We need more young entrepreneurs
Hello pembaca SaifulSham,
Semasa saya muda-muda dahulu (sekarang pun muda lagi
), perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya, merebut tempat untuk belajar ke luar negara.
Saya sehabis pulun SPM semata-mata untuk ke luar negara. Seingat saya, saya menghabiskan sejumlah besar masa tidur dan bersengkang mata kerana saya ingin mengejar impian itu, universiti luar negara.
It sound really great apabila melihat senior-senior yang mendapat tempat ke UK, Australia dan berbagai-bagai lagi universiti diluar negara.
Tetapi saya menghadapi satu masalah, saya sekadar ingin cemerlang dalam SPM dan selepas itu, saya masih kabur bidang apa sebenarnya yang benar-benar kena dengan jiwa.
Kejuruteraan bukan dalam fikiran saya walaupun saya mengambil subjek Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Accounting nampak seakan menarik tetapi saya masih tidak jelas matlamat saya.
Selepas bertungkus lumus, akhirnya keputusan SPM adalah dalam jangkauan saya. Saya diterima untuk melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang kejuruteraan. Tetapi pada masa sama, saya juga diterima untuk belajar ke UTP, Tronoh (Toronto pun ok) juga dalam bidang kejuruteraan.
Akhirnya, saya memberanikan diri untuk kekal di Malaysia. Sebabnya? Rindukan famili, haha (anak mak).
————————————————————————————
Sebenarnya, kisah diatas adalah pemanas untuk cerita sebenar. Saya rasa, saya perlu bersuara setidak-tidaknya dalam blog ini.
Sepanjang 4 tahun diuniversiti, satu perkara yang saya rasa kekurangan pada mana-mana IPT adalah mengajar golongan pelajar untuk mengenal erti kekayaan dan wang, juga termasuk perniagaan.
Kita memang memerlukan jurutera untuk negara, kita memerlukan pakar IT, memerlukan bermacam lagi profesion. Tetapi, kita perlukan juga USAHAWAN!
USAHAWAN tidak semestinya lahir daripada golongan yang tidak habis belajar (itu zaman Lim Goh Tong), yang mengambil subjek bisnes atau yang berkaitan dengannya, tetapi perlu lahir dari pelbagai bidang.
USAHAWAN yang lahir daripada bidang kejuruteraan akan lebih tahu selok belok bisnes kejuruteraan kelak. USAHAWAN yang lahir daripada bidang perubatan akan lebih pakar dalam selok belok bisnes kesihatan dan ubat-ubatan.
Saya berikan contoh terbaik, Sabri. Beliau mengambil bidang IT di universiti. Beliau terlibat dalam perniagaan internet secara hands on semasa masih dalam tempoh pelajaran. Hari ini, Sabri boleh tersengih-sengih belajar subjek seperti e-commerce. Sampaikan beliau membantu ramai kawan-kawannya membina laman web (sesuatu yang ramai pelajar IT sendiri tidak berapa tahu buat).
Kelebihan Sabri adalah pengetahuannya melebihi apa yang ada dalam subjek-subjek IT kerana beliau usahawan internet yang secara langsung atau tidak langsung mengaplikasi ICT.
Saya berfikir kenapa rakan sebaya saya yang sama-sama cemerlang dalam SPM perlu belajar pandai-pandai dan berakhir sebagai seorang jurutera sahaja. Dan kita biarkan orang yang tidak habis belajar itu menjadi seorang usahawan. Mengapa tidak pelajar 8A,9A, 10A dihantar untuk belajar menjadi seorang usahawan.
Sedangkan, jika rakan sebaya saya mendapat pelajaran dalam keusahawanan, semestinya saya percaya mereka akan bertindak lebih baik daripada orang yang tidak habis belajar.
Pada satu masa, kita akan memberitahu ya, kita ingin melahirkan seorang pelajar yang mahir dalam semua bidang lapangan tetapi apa yang diterapkan dalam minda mereka tidak sebegitu.
Ikhlas dan jujur daripada saya. Sepanjang saya menjalani program latihan industri, saya berkawan dengan beberapa lepasan ijazah yang juga membuat latihan industri sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
Dalam tempoh itu, saban hari, sebelum memulakan kerja, mereka akan memasuki internet dan membuka akaun Jobstreet masing-masing untuk meminta kerja. Ada yang kecewa kerana berbulan-bulan tidak mendapat kerja. Ada yang memilih-milih tempat kerja.
Ada yang terus menunggu dan menunggu. Dan satu ketika saya bertanya, “Mengapa perlu menunggu, bukankah kerajaan banyak skim-skim untuk lepasan siswazah. Skim keusahawan, skim francais, skim peruncitan. Kenapa tidak cuba benda sebegitu?”
