Salam Sejahtera Pembaca Budiman,

Pertamanya, cara saya menulis hari ini lebih terinfluence kepada cara saya menulis kepada protege-protege kami. Jika anda pernah terkena, anda akan tahu saya sangat direct, jujur dan berterus-terang dengan penerangan saya. Apa yang terlintas di fikiran saya dan saya rasa saya perlu luahkan, saya akan luahkan.

Saya tidak sempurna dan memang sering melakukan kesalahan, tetapi saya tidak suka berlakon terlebih tidak sempurna dan beralas-alas. Dramatik sangat.

Antara kunci partnership SaifulSham adalah,jika anda bertanya bagaimana kami boleh stay together bertahun-tahun, sedangkan banyak partnership perniagaan tidak kekal, Antaranya kami memahami bahawa, We Are Difficult People. Susah untuk memuaskan hati kami. Type A Personalities. Kami memang tak beralas-alas sesama kami. Saya akan selambanya mengatakan idea Syazwan tak boleh pakai, dan Syazwan dengan selamba yayanya mengatakan hasil kerja saya teruk. Dan anda boleh kira dengan sebelah tangan sahaja jumlah berapa kali kami bersetuju mengenai sesuatu perkara.

Biar saya dedahkan kepada anda:

Jika diikutkan saya, pasti perniagaan internet kami tidak akan ke mana-mana. Ketika baru bermula, kami bermula di laman lelongan. Saya cepat selesa. Nasib baik Syazwan memaksa saya untuk membina laman web ecommerce kami yang pertama. Jika tidak sudah pasti kami terkeluar dari arena perniagaan internet hari ini akibat saingan potong kepala di laman lelongan… :)

Malah sebab betapa stressnya paksaan Syazwan, saya pernah menyuarakan mahu menarik diri ketika itu! Saya terlalu selesa dengan apa yang kami telah ada. (Alangkah bodohnya saya jika saya menarik diri ketika itu kan?) Isy3… jadi pembaca yang dihormati, jika anda rasa anda mahu give up dan berhenti, jangan rasa anda seorang yang ada perasaan begitu. Saya pun seperti anda juga dahulu…

Begitu juga saya. Jika saya tidak memaksa Syazwan untuk terus menulis di SaifulSham ketika awal-awal dahulu ketika blog ini tiada pembaca, sudah tentu tiada nama Team SaifulSham dalam industri perniagaan internet Malaysia hari ini. Untuk pengetahuan anda, susah nak menyuruh Syazwan ni. Saya sudah memujuk tak jalan, meyakinkan pun tak jalan… Bahkan sehingga hari ini masih tersimpan di hati Syazwan untuk berhenti menulis di SaifulSham. Benar! Tak percaya, tanya dia sendiri… Nasib baik saya paksa juga.

Pendek kata, jika kami tidak saling paksa memaksa, susah menyusahkan antara satu sama lain… Anda mungkin tidak akan membaca blog ini pada hari ini. No pain, no gain orang putih kata.

Prinsip saya, jika idea itu baik, saya akan berusaha mencara kontranya supaya kita dapat gambaran dari semua perspektif dan SaifulSham tidak syok sendiri. Tidak guna jika kita saling puji memuji idea yang tidak cemerlang. Melainkan, kalau idea itu terlalu baik, barulah saya akan katakan ia baik. Alaa… mcm pengkritik tetap…

Jadi kepada protege-protege yang “terkena” ketelusan saya tu, saya pohon maaf banyak2. I’ve the best intention in mind for you. Itulah cara kami bekerja. No sugar coating. :) (saya baru selesai menulis beberapa siri emel panjang kepada protege-protege kami mengenai projek mereka)

Ok, cukup mengenai style kami. (Saya terpaksa brief sebab takut nanti ada protege-protege baru yang tak biasa akan ambil hati) :)

Hari ini saya hendak berkongsi senarai alumni-alumni Seminar RBDDI SaifulSham yang perlu anda perhatikan tahun 2007 kerana mereka bakal menggegarkan arena ini. Mereka ada “something” (tidak mengikut sebarang urutan)

  1. IbnuHassim @ En Farizal
  2. IbnuHassim atau nama sebenarnya En Farizal mempunyai hobi yang sangat menguntungkan dan berada di dalam niche yang terbukti telah dapat menjana pendapatan. Saya memberi sasaran peribadi kepada En Farizal untuk mendapatkan sekurang-kurangnya US$500 secara bulanan dari sebuah laman niche web beliau.

    Nampak seperti saya memberikan beliau target yang tidak ambitious, tetapi US$ 6000 setahun tidak sedikit… Ini pula adalah hasil dari antara 5 laman web pertama beliau sahaja… Jika beliau berjaya memaksimakan hasil dari sebuah laman web, beliau boleh menggunakan formula yang sama untuk melipatgandakan pendapatan sampingan beliau.

    Dan sudah tentunya, US$500 sebulan lebih baik dari majoriti kita yang hanya merancang dan terkial-kial untuk bermula. Tidak begitu?

  3. Syia @ Wan Syahirah
  4. Syia sudah memulakan serangan-serangan awal untuk projek terbaru beliau. Beliau mempunyai target peribadi untuk mendapatkan RM 1 juta dari Internet. Tetapi saya mengecilkan target tersebut lebih awal kepada beliau , RM 5000 sebulan at least dari business anda. Boleh Syia?

