Tips mendapatkan stok produk fizikal
Hello pembaca SaifulSham,
Berkenaan pos semalam mengenai skim pelaburan diinternet, kami akan mengulas lebih panjang dalam report revise edition Skim Cepat Kaya DiSiasat. Jika dalam versi pertama report tersebut, Team SaifulSham banyak mengolah skim autosurf (sesuai dengan keadaan pada report itu ditulis – tahun 2005, ramai yang terjebak dengan autosurf), tetapi sekarang ia akan beralih kepada skim pelaburan dan MLM internet.
###########################################################
Jika anda mengenali kami sejak dahulu, anda akan memahami bahawa Team SaifulSham lebih menjurus kepada Internet Marketer produk fizikal.
Sejarah awal pembabitan kami dalam perniagaan internet bermula dengan menjual produk fizikal dan ia kekal sehingga hari ini. Malah, kami memang berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan produk fizikal dengan menjadi pembekal tulin (dropshipper) produk fizikal kepada usahawan internet. Itu adalah perancangan jangka sederhana.
Resepi untuk berjaya dalam perniagaan internet:
Satu tips yang saya boleh beritahu anda yang newbie dalam perniagaan internet, berikan tumpuan menjual produk selain produk berasaskan Internet Marketing (ini adalah termasuk menjual e-book menjana wang).
Antaranya adalah dengan menjual produk fizikal (produk yang boleh disentuh, dilihat, dirasa, digosok, dan diparang (haha) – mainan, DVD, peralatan elektronik, beg tangan).
Trend sekarang menunjukkan terlalu ramai usahawan internet baru di Malaysia ingin menjual produk bagaimana menjana wang. Terdapat pasaran yang lebih lumayan daripada itu diinternet.
Seperkara lagi, tumpukan kepada pasaran luar negara!
Jadi, mahu tidak mahu, saya wajibkan anda membina laman web berbahasa Inggeris.
Untuk membuktikan lumayan atau tidak pasaran luar negara, saya akan berkata jujur kepada anda. Hampir setiap laman web produk fizikal kami memberi pulangan hasil lebih daripada gaji seorang fresh engineer!
Sebilangan 95 peratus pelanggan adalah rakyat Amerika. Jadi, anda nampak sebab mengapa kami berkali-kali menyuruh anda melihat pasaran luar selain daripada Malaysia.
Baik, mari saya beritahu tips hari ini. Sebenarnya, ramai yang mengeluh tidak tahu produk fizikal yang boleh dijual diinternet.
Saya tidak akan menjawab soalan itu (untuk menjawabnya, haruslah mendaftar ke seminar kami disini).
Tips hari ini, saya akan kongsikan, bagaimana sebenarnya untuk mendapatkan stok produk fizikal diinternet selain daripada dropshipper.
Tipsnya:
Menggunakan laman web orang lain sebagai pembekal produk kepada laman web kita.
Baik, untuk mencari dropshipper berkualiti, ia akan sedikit sebanyak memakan masa untuk anda mengkajinya. Terdapat beberapa rules yang sangat ketat yang dikenakan kepada anda, terutama bagi dropshipper yang berpengkalan di Amerika.
Selain itu juga, kebanyakan dropshipper hanya menawarkan produk-produk yang sedia popular dipasaran seperti barangan elektronik, perfume, dan sebagainya. (Yang pastinya menjadikan persaingan yang tinggi).
Sebagai contohnya, planesplanet.com milik kami, sebuah laman web menjual model kapal terbang statik. Untuk pengetahuan anda, tidak terdapatpun dropshipper untuk produk tersebut diinternet (kalau anda jumpa, sila beritahu kami
).
Tetapi atas sebab demand pasaran yang baik, kami ingin turut serta menjualnya!
Kaedahnya, kami menggunakan laman web orang lain sebagai pembekal rasmi untuk kami. Teknik ini selalunya digunakan jika sudah tidak terdapat cara dan kaedah praktikal mendapatkan bekalan produk.
Yalah, untuk menempah secara direct dari kilang, kami harus membeli dengan jumlah yang besar. Risiko untuk stok tidak terjual adalah tinggi.
Affiliate? Ada beberapa laman web menawarkan program affiliate untuk menjual kapal terbang statik itu, tetapi, ia tidak selumayan mana (biasalah, produk fizikal).
Jadi, mahu tidak mahu, kami mendapatkan produk tersebut daripada laman web orang lain.
Siapa orang lain itu?
Orang lain itu adalah penjual seperti anda. Mereka selalunya sudah lama mengendalikan perniagaan itu diinternet. Dan oleh sebab mereka sudah lama, kebanyakan daripada mereka menempah bekalan secara direct daripada kilang (kos untuk mendapatkan bekalan direct dari pengilang tidak sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak).