Jawapan mereka,”Kalau semua nak suruh jadi usahawan, siapa hendak jadi jurutera? Kalau semua nak jadi seperti kamu, tiada lagilah jurutera dalam negara ini!”
Jawapan itu membuatkan saya tidak berani menjawab. Tetapi saya tidak salahkan mereka. Mereka mungkin dididik dalam sebuah famili begitu, jadi menjadi usahawan ini adalah satu benda berisiko dan dielakkan oleh famili mereka.
Dan, sistem pendidikan diuniversiti mengajar mereka untuk menjadi jurutera semata-mata. Sebab itu mereka terus mengharap dan mengharap. Ya, benar, lambat laun mereka akan menjadi jurutera juga (selepas berpuluh-puluh kali menghantar resume).
Tetapi, saya berfikir, adalah sayang melihat mereka yang mempunyai otak geliga, yang pandai dalam matematik, yang boleh berfikir lebih baik daripada orang tidak bersekolah.
Akhirnya, kebijaksanaan mereka dibiarkan begitu sahaja. Mereka mungkin menjadi usahawan yang lebih baik jika diajar daripada peringkat pembelajaran lagi.
Sebab itulah, kita akan terus mendengar nama-nama usahawan berjaya daripada golongan yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. Dan orang yang mempunyai pendidikan tinggi pula akhirnya mungkin bekerja dengan syarikat milik usahawan yang tidak pernah bersekolah.
Entahlah, kadangkala, dunia ini pelik.
W.M.Syazwan


August 7th, 2007 at 9:39 am
Sepatutnya beri jawapan, “kalau semua nak jadi jurutera siapa pulak nak jadi usahawan”.
IPT sepatutnya mewajipkan sesiapa yang nak masuk bidang IT perlu menyertakan resume dalam website/ blog sendiri (minima). Kalau website/ blog pun tak pernah nak ambil tahu macam mana nak berkecimpung dalam bidang IT.
August 7th, 2007 at 11:39 am
those with low education have no choice.. dr dorang keja n dpt gaji yg sdikit.. baik dorang keja sdiri n get better income.
while those with high education have a choice.. n most of them choose to be secured.. for them.. watpe la nk pk untung rugi bniaga ni.. baik keja makan gaji.. lumayan gak
August 7th, 2007 at 11:42 am
pada saya, kita tak perlu tunggu peluang kerja datang, kita seharusnya gunakan segala sumber-sumber yang ada untuk buat kerja sendiri dan mendapat ganjaran wang daripadanya.
Dare to be different !
- shueqry -
August 7th, 2007 at 1:57 pm
Kebanyakkan dari kita takut nak tempuhi saat2 sukar,sbb bidang usahawan ni kalau jatuh, payah nak bangun, sakit pun ada,berisiko tinggi jugak. Tp semua tulah yg menampakkan kesungguhan dan ketabahan kita mengharungi reality kehidupan.Lagi satu saya rasakan, xsemua dianugerahkan skill2 usahawan, kalau xdianugerahkan tu, akan mengambil masa nk belajar, mungkin itu salah satu faktor kita memilih bekerja dgn org/syarikat sedangkan tidak semua pekerjaan tu secure, bila2 masa sahaja blh lingkup. Perkara mcm ni, ssh nk diduga. Yang penting kita terima realiti kehidupan…kadang kala di atas, kadang kala di bawah.
August 7th, 2007 at 9:00 pm
sebenarnya sistem pendidikan kita yang membuatkan keadaan jadi begini. sejujurnya, saya tak pernah terfikir langsung nak jadi usahawan sejak kecil sehinggalah saya hendak keluar kolej dahulu. sebab pendidikan kat malaysia sekarang adalah membentuk pekerja makan gaji.selain itu, orang sekeliling juga memeberikan pengaruh yang besar kepada kita. saya setuju dengan saudara, usahawan ni ramai yang diceburi oleh yang tidak berpendidikan tinggi. sehingga ia telah membuatkan masyarakat melabelkan usahawan ini untuk yang tak berpendidikan tinggi. sebab itu agak susah untuk melihat pelajar yang berpelajaran tinggi terlibat dalam bidang keusahawanan ini. saya fikir bukan sebab mereka tidak berani, tetapi pengaruh masyarakat sekeliling juga yang menjadi faktor penghalang mereka melibatkan diri dalam perniagaan ini.. kebiasaannya, bila dah berjaya dalam perniagaan, barulah orang sekeliling akan kurang memberi tekanan pada kita.
saya setuju juga tentang yang pakar harus menjadi usahawan. ini supaya perniagaan yang diwujudkan benar-benar mampu berjaya kerana usahawan itu sendiri memang pakar dalam bidang perniagaannya.
p/s: kalau orang cakap macam tu, saya akan katakan “ada,ramai sangat pelapis jurutera yang dikeluarkan universiti sekarang. masalahnya ramai yang susah nak dapat kerja.disinilah pentingnya usahawan kejuruteraan. bukankah ia lebih penting kerana mampu selesaikan masalah ini dengan lebih berkesan?siapa lagi yang lebih layak jadi usahawan kejuruteraan selain jurutera?
