Hello pembaca SaifulSham,

Pos hujung minggu ini santai-santai aja. Saya akan senaraikan beberapa pelajar UTP (yang masih belajar) yang saya tahu mempunyai perniagaan internet mereka sendiri.

*UTP = Universiti Teknologi Petronas

Pertama:
SaifulSham

Saya tidak payah cerita sejarah, sebab dah banyak kali tulis kan. Perkembangan terbaru adalah kami sedang menjalankan perniagaan internet di luar negara (mempunyai foot based disana).

Ini cerita apabila sampai waktunya.

Syamim, auckland, new zealand
(Kami ada keluarga baru, iaitu adik saya, Syamim)

Kedua:
Bitol MalaysiaPal
Bitol
Bisnes utama dirinya adalah menawarkan servis mereka bentuk cover ebook, www.cheapestcovers.com.

Sekarang, hidup dan matinya adalah cheapestcovers.com. Mempunyai beberapa sumber pendapatan sampingan lain melalui internet seperti malaysiapal.com dan program-program affiliate yang disertainya.

Dikenali sebagai seorang Playboy (yeke), sehingga kini mempunyai seorang staff yang berdedikasi bekerja untuknya (iaitu adik beliau sendiri :razz: ).

Merancang memperluaskan servis design dengan melantik beberapa orang staff.

Katanya, beliau membuat target untuk mencapai RM10k sebulan menjelang akhir tahun ini. Kita tunggu dengan penuh sabar.

Ketiga:
Zhafran of ecoverstudios.com
Zhafran
Juga sama dengan bitol, model utama bisnesnya adalah servis cover e-book serta minisite. Mempunyai ramai klien dari otai-otai IM.

Ini laman webnya, rapidfirestudio.com

Keempat:

Wantan windexx.com
Wawan
Namanya sama dengan saya. Sebijik! Cuma bin nya lain. Sekolah pun sama dahulu, MRSM Beseri. Masuk universiti pun sama. Juga mengambil kejuruteraan mekanikal. Semua sama.

Pernah sebilik dengannya selama 2 tahun. Sampai orang panggil, bilik kembar Wan Mohd Syazwan. Pensyarah pun pelik melihat dua nama sama. Juga tukang jaga peperiksaan pun pelik sebab nama sama (dalam dewan exam, saya duduk belakang si wawan).

Berniaga di eBay.com dan eBay.co.uk. Kerja utama sekarang adalah berniaga batik dan sticker pasukan bolasepak EPL.

Mempunyai laman web yang tidak lagi aktif, www.windexx.com kerana memfokuskan kerja di eBay. Lantak hangla.

Jadi, ini senarai yang saya tahu. Tetapi sebenarnya, ramai pelajar UTP yang mempunyai perniagaan internet mereka. Ini berdasarkan jumlah kehadiran mereka di seminar SaifulSham yang boleh dikatakan ramai juga.

Semasa di pesta konvokesyen, saya melihat beberapa laman web yang dipromosikan oleh pelajar UTP. Semuanya laman web e-commerce.

Contoh yang saya ingat adalah, www.saudagarbuku.com, www.utpshirt.com, www.malaysiabookstore.com.

(Walaupun ada yang tidak berapa lengkap, tetapi ia satu perkembangan baik. Mereka sudah tahu asas dan mereka pasti boleh bergerak ke hadapan lagi. UTP kan boleh!)

Saya gembira kerana kehadiran SaifulSham memberikan perubahan terhadap perkembangan perniagaan internet di UTP.

Jika anda masih diperingkat SPM ataupun Matrikulasi ataupun Diploma, jangan lupa untuk mengisi borang untuk memasuk UTP nanti (haha, ni bukan iklan, Petronas tak bayar pun).

UTP logo

Untuk pelajar IPTA/IPTS/Kolej, hubungi pejabat kami untuk mendapatkan diskaun seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Pentingnya, ada kad matrik. Nombor telefon pejabat adalah: 03-8064 4177 (waktu pejabat sahaja).

Jika anda ada anak yang masih belajar di IPTA/IPTS/Kolej, saya rasa mereka lebih memahami bab-bab komputer dan perkara teknikal. Apa salahnya menghantar mereka ke seminar kami. Ia satu bentuk pelaburan yang tinggi nilainya (telah dibuktikan Zhafran).

Hehe.
W.M.Syazwan