Tolong Nasihat | Open Letter To All
Saya jarang melayan emel yang bersifat negatif (dan amat bersyukur kerana jarang menerimanya) namun, emel yang ini entah kenapa, kami di SaifulSham Consultants “ter”rajin pula untuk membalasnya. Emel ini diterima dari En Jupri. Saya harap, pembaca SaifulSham yang lain juga dapat memberi jawapan kepada soalan yang sangat memusykilkan En Jupri ini.
kadang kadang saya pelik lah kenapa orang lain nak bantu orang lain jadi kaya sedangkan yang hendak membantu tu pun perlukan bantuan…..pelik pelik…
Jawapan kami di SaifulSham:
Assalamualaikum En Jupri,
Itulah salah dengan mentaliti masyarakat kita.
Kita menunggu hingga kita mencapai “satu tahap”
(yang sentiasa akan berubah dan tidak dicapai)
baru mahu membantu orang lain.
Akhirnya, tiada yang membantu dan lebih ramai
orang tidak mendapat bantuan seperti yang sepatutnya.
Untuk berubah dan maju, bangsa kita harus mengambil
inisiatif untuk tolong menolong.
Contohnya, di kampung-kampung suatu masa dahulu, jiran-jiran
bertukar lauk-pauk walaupun lauk mereka tidak lah sedap sangat.
Its a goodwill gesture orang putih kata.
Tuhan tidak akan merubah nasib bangsanya selagi kita tidak
merubah diri sendiri.
Terima kasih
Apa jawapan anda pula?


January 10th, 2007 at 2:53 pm
Hi En.Jupri,
Sy nak jwb ringkas je. Kita tahukan dalam dunia ni tiada manusia yg perfect. Kalau en.jupri nak tggu org yg perfect utk bantu awk, sy rasa sampai kiamat pun takkan jumpa..
Kenapa pelik? x pelik pun.. yg sy pelik kenapa ada org tanya soalan mcm ni..ahaks. Bkn ke hidup ni “lifelong learnings”. Selagi kita hidup..kita mmg perlu bantuan dan belajar. tak kira lah kita ni professional atau pelajar. yg penting manfaatkannya..
Bkn ke hadis Nabi S.A.W pernah bersabda yg berbunyi mcm ni( lebih kurang ) “Berpesan-pesan lah kamu dgn kebenaran dan berpesan-pesan la dgn kesabaran”.
Renung-renungkan..
PS: You must know the quote “sharing is caring”..simple. tu yg saifulsham sharing ni..huhu.
January 10th, 2007 at 7:47 pm
emel en.jupri tu memang sesuatu yang menarik untuk difikirkan bersama.pada pendapat saya, dalam dunia ni mesti ada orang yang suka membantu orang lain tak kira bangsa dan agama.
mungkin kita perlu tanya diri kita, kenapa bill gates sanggup menderma berjuta2 dollar di india dan afrika? bukan itu tanda hendak membantu orang yang susah? adakah beliau minta balasan daripada mereka? mungkin tidak sbb mereka ni bukan orang yang kaya.
org selalu berkata “tangan yang memberi itu lebih mulia drpd yang menerima”.saya rasa kita semua perlu bantuan org lain dalam apa jua keadaan, tak kira sama ada orang kaya atau orang miskin.
saya rasa utk berjaya dalam apa jua bidang, kita mesti saling bantu membantu.sepanjang pengetahuan sya, org2 yg telah mencapai kejayaan, tak kira dalam bisnes, akademik, kerjaya dll.mereka pernah dibantu dan juga membantu org lain.
January 10th, 2007 at 11:13 pm
Salah satu ungkapan yang saya sangat suka dan sekarang mendapat hasilnya setelah mengamalkannya dalam kehidupan saya.Ungkapan itu lebih kurang berbunyi begini :
“Lebih banyak kita memberi, lebih banyak lagi yang akan kita terima”
Bagi saya hukum alam memang sebegitu, atau mungkin ada yg lebih arif boleh beri penjelasan tentang hal ini.
Tapi saya sangat percaya ungkapan tersebut selalu diamalkan oleh mereka yang berjaya. Pada saya, untuk berjaya ikutlah cara orang berjaya.
Itu pendapat saya
January 11th, 2007 at 1:01 am
Orang cuma bersikap skeptikal terhadap beberapa perkara. Kadang2 niat baik dipandang serong.
Alah.. fikiran tak matang tu
p.s : Cikgu kat sekolah saya dulu pun bukannya top + first class student pun. tapi cikgu tetap suruh saya belajar rajin2 dan jadi top class student
Camner tu ?
January 11th, 2007 at 1:38 am
Tak salah membantu orang.
Pertolongan kita beri tu akan akan membawa pahala juga.
Tak kira apa pangkat, darjat, jumlah kekayaan, pengalaman atau pendidikan kita, kalau boleh tolong, kita tolong.
