Hello pembaca SaifulSham,

Sepanjang pemerhatian saya dalam seminar bulanan yang dianjurkan Team SaifulSham, golongan lelaki mewakili lebih 80 peratus daripada jumlah peserta yang hadir. Selebihnya adalah wanita.

Jumlah sebegini juga adalah sama banyaknya dengan kalangan pembeli yang membeli buku-buku bisnes oleh penerbit buku kami, PTS. (Dilaporkan dalam blog Puan Ainon)

Walaupun peratusan ini menunjukkan bahawa bidang bisnes lebih didominasi kaum lelaki, tetapi sebagai penjual, golongan wanita boleh menyumbang kepada kek yang besar kepada peratusan pembeli.

Dalam pemerhatian saya, tidak ramai Internet Marketer di Malaysia cuba menarik dan memfokuskan kepada pasaran kaum wanita. Kebanyakan produk yang diperkenalkan adalah bersifat kelakian. Haha.

Jangan salah faham, kelakian disini bukanlah bermaksud produk-produk tut, tut, tut sahaja. Maksud saya, produk bersifat kelakian adalah seperti ebook-ebook bisnes, produk permotoran dan automotif. Tetapi yang saya pasti yang banyaknya adalah produk berunsurkan internet marketing (yang pasti golongan lelaki lebih berminat ke arah ini).

Walaupun mungkin tidak ramai wanita yang menyukai bisnes seperti Kak Galadriel, Linn Comel, peserta-peserta seminar wanita kami especially yang masih single,hehe (gurau sahaja), adalah silap untuk mengenepikan wanita sebagai bakal pelanggan anda.

Sudah tiba masanya anda memikirkan wanita sebagai target pasaran anda seterusnya. Tidak semestinya produk-produk itu perlu bersifat feminin (seperti beg tangan, gelang, tudung, novel) tetapi anda boleh mengubah atau menambah baik strategi perniagaan internet anda agar lebih feminin friendly.

Contoh: En Irwan Dahnil ingin memperkenalkan produk SMS nya. Salah satu strategi perkhidmatan yang boleh ditawarkan adalah perkhidmatan SMS cinta (sebab cinta itu salah satu subjek yang menjadi pilihan popular wanita).

Contoh lagi: Kami akan memperkenalkan pakej feminin untuk pelanggan ecommercemastery.com. Dalam pakej hosting feminin itu, kami akan memberikan beberapa perkhidmatan berunsurkan feminin. Tunggu sahaja nanti.

Contoh lagi: Zul SmartUsaha. Tidak semestinya produk BloggingKits disasarkan kepada golongan yang ingin membina blog-blog bisnes. Ia mungkin boleh diubah suai untuk menjadi BloggingKits untuk suri rumah atau golongan wanita bekerjaya.

Nasihat saya, sebelum melompat mensasarkan wanita sebagai pelanggan anda, anda perlu bertanya kepada rakan-rakan wanita anda (termasuklah buah hati anda,haha), apakah kegemaran mereka apabila melayari internet.

Usha,usha (bahasa lain kepada melihat) rakan-rakan wanita anda, apakah yang menjadi buah mulut mereka apabila diinternet. Tanyalah apa sahaja soalan kepada mereka. Kenal pasti kehendak mereka.

Wanita adalah sebuah target pasaran yang besar selain lelaki. Jadi, lihat kembali produk-produk anda. Jika ia terlalu kelakian, selalunya golongan wanita tidak terlalu mengambil berat tentangnya.

Tetapi, jika ia memberi manfaat kepada mereka dan berciri-ciri feminin, pasti mereka bersedia untuk menyerahkan wang mereka kepada anda. Haha.

Baik, berikut beberapa kajian secara sekali imbas yang saya lakukan terhadap psikologi wanita. Untuk memastikan laman web anda menarik perhatian mereka, pastikan beberapa tips berikut dipatuhi:

Gunakan penggunaan warna yang lembut dan ala-ala feminin. Contoh adalah merah jambu.

Tonjolkan diri anda sebagai wanita (pemilik laman web itu -nanti, kami tidak suruh anda menjalani pembedahan jantina, cuma pemilik bersifat maya).

Jika anda masih berdegil untuk meletakkan diri anda sebenar dilaman web, pastikan jika ianya gambar, letakkan gambar sehabis jambu dan sehabis handsome.Haha. Hei,ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi.

Gunakan ayat-ayat yang tidak terlalu provokasi. Contohnya didalam email dan didalam sales letter laman web. Ayat-ayat provok selalunya disifatkan sebagai ciri-ciri seorang lelaki. Provokasi pun haruslah dalam batasan feminisme. Manusia boleh tahu gaya penulisan ayat anda itu seorang lelaki atau ditulis seorang wanita.

Penggunaan ayat-ayat kebocoran adalah diharamkan.

Yang masih avalaible (Bitol jangan jeles),
W.M.Syazwan

P/S: Jika anda mempunyai cadangan-cadangan konkrit untuk menarik golongan wanita membeli dilaman web, anda boleh memberitahu kami diruangan komen. Kami juga sedang membuat kajian tentangnya.