    (Antara penerima emel paling elaborate dari saya)

    Buat masa ini Syia masih lagi mencari direction buat business internetnya, tetapi yang bagusnya, beliau sudah ada target yang jelas dan lebih penting, mempunyai pendapatan sampingan tetap lebih RM 1000 sebulan dari Internet.

  5. En Irwan Dahnil
  6. En Irwan telah pun meletup dengan smswang beliau dan dijangka beliau akan terus meletup lagi. Beliau ada sesuatu untuk ditonjolkan kepada umum. Sebenarnya, saya ada satu emel yang saya nak hantar kepada En Irwan, tetapi tidak hantar2 lagi.

    Jika En Irwan ada membaca post ini, saya ada sedikit pesanan:

    “Saya dah baca post di blog Irwan dan mesej-mesej di VIP Lounge. Dah lama nak hantar emel, tapi tengah elaborate idea bagi panjang sikit. Insyaallah weekend ni saya hantar emel”

    Cuma buat En Irwan, jika beliau mahu kekalkan momentum SMSWang beliau, beliau kena cepat buat 2nd wave (seperti disharekan time Konvensyen) atau, mulakan taufan baru. RM XXXXX?

  7. Azhar Alias @ Fly Covers
  8. Haha… Saya respect Azhar sebab beliau ni bertindak dalam diam dan cukup pandai mengeratkan network. Saya percaya beliau pasti mempunyai project-project yang sedang bergerak dibelakang berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti “greasing the wheel” beliau.

    Apapun, saya suka attitudenya yang tidak pernah mengalah, humble dan pintar mencari peluang. Saya tidak sabar hendak tunggu projek terbaru beliau. ~Azhar, jangan kata tak ada… aku tahu ada punya tu…Aku tunggu ;) RM XXXXX?

  9. Kak Linn @ Linn Comel
  10. Saya gembira menerima laporan idea dari Kak Linn. Ia menandakan Kak Linn masih belum berputus asa. Insyaallah Kak Linn, kali ini jika diizinkan pasti Kak Linn boleh. Cuma, give your all out, projek Kak Linn bukanlah mudah, tidak mudah langsung untuk establish yourself, tetapi tidak mustahil. Keep persevering! Target saya untuk Kak Linn, at least RM 1000. (Boleh pergi lagi tinggi, tetapi kita letak target yang sederhana dulu)

  11. Kak Suhaila @ Gotcha Ideas
  12. Projek Kak Suhaila telah tertunda dari tahun lepas sebenarnya. Namun di konvensyen baru-baru ini Kak Suhaila telah memperbaharui azamnya dan pada tahun ini Kak Suhaila mempunyai lebih banyak masa untuk perniagaan internet beliau. Seperti Kak Linn, saya harap Kak Suhaila dan Kak Linn boleh buat “master mind group” untuk memastikan anda berdua mencapai target. Seems small, tapi saya letak target untuk Kak Suhaila pun RM 1000. Nampak kecil, tapi capai ini dahulu, lepas tu baru kita bercakap mengenai perkara yang lebih besar.

  13. Zul SmartUsaha @ Smart Zul
  14. Ini adalah tahun Zul mengumpul belanja kahwin beliau, hehe… dan Zul mesti bekerja dengan lebih keras. Mengikut Zul, tahun 2006 adalah tahun beliau yang boleh dikatakan berjaya, jadi tahun ini saya cabar Zul untuk double atau lebih pencapaian tahun 2006. Beliau memulakan tahun ini dengan sangat cemerlang dan momentum kecemerlangan beliau berterusan sehingga detik ini. Keep it up partner! Cuma pesanan saya kepada Zul. Hati-hati Zul, saya baru tersedar ada beberapa pesaing rapat dalam niche Zul.

  15. En Fauzul Naim Ishak
  16. Saya hampir terlupa. En Fauzul antara alumni yang paling awal memulakan projeknya tahun ini dan jika beliau terus mengekalkan gear tinggi, kemungkinan besar beliau boleh melakukan pelancaran dalam tempoh 90 hari dari sekarang. En Fauzul bukan pemain baru, beliau telah lama mempunyai kedai buku online di Malaysia dan saya percaya dengan pengalaman dan teknik yang betul, beliau boleh meletup. RM 2000 target saya kepada projek beliau.

Secara keseluruhannya, ada lagi beberapa orang alumni Seminar RBDDI SaifulSham yang mempunyai projek-projek mereka yang tidak saya senaraikan di sini. Contoh, En Anas, Bitol, Kak Galariel dan En Faisal Syok Kahwin. Tetapi mereka akan saya mention dalam kupasan lain pula. Ada topik lain… :)

Kepada alumni dan protege lain, teruskan berusaha, anda juga boleh berjaya. Apa yang membezakan anda dengan yang tersenarai ini adalah, mereka ini rare breed. Mereka tidak ragu-ragu dengan apa yang mereka mahu. They know what they want.

Dapatkan direction anda dulu mengenai apa yang anda mahu lakukan, dan segala-galanya akan jadi lebih mudah selepas itu.

Apapun tahniah kepada blog Gobala Krishnan, SaifulSham, SmartUsaha dan Irfan Khairi kerana tersenarai dalam senarai 50 blog paling berpengaruh di Malaysia. Walaupun bukan ranking rasmi, tetapi ia tetap boleh dijadikan gambaran kasar populariti blog-blog Malaysia. Terima kasih juga kepada Gaman dari Sabahan.com yang mengusahakan ranking tersebut. :)

All the best!

rahsia tips perniagaan internet