Kaedah kami adalah membina laman web planesplanet.com dan kemudian memasarkannya. Yang penting, kami akan menaikkan harga lebih daripada laman web pembekal kami.
Apabila pelawat membeli dilaman web kami, kami akan menggunakan wangnya untuk membeli produk tadi dari laman web pembekal kami. Kami akan serahkan alamat pelanggan kami dan pembekal tadi akan bertindak menghantar produk terus ke pelanggan kami.
“Secara tidak langsung, kami telah mengarahkan pembekal tadi menjadi dropshipper kami tanpa sedar”
Tetapi, anda harus ingat, sertakan mesej kepada pembekal anda.
“Jangan letakkan apa-apa maklumat laman web pembekal anda tadi ketika menghantar produk kepada pelanggan anda”
Terdapat sedikit kontroversi untuk kaedah ini. Sebab kita tidak tahu apa yang dibuat pembekal -mungkin mereka tetap mencetak maklumat laman web mereka kepada pelanggan anda.
Maka, anda berisiko untuk hanya mendapat 1 time buyer sahaja. Mungkin lain kali, pelanggan anda akan mendapatkannya daripada laman web pembekal anda.
Tetapi, menurut pengalaman kami, segala proses setakat ini berjalan lancar. Selalunya, kami akan menyuruh segala invois dan maklumat dipos kepada kami. Hanya produk sahaja diposkan kepada pelanggan kami.
Faedah cara ini?
Apabila anda telah lama berurusan dengan pembekal tadi, lama kelamaan, mereka akan menyakini anda. Dan faedahnya, mereka akan memberikan potongan harga kepada anda (dengan ini, anda mungkin boleh mengurangkan sedkit harga dilaman web anda).
Faedah lainnya, mereka akan mencetak invois dan apa-apa maklumat atas nama laman web anda.
Secara tidak langsung, mereka akhirnya bersetuju menjadi dropshipper kepada anda walaupun mereka bukan dropshipper!
Sekian, jumpa lagi.
(Tips ini adalah antara 1 daripada 100 tips dalam Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Terdapat banyak lagi tips yang hebat yang hanya akan didedahkan dalam seminar kami. Semua tips ini adalah proven tips dan telah kami amalkannya. Jadi, jangan terlambat untuk menyertai seminar kami pada 31 March ini. Klik Disini)



March 21st, 2007 at 12:06 pm
Semua kena pergi seminar ni….
March 21st, 2007 at 2:16 pm
Wah..nak jadi dropshipper plak ye..selamat berjaya!
March 21st, 2007 at 2:57 pm
Assalammualaikum…
Ada mesej khas untuk saifulsham di bahagian WC incubator berkenaan report SCK disiasat.. harap saifulsham boleh jengok2 ke sana.
March 21st, 2007 at 4:42 pm
Pekabar semua…
Saper nak tahu cara nak dapatkan drop shipper tu, join ler seminar saifulsham.
Teruskan usaha anda saifulsham, good luck.
March 21st, 2007 at 4:59 pm
Maklumat yang bagus.
Semoga terus sukses
March 21st, 2007 at 6:09 pm
Cuba daftar dengan worldwide brand ari tu..kena reject ..dia kata Indonesia and Malaysia tidak diterima..so kena register dengan brader yang datang kat konvensyen saifulsham ari tu lah..hmmh
March 21st, 2007 at 6:31 pm
Inilah yang saya tunggu2 heheh bukan aper tak sabar nak buat perniagaan produk fizikal ni
p/s: Buat kali ker 41 ku sebut ingin ke Seminar SaifulSham lepas SPM huhuhu (insyallah Allah perkenankan doaku)
March 21st, 2007 at 8:22 pm
wow.. rupanya baru 1 daripada 100. tapi yang 1 ni pun tak berapa tau nak bikin. nak kena cari guru tolong ajar secara amali la.. kalu beli e-book ja agaknya leh jadi pandai x??
March 22nd, 2007 at 12:11 am
tu dia tips dropshipping dr saifulsham..sbnrnya tidak mudah bg kita utk manjadi dropshipper yg berjaya krn mugkin salah satu faktornya adalah dr segi persaingan yg tinggi dgn dropshipper2 yg lain..tp,saifulsham berjaya membuktikn mereka mmpu mnjadi dropshipper yg bagus kepada produk yg susah didappati mll inet tp mempunyai demand yg tinggi dikalangan pembeli..teknik ape yg korang pakai ha.hehe
ps tq sbb kongsikn sebahagian tips d’shipper ni kpd kami..
March 28th, 2007 at 1:26 pm
jika ada antara anda berminat hendak menjadi dropshipper eloklah belajar dengan mereka dengan lebih mudah menyertai seminar shaifulsham. Mereka memang specialist dalam dropshipper