“Apathy is a bigger sin than ignorance.”
January 11th, 2007 at 1:45 am
Ilmu pengetahuan ni, lagi banyak kita keluarkan… lagi banyak yang kita dapat balik.
Contohnya cikgu irwan.dahnil tu, walaupun x dapat 1st class masa belajar, tapi sebab beliau mengajar, beliau jadi pandai jugak.
Bila kita mengajar… kita boleh dapat idea-idea baru, dan orang yang kita ajar tu kadang2boleh ajar kita balik dan bila kita memberitahu sesuatu…orang lain juga lebih suka utk memberitahu kita ilmu/idea mereka. paling kurang pun, bila kita dah ajar orang lain… ada satu motivasi utk kita berusaha lebih sebab kita nak buktikan/tak nak kalah pada orang yang kita ajar tuh.. Ilmu/idea yang diperam saja tak berkembang dan kemungkinan besar dilupakan saja.. tapi kalau en jupri berkongsi idea en jupri… paling paling tak pun, satu masa nanti, orang akan tanya perkembangan idea en jupri tu.. jadi satu automatic reminder pulak kat en jupri.
Akhir sekali, yang pastinya ini adalah amal salleh asalkan saja berniat baik.. bab ni patutnya semua (muslim) dah sedia maklum sebenarnya.
P/s: Secara langsungnya, dengan adanya blog nih… perniagaan usahawan macam saifulsham.com ni turut berkembang maju.. strategi perniagaan
P/p/s: Jangan pelik plak Air asia bagi free seat..
January 11th, 2007 at 9:01 am
Apa yg susah sangat? Sebab kita manusialah. Tuhan je yang tak perlukan bantuan sesiapa.
Manusia berada didalam sistem – antara sistemnya adalah Sistem ekologi untuk nak diberikan contoh. Nak terangkan takda masa, ada banyak keje lain ni.
Nak tau lebih lanjut, En. Jupri boleh pinjam sesapa yg ada buku sains sekolah rendah ke menengah ke. Kalau ada astro, tengok channel 50 ke 51 ke 52 ke, mudah-mudahan dapat jawapan walaupun secara tersirat.
Kalau nak beri jawapan straight forward seperti “manusia perlu tolong-menolong antara satu sama lain”, rasanya ramai yang tak faham kut??
manusia semakin pelik..
January 11th, 2007 at 9:54 am
“Nak ke kita dengar nasihat agama daripada orang yang takde moral yg mana diorg sendiri sebenarnya perlukan bantuan akidah?” aku rasa camtu la kot konsep yg en jupri pegang untuk bertanyakan tentang soalan tu.. huhuh.
Yang aku confuse tu, agak2 en jupri tu maksudkan siapa yek dlm soalan tu? hmmm..
January 11th, 2007 at 11:00 am
its as simple as this..we are muslim and should refer what our beloved prophet has left us with..Al-quran, Al-hadith and his sunnah..
Al Maidah 2
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Al Maidah: 2)
January 11th, 2007 at 11:00 am
Ok, terima kasih semua.
ZeMMs, entahlah. Saya rasa secara “general”, kerana itulah 100% kandungan emel En Jupri tanpa ditokok tambah atau dibuang. Padat dan ringkas. :p
Apapun, memang benar pendapat semua. Kita harus suka dan selalu membantu, tapi kita harus tahu limit kita. Selagi kita boleh bantu, kita bantu. Bila tak boleh kita kata kita tak mampu.
Jangan kita jadi si buta yang memimpin si buta yang lain. (TAPI PERLU DIINGAT:Orang buta ada sense of direction yang kuat. Jadi maybe orang buta veteran boleh membimbing orang buta junior tentang cara-cara untuk survive di kota. Lokasi2 tempat yang perlu dikunjungi misalnya)
Setuju dengan saya?
Saya modify sebuah idiom orang putih:
“Mind is like wallet. It can only be filled when it is open”
January 11th, 2007 at 11:49 am
sebenarnya ramai orang yang baik2 kat malaysia ni..kalau idak macammanalah kutipan mangsa banjir / tsunami kita dapat kumpul duit hingga berjuta2.jadi telahan mengatakan orang kita tidak membantu adalah kurang sesuai…just minta tolong pasti ramai yang sudi membantu…betul x kengkawan
syah
http://www.pil-fiber.com
January 11th, 2007 at 12:15 pm
nak tunggu sampai bila baru boleh nak nolong orang? nak tunggu semua trafik light hijau ker?
January 12th, 2007 at 2:16 am
en. jupri…
sememngnya di dunia ini, orang yang perlu dibantu akan membantu orang lain menjadi kaya..
buruh binaan (orang yang perlu dibantu) membantu pemaju (orang yang dibantu) untuk menjadi kaya.
