan Sabri telah menjawab perkara ini dalam pos yang kami terdahulu, dan hari ini saya akan bangkitkan lagi isu ini kerana kami sudah melihat kesannya dalam perniagaan kami, ya, akibat penggunaan SaifulSham (sejak menggunakan jenama SaifulSham dari 2005).
Dahulu, saya dan Sabri mengambil langkah berani untuk meletakkan SaifulSham sebagai tanda pengenalan kepada diri kami. Haha, biarlah saya berjujur dengan anda. Saya sebenarnya tidak berapa suka perkataan SaifulSham, sebab ia terlalu ‘kemelayuan’.
Bila dieja dan dituturkan, bunyinya langsung tidak slang, tidak ada bunyi-bunyi moden. Tetapi, oleh sebab Sabri berkeras juga mahu meletakkan SaifulSham sebagai nama kami berdua, saya pasrah!
Itulah sedikit sebanyak sejarah (yang berulang-ulang kali terpaksa diceritakan semula) kami berdua.
Untuk pengetahuan anda, proses membina jenama adalah satu perkara yang akan memakan masa untuk memasuki dalam fikiran pengguna. Jadi, dengan meletakkan nama SaifulSham berulang-ulang kali dalam setiap perkara yang kami lakukan, akhirnya, nama SaifulSham sendiri mungkin sudah sinonim dengan perniagaan internet di Malaysia.
Oleh sebab itu, dalam setiap produk atau perkhidmatan yang kami telah dan akan perkenalkan untuk pasaran Malaysia, nama SaifulSham akan terus digunakan.
Antara kelebihan menggunakan jenama SaifulSham bagi kami:
Apabila pengguna telah mengenali kekuatan kami, jadi, tidak sukar untuk kami memperkenalkan sesuatu yang baru diinternet. Dengan terus menggunakan nama SaifulSham disebalik produk baru tersebut (contoh: ecommercemastery.com), kami telah menjimatkan wang dan masa untuk kegiatan pemasaran dan promosi.
Contoh:
Dengan memperkenalkan perkhidmatan hosting dibawah jenama ECommerceMastery.com, kami meletakkan asas gambar kami sebagai alat promosi hosting tersebut. Oleh sebab gambar kami berdua menggambarkan kami adalah SaifulSham, ia salah satu kaedah mempercepatkan masa dan menjimatkan tenaga mempromosikan hosting terbaru kami.
Setiap orang yang mempunyai perniagaan hosting cuba menonjolkan saiz dan harga dalam perniagaan mereka (ya, memang ia satu faktor yang perlu juga ditonjolkan), tetapi kami lebih menonjolkan kami berdua yang berdiri dibelakang ecommercemastery disamping ciri-ciri saiz dan harga.
Sebabnya mudah, SaifulSham sudah dikenali dan dipercayai. Apakah akan jadi sekiranya, saya dan Sabri cuba membangunkan ecommercemastery.com tanpa meletakkan jenama SaifulSham dibelakangnya?
Kami mungkin akan mengambil masa untuk menyakinkan pengguna supaya menggunakan perkhidmatan kami.
Jadi, mulakan satu jenama anda sendiri diinternet. Tipsnya, ulangi jenama itu dalam setiap produk-produk baru yang diperkenalkan anda. Paling tidakpun, dalam setiap produk baru anda, letakkan satu simbol dengan menyatakan “Sebuah lagi produk bermutu dari #$*@@ (jenama anda).
Saya yakin, anda mampu melihat sesuatu yang positif dalam perniagaan internet anda dalam satu jangka masa. Berapa lamakah jangka masa itu? Ia akan bergantung juga kepada cara anda mempromosikan jenama anda.
Apa yang saya dapat beritahu, jenama yang anda bina hari ini mungkin akan memakan masa. Tetapi, apabila ia sudah diyakini dan dikenali pengguna, adalah mudah untuk anda memasarkan produk-produk baru dengan bersandarkan kepada jenama tersebut.
Sebab itu, jangan melompat-lompat untuk memberi nama-nama baru kepada setiap jenis produk dan perkhidmatan anda (jika ia tidak perlu).
Tang menulis.
W.M.Syazwan
P/S: Jika anda mahu membeli jenama SaifulSham dari kami, sediakan cek RM 1 juta untuk mengambil sepenuhnya nama SaifulSham dari kami!
P/SS: Jika anda berminat untuk mempelajari perniagaan melalui SMS, anda boleh mendaftar ke seminar saudara Irwan Dahnil disini.



May 29th, 2007 at 10:28 am
Syabas SaifulSham… memang benar branding memainkan peranan yang penting. Contohnya, sebut sahaja Nike, pelbagai produk sukan tergambar di kepala.
Apabila pelanggan mahu membeli peralatan sukan, kemungkinan besar mencari peralatan sukan berjenama Nike.. (bagi yang fanatik dengan Nike la…)
Thanks kongsi tips ini..
September 24th, 2007 at 12:24 am
Betul juga apa yang diperkatakan didalam blog ini. Kawan saya sendiri pun pernah berkata begitu, mengenai rakannya yang berjaya dengan jenama JKing.
Syabas SaifulSham