Tips menjadi Team SaifulSham: Lakukan apa orang lain tidak sanggup
Hello pembaca SaifulSham,
Saya mengambil cuti sehari daripada menulis di SaifulSham. Pertama, saya gunakan masa sehari ini merehatkan minda dan tubuh badan (sudah lebih 2 bulan saya tidak bercuti seperti ini!).
Saya hanya sempat pergi bersiar-siar dengan melihat pameran War Criminal di PWTC pagi tadi sebelum kembali membaca bahan ilmiah termasuk buku panduan kewangan dirumah. Malam ini saya akan menyambung kerja di pejabat.
Sedang saya membaca buku dirumah, teringat saya pada satu pagi hening tahun lalu, seorang lelaki menelefon saya dan bertanya mengenai seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Ia berbunyi seperti ini:
“En Syazwan, saya sudah membaca buku tulisan anda. Amat hebat. Saya rasa saya memerlukan bimbingan anda. Bolehkah kita berjumpa?”
Saya: “Saya agak kesibukan buat masa ini tetapi lebih baik jika saudara mendaftar dengan seminar saya di Berjaya Times Square, lebih mudah saya berikan nasihat dan mentorship program (saya memang mengutamakan peserta seminar dalam hal ini)”.
” Oh tetapi berapa ya?”
Syazwan: “RM397 sahaja”
“Mengapa mahal sangat. Tidak bolehkah diskaun lagi? Jika tidak, saya rasa, tidak mengapalah. Terima kasih ya”
Sebenarnya, ini bukan kes pertama saya menerima panggilan seperti ini. Saya sebenarnya terkilan kerana tidak ramai orang sanggup untuk membayar sejumlah harga untuk sesuatu yang bernilai.
Harga itulah adalah harga yang anda bayar untuk mendapatkan pengalaman, pembelajaran dan praktikal Team SaifulSham selama ini. Boleh dikatakan Team SaifulSham saban bulan memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku, home course dan tools-tools yang membantu dalam perniagaan internet.
Kami mempraktikkan teknik-teknik terbaik dan apa yang memberi kesan, kami masukkan dalam modul seminar. Nilai tersebut lebih daripada RM397!
Dan, adakah ramai orang sanggup melakukan seperti kami? Jawapannya mudah, tidak ramai.
Tidak ada yang mudah dalam hidup ini. Tetapi peliknya, orang kita mahukan kejayaan dengan kos, tenaga, dan pengorbanan pada harga RM 0! Itulah punca menyebabkan mengapa begitu ramai rakyat Malaysia sanggup bergadai harta bagi menyertai skim-skim gila.
Menulis di SaifulSham inipun merupakan pengorbanan kepada saya. Saya tahu, saya akan beritahu kebanyakan idea saya disini kepada umum. Saya tahu saya akan menghabiskan sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk menulis disini. Maka selama setahun, berpuluh jam akan dihabiskan di SaifulSham. Ia juga satu pengorbanan yang tidak ramai yang sanggup lakukannya.
Saya teringat pada waktu ketika dahulu, ketika pertama kali saya dan Sabri menceburi perniagaan internet (saya dan Sabrilah orang pertama yang melakukan di universiti saya ketika itu).
Rakan-rakan yang lain melihat kami berdua seperti orang gila. Menghabiskan masa dan wang hanya untuk belajar perniagaan internet. Ya, kami lakukan apa yang orang lain tidak sanggup. Wang biasiswa yang diberikan Petronas, kami peruntukkan untuk membeli buku dan course diinternet.
Pada cuti semester, saya dan Sabri banyak menghabiskan waktu membina laman web dan membuat promosi. Sesuatu yang jauh berlainan dimana rakan sebaya akan menghabiskan cuti dengan berehat dan jalan-jalan cari makan!
Hari ini, nama Team SaifulSham disebut-sebut oleh rektor universiti kami sendiri, disebut oleh pensyarah kami. Rakan sekeliling mula melihat kami sebagai mentor perniagaan internet. Umumnya orang melihat kami berdua sedia berjaya dalam perniagaan internet.
Tetapi, tidak, bukan mudah untuk kami capai apa yang ada hari ini. Kami melakukan sesuatu yang rakan sebaya kami tidak pernah terfikir dan sanggup lakukannya di awal dahulu.
Jadi, saya teringat kembali kepada si penelefon tadi. Saya hanya tersenyum sendiri. Bagi saya, apalah sangat melabur RM 397 untuk ke seminar yang telah melahirkan orang seperti Irwan Dahnil.
Ianya berbalik kembali pada persoalan, tidak ramai yang sanggup lakukan apa yang orang berjaya lakukan.
Sekian.
PS: SaifulSham.Co.Nz bersedia untuk dilancarkan bila-bila masa!


February 10th, 2007 at 7:21 pm
Saya juga bercadang untuk menjadi peserta seminar saifulsham suatu hari nanti. Sekarang ini tengah tunggu masa yang sesuai untuk ke seminar tu. Harga seminar tidak menjadi penghalang bagi saya untuk menimba ilmu. Hendak seribu dayakan
February 11th, 2007 at 1:52 am
Ya,saya setuju dengan anda. memang RM397 sangat murah kalau nak di bandingkan dengan ilmu yang akan didapati pada seminar itu. coz anda memang dah berkorban banyak untuk memberi maklumat dan panduan kepada kami, newbie untuk ceburi bisnes internet ni.
saya memang berminat sangat untuk menyertai seminar anda, cuma masa dan masalah kewangan yang menghalang saya..kalau saya kerja dah sekarang, saya sanggup bayar untuk masuk seminar anda. ..buat masa ini, saya belajar dulu melalui laman ilmu internet saifulsham anda ini yang sangat berharga bagi saya dan juga usahwan internet lain. anda memang idola saya dalam bisnes internet nih..