Apa salahnya kalau orang yang perlu dibantu membantu orang menjadi kaya dengan cara lebih terhormat..
January 12th, 2007 at 3:02 pm
apa yang saya faham,maksud en jupri dalam kes ni mungkin melibatkan sesetengah web atau program2 scam internet.
kemungkinan tu tetap ada sebab email dia terlalu ringkas & terlalu banyak kemungkinan.
January 12th, 2007 at 6:32 pm
xde yang peliknye..
Jika anda bekerja dengan orang,Anda membantu pemilik syarikat menjadi semakin kaya.Sedangkan anda sebagai pekerja pun perlu dibantu.
January 13th, 2007 at 12:47 pm
Biasanya, lebih banyak perkara baru yang kita belajar apabila kita mengajar.. sebab tu ramai org nak tolong org lain..sebab sambil2 dia tolong, dia akan acquire bnyk knowledge dalam bidang yang dia cuba ajar kpd org lain tu..walaupun pada asalnya dia mungkin cuma ada basic knowledge je..
January 15th, 2007 at 8:52 am
Kalau nak ikutkan semua orang tak perfect dan perlukan bantuan, jadi akhirnya siapa yang nak menolong siapa? Tetapi yang pasti setiap orang ada kelebihan di dalam sesuatu bidang atau perkara lebih dari orang lain dari segi pengalaman, pengetahuan dan sebagainya, oleh itu tak luak kalau share demi melihat bangsa sendiri berjaya. Contohnya, jangan pandang rendah kepada orang tua yang tidak berpendidikan tinggi kerana dia lebih faham dan fasih mengenai kehidupan dari orang yang dapat PhD dari Harvard sekalipun..(ni contoh ekstreme la hihi).
January 15th, 2007 at 12:57 pm
kita tidak perlu melenting dengan kata-kata en jupri itu. kalau kita dah tak tahan dengan kata-kata encik jupri itu macamana kita akan berdepan depan sejuta kata-kata orang lain di masa hadapan.?? macamana??
itu adalah kata-kata biasa saja bagi saya…
bila berdepan denga keadaan seumpama ini bagi saya ada 2 pilihan:
ANGRY OR LAUGHT
kalau kita mampu marah untuk membetulkannya,kita marahlah. kalau kita tak mampu marah, cukuplah kita ketawa sinis……tengok penjahat dalam filem hong kong macamana dia ketawa, yang positif boleh diambil ikhtibar.
en jupri berkata begitu mungkin dia rasa, dia lebih hebat daripada orang yang dimasudkan itu.. masakan dia berani berkata begitu.
macam saya, saya tak pandai bisnes internet walaupun saya minat giler dengan bisnes internet, mungkin korang boleh ajar….
January 15th, 2007 at 4:05 pm
Kata-kunci di sini adalah: tolong-menolong. Saya rasa, itu jawapan muktamad untuk masalah ini. Kalau soalan en Jupri bermaksud orang yg menolong perkara baik2 lah.
Saya sendiri pun banyak tak tahu lagi, tapi saya tanya diri saya: sampai bila nak simpan ilmu yang ada dalam diri ni? Nak kena jadi jutawan dulu ke baru boleh ngajar orang? kalau mati dulu dan tak sempat sebar ilmu, rugi la dalam kubur tuu.
hehe..
Kesimpulannya, sampaikan walaupun satu ayat. Janji ia memberi manfaat untuk orang lain.
Wassalam.
January 19th, 2007 at 12:36 am
ada satu pendapat.. kalau kita nak jadi jutawan atas jutawan.. kita kena bantu orang lain jadi jutawan.. kalau tidak kita cuma jadi jutawan.. he he he.. kalau kita nak senang selama mungkin. kita kena bantu orang sekeliling kita jadi senang.. barula orang tadi dapat bantu kita jadi senang.. he he he (kalau kita ada banyak kereta untuk dijual.. tapi orang sekililing kita miskin.. kereta kita tidak dapat dijual.. jadi kita bantu orang lain jadi senang supaya mampu beli kereta kita.. dan kita lagi tambah senang.. ha ha ha)
May 22nd, 2007 at 12:59 pm
dear all,
pada saya bende ni x la pelik sgt…tp yang pelik sifat² orang melayu yang nak sgt jd kaya x menentu…memang sumer orang nak jd kaya….tp jangan lupe kite orang islam kene ada landasan yang betul….
so kite samer² la pikir mane yang baik dan buruk sesuatu….yang baik datang dari allah dan yang buruk tu datang dari diri kite sendiri…….
klu nak memobantu orang lain jd kaya tu memang boleh diterima tp kekadang yang pelik nye, yang menolong tu pun belom kaya cam ner lak….klu kompom die da kaye boleh la dipercayai…..
ini cume pendapat saya….yang baik jd tauladan, yang buruk jadikan sempadan…thankz….assalamualaikum….salam sejahtera…..