Hello pembaca SaifulSham,

Tips hari ini saya perolehi daripada rakan saya yang pakar dalam perniagaan laman lelongan (auction site -ebay,lelong).

Jadi, tips hari ini berbunyi begini, apakah teknik untuk menarik pelawat membida harga yang diingini oleh kita? Maksudnya adalah anda ingin produk anda dibida pada harga sekian-sekian.

Menurut rakan saya ini (orangnya dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan, haha), senaraikan produk anda dengan 2 harga berbeza tetapi dengan kepala tajuk (title lah) yang berlainan.

Katakan anda ingin produk anda dibida dengan permulaan RM10, maka, senaraikannya dengan harga RM10.

Kemudian, untuk senaraian kedua, buat pertukaran tajuk (produk masih sama), senaraikan pada harga RM1.

Mengikut rakan saya lagi, kebanyakan orang selalunya akan membuat survey untuk harga standard sesebuah produk sebelum membida. Dan mereka akan melihat listing untuk produk yang sama dan membandingkan dengan harganya.

Kemungkinan besar, mereka akan membida pada sekitar harga standard berbanding harga yang tidak masuk akal. Selalunya, mereka akan mengambil peluang membida produk RM1 kepada harga yang terdekat dengan harga standard.

Motif teknik ini adalah untuk “mengelirukan” pelawat supaya membida pada harga yang dingini kita berbanding membiarkan mereka membida pada harga RM3,4, atau 5 (yang pastinya margin keuntungan anda menjadi senipis kulit bawang :roll: ).

Jika anda bertanya kepada saya, mengapa kita harus menggatal meletakkan harga sehingga RM1. Adalah lebih bermoral untuk meletakkannya pada RM10 sahaja.

Jawapan secara bermoral adalah, sememangnya terdapat manusia yang sukakan begitu. Walhal mereka sudah tahu tidak mungkin harga akan sebegitu murah (melainkan ianya barangan curi :) ). Maka, golongan ini lebih menyukai membida sesuatu yang jauh lebih murah pada mereka.

Jadi, apa lagi selamat mencuba!

W.M.Syazwan

******************************************************

P/S: Saya merehatkan fikiran seketika malam ini dengan menonton koleksi video Kamen Rider Black RX sehingga episod akhir. Sebenarnya, saya terkilan kerana saya tidak sempat menonton siri hero zaman kanak-kanak saya sehingga episod akhir, oleh sebab itu saya melepaskan gian selama lebih 14 tahun lalu. Haha.

Cuma apa yang saya perhatikan, mengapa perlu raksaksa bermuka hodoh. Dan peperangan akan dilakukan dikawasan pergunungan (sudah kehabisan tempat menarik rasanya).