Diharap anda terus mencurah segala ilmu anda selagi termampu…semoga tuhan membalas jasa kalian berdua..
February 12th, 2007 at 2:53 am
aduh..lamanya sy cuba mengumpulkan duit utk ke seminar anda berdua. Masih lagi dlm usaha menyimpan,maklumlah skang ni penanam anggur tersohor di shah alam ni.Insya-allah kita akan berjumpa nanti.
February 12th, 2007 at 7:29 am
RM397 terlalu murah sebenarnya utk perkongsian segala pengalaman dan maklumat yang bernas daripada team SS.
Selalu saya pergi mana-mana seminar mesti tido/mengantuk..tp di seminar SS saya memang tak boleh nak tido sebab tak nak miss input2 yang power drp team SS
February 12th, 2007 at 8:52 am
Nak jumpa? Kita senasib la. Ramai yang hantar emel kat saya nak jumpa, kenal2.. Hmm, bukan tak nak. Tapi apa salahnya join seminar, ramai2, baru seronok, bersemangat. Ni kalau jumpa kat kedai mamak, borak2 ada laa.
Good luck atas pelancaran SaifulSham.Co.Nz.
February 12th, 2007 at 9:14 am
dah lah tak kenal org yg nak jumpa..so tak tau niat sebenar die. Memang betol kata Syazwan, bukti yg menunjukkan org tu serius, mereka sanggup laburkan duit utk ke kursus itu.
semoga saifulsahm.co.nz dpt share model org business available in NZ.
February 12th, 2007 at 10:31 am
Hohoho…dah la tak nak melabur,pentingkan diri,nak crossline bekas peserta seminar…nasib baik tau ucap terima kasih.(tu pun kalau cakap).
February 12th, 2007 at 3:32 pm
just a tribute to Saifulsham effort to put me this high…
http://www.irwandahnil.com/?s=berguru
February 12th, 2007 at 4:48 pm
RM397? saya mampu membayarnya kerana;
1. yakin dgn ilmu yg akan diperolehi akan membantu saya
membuat ebiz
2. yakin dgn kredibiliti dan pengalaman anda utk kongsikan ilmu ebiz
3. nak berjaya dlm ebiz, perlulah ada pelaburan.
itu saja, ok?
February 14th, 2007 at 2:51 pm
Hendak seribu daya taknak banyak dalihnya, so nak belajar kena sediakan diri, masa dan harta.
February 15th, 2007 at 5:56 pm
no free lunch…orang yang nak free selalu tidak akan menghargai apa yang diberikan..ada pelanggan saya yang bayar utk beriklan hanya RM35 untuk masuk listing in my web direktori, tetapi nak keistimewaan sama seperti orang yang bayar RM400 atau RM500..walau sudah diingatkan berkali2 suruh upgrade package..tp macam buat2 tak faham..bila tgk saya iklankan orang lain dia rasa nak juga seperti orang yang bayar for the package..sori beb..nanti orang lain marah..nak free boleh tapi kena spend banyak masa belajar sendiri..nak jalan pintas kenalah sanggup bayar…
June 26th, 2007 at 8:14 pm
Saya sebenarnya dah lama berminat nak joint seminar ni , tapi tak berkesempatan, Insya-Allah satu hari nanti saya akan joint, tak pernah lagi joint mana-mana seminar lagi berkaitan dengan online business/income…sebenarnya saya kagum dengan awak berdua dan telah ramai orang saya syorkan supaya jadi ushawan muda macam saudara berdua tahniah….
July 27th, 2007 at 9:11 pm
assalammualaikum….saya berminat dengan niat saudara berdua untuk memberi kejayaan kepada orang lain..insyaALLAH tak ada halangan,saya akan menyertai program ni..
August 9th, 2007 at 11:09 pm
tak mahal.. tak mahal.. letak ribu pun kira tak mahal lagi, tapi tidak juga murah.. ia akan mahal jika hanya mahu dengar suka-suka he he.
August 16th, 2007 at 4:26 pm
saya peserta seminar 11&12 ogos baru2 ni. saya amat kagum dgn anda berdua, byk input yg saya dapat. saya mmg recommend kpd yg blm sertai seminar tersebut mmg berbaloi. nt tgg kemunculan saya n mmg byk lg yg harus saya pelajari dari anda berdua dan kwn2 semua.
September 5th, 2007 at 3:27 pm
Askum, I really need to attend yours course, a few month ago, I spend 1 hour in front pc to find which the best internet course can turn me from unemployment to enterpeneur.
Your are right I will make sure next month after Hari Raya Puasa I will attend your course.
Remember My promise
December 23rd, 2007 at 2:09 am
mula2 sekali saya hendak berterima kasih kepada Sabri dan Syazwan. semasa saya menghadiri seminar mereka banyak info2 yg saya peroleh. Saya harap saudara Sabri dan Syazwan teruskan usaha murni dan saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yg tidak jemu2 menolong saya selama ni. tq bro
December 23rd, 2007 at 2:09 am
[...] dengan rakan perniagaan kami sebagai “trustable”. Tak pernah rugi buat business dengan SaifulSham, mesti untung. Jadi jika ada benda yang kami mahu berJV atau minta tolong pada masa akan datang, [...]
May 4th, 2008 at 3:43 pm
bros,
aku berminat nk menjadi next potential strategy korang
caner aku nk contact korang?as initial step