Hello pembaca SaifulSham,

Dalam ruangan forum khas Protege, saya menerima maklumat dari seorang protege kami yang aktif menghantar produk ke banyak negara.

(Selalunya kami mempunyai 90 peratus pelanggan dari Amerika, jadi banyak negara lain tidak dikaji oleh kami).

Berikut adalah tips-tips yang baru kami tahu dan mungkin membantu anda.

Ambillah gambar bungkusan (parcel) dan hantarkan kepada pelanggan (melalui e-mail).
Tujuannya untuk memastikan bahawa kita menghantar barangan dalam bentuk yang baik (tidak rosak bungkusan, tidak dikoyak).

Maka, jika terjadi sebarang bentuk kerosakan, pelanggan akan memahami ia bukan datang dari penjual. Ia adalah proses kerosakan yang disebabkan penghantaran yang tidak cermat.

(Sepatutnya anda memiliki sebuah kamera digital, jika guna kamera konvensional lagi, tidak dapat la nak tolong :grin: )

Tips kedua, seboleh-bolehnya elakkan menggunakan polysterene untuk melindungi bungkusan (parcel). Sebabnya, sesetengah negara akan menanggap ianya tidak mesra alam dan kemungkinan denda akan dikenakan.

Jika anda berhasrat untuk belajar lebih lanjut mengenai penghantaran produk dan tips-tips bungkusan, anda boleh melayari web ini untuk maklumat lanjut. Klik disini

Terima kasih kepada Kak Anis kerana berkongsikan tips-tips ini. (Beliau menghantar produk sehingga ke negara Austria)

Sekian,
W.M.Syazwan