Hello pembaca SaifulSham,

“Manusia tidak dapat hidup jika tidak ada manusia lain” . Samalah juga dengan perniagaan, ia tidak akan hidup jika tidak ada permintaan (juga dari manusia).

4 tahun saya menceburi perniagaan internet, antara kesusahan yang paling utama adalah betapa sukarnya membangunkan perniagaan seorang diri. Dahulu, ketika awal pembabitan kami, kami hanya berniaga diinternet seorang diri. Tidak ada kawan dan bernasib baik tidak ada lawan juga :) .

Selepas lebih setahun dalam perniagaan, barulah kami menyibukkan diri menyertai group mastermind yang diketuai Brian (pengasas HostingOlympic.com). Di forum tersebut, kami banyak belajar perkara baru terutama konsep perniagaan hosting.

Anggapan awal kami, kami sudah tahu banyak perkara dalam dunia internet (ego orang muda katakan). Rupa-rupanya, apabila menyertai group tersebut, kami jauh dibelakang. Malang sungguh.

Apabila kami mula bersahabat baik dengan ahli forum tersebut termasuk Brian, maka perlahan-lahan, banyak peluang bisnes baru muncul. Brian banyak membantu kami memberikan pelan hosting yang hebat-hebat pada harga geng (kawan).

Hasilnya, kami hanya berbelanja sedikit untuk hosting laman web kami (jimat sudah kos disitu). Kemudian, saya pula membantu Brian dengan mempromosikannya kepada rakan-rakan dan taulan (Bitol adalah mangsa pertama!—jangan marah).

Bukan itu sahaja, ketika akaun 2checkout kami pernah di ‘freeze’, rakan-rakan di group tersebut banyak membantu kami. Mereka juga banyak memberikan kami tools-tools yang dibeli mereka. Itulah kelebihan networking (agak sama juga dengan JV).

Sejak itu, kami menyertai beberapa lagi group mastermind dan antaranya bersama-sama Gobala, Edmund Loh, Donald (peserta konvensyen tahu orang ini), Sunny Tan, Colbert dan ramai lagi.

Untuk membina networking yang kukuh, antara tips yang diamalkan kami:

Berikan apa jua pertolongan dan kepakaran anda kepada kumpulan networking anda. Dan sudah pastinya, ahli yang lain juga harus membuat perkara yang sama.

Mudahkan ahli-ahli kumpulan menghubungi anda. Ini juga satu tips. Selalunya, saya tidak akan memberikan nombor telefon bimbit peribadi saya sesuka hati. Hanya kepada ahli group networking saya yang mendapatnya.

Satu perkara lagi, berkawanlah dengan pelbagai IM dari pelbagai kaum. Saya melihat tidak ramai IM di Malaysia yang berkawan dengan IM daripada kaum lain.

Jujur saya beritahu anda, sepanjang saya berkenalan dengan IM berbangsa lain di Malaysia, saya banyak mendapat faedah. Antaranya nanti, kami akan lancarkan sesuatu dalam bahasa Mandarin (ia hanya akan diberitahu nanti).

Saya mendapat faedah untuk meneroka pasaran yang asing bagi saya. Itulah kelebihannya berkenalan dan berkawan dengan ramai orang.

Baiklah, itu sahaja tips hari ini. Jumpa lagi esok!