August 7th, 2007 at 9:55 pm
hahaha, kadang2 saya tergelak sorang diri bila tengok kengkawan saya belajar sungguh2…bukan salah, tapi kalu belajar sungguh2 hanya semate2 kerana peperiksaan..kemudian jadi hamba ( pekerja ) org lain pulak…ntah ler…
p/s: bab2 usahawan nih kekadang cam dipandang rendah oleh pljr2. cube try tanye budak2 sekolah menengah, nak jadi ape besar nanti. mesti jwb jurutera lah, doktor lah…nampak sangat tiada pendedahan kat situ..mungkin dipengaruhi kot
August 7th, 2007 at 11:07 pm
he,he..aku masa sekolah rendah lagi dah bercita-cita nak jadi usahawan….
setuju dengan tip hari ni dan pengomen2 lain.
hidup usahawan!
August 8th, 2007 at 12:46 am
hehe…cm kena batang idung sendiri plak…dulu pk nak mkn gaji je, jadi cikgu or keje gomen…tp pas terdedah ngn anasir-anasir jutawan internet ni, terbuka plak mata bila byk masa disia2kn dgn melayari internet tanpa faedah…
lg la sy ni takleh duduk bwh org…so keinginan untuk bekerja sendiri tu timbul gak…walaupun pada awalnya sy dipaksa untuk membaca buku SAIFULSHAM and IRFAN KHAIRI hehe…kena paksa gak tu…tp bila tgk $2.17 pertama sy mula semangat…walaupun lecture byk, assignment bertimbun tp post tetap sy dahulukn…
bukan pe pd sy ilmu tu byk, mcm2 yg kita tak tau, mcm2 ilmu yg kita tak timba lg…apa yg kita blajar kat U tu sikit sgt…kdg2 ada yg takkan gunakan ilmu tu…so apa salahnya rajin2kn diri belajar ilmu baru yg nanti bawa kebaikan kepada kita kemudian hari, klu kita berjaya kita juga boleh membantu org lain, bukan ke itu lg mulia…
psst! syazwan, org tak masuk U tak semestinya tak pandai tau! kdg diaorg lg pandai dari kita…maybe takde peluang je…hehe…
August 8th, 2007 at 2:44 am
Saya juga mengalami masalah yang sama dengan saudara Syazwan,belajar suatu masa dulu semata-mata nak mengejarkan ke negara orang.Tapi sampaikan saya masuk ke IPTS barulah saya sedar kecenderungan dan minat sebenar saya.Tapi apa boleh buat kalau bidang yang kita ambil ni tak serasi dengan minat sebenar kita.Takkan nak berenti separuh jalan.So,saya decide untuk teruskan dan habiskan jugak.Cuma mind set saya dah berubah.Kalau orang lain belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kerja yang bergaji lumayan,tapi saya bercita-cita nak membangunkan syarikat sendiri.Yang berlalu jangan di kenang masa hadapan biarlah cemerlang
August 8th, 2007 at 12:03 pm
betul tu..
August 8th, 2007 at 9:02 pm
Dulu mase sekolah rendah saye bercite-cite nak jadi pereka cipta ( inventor ), tapi bile di darjah 3 saye ade dengar cerite dari kawan saye, seorang doktor berhenti jadi doktor dan bekerja dari rumah menggunakan internet, kalau pergi pejabat pun just 2-3 kali seminggu. Say suke idea tu sebab ayah saye selalu takde dirumah sebab kene pergi out station. Dari situ saye tetapkan saye nak bekerja dari rumah…
Tapi, dari sekolah rendah, masuk sekolah menengah, sampai masuk U, saye tak nampak pun jalan untuk bekerja dari rumah, sampailah kejayaan Dr Irfan Khairi tersebar luas dan jalannye terbuka satu demi satu…
Memang betul cakap syazwan tu, kite perlukan lebih ramai usahawan…tapi saye tak berape senang ngan ayat nih..
“USAHAWAN tidak semestinya lahir daripada golongan yang tidak habis belajar (itu zaman Lim Goh Tong)”
saye sokong team saifulsham jadi contoh kepade mereka2 yang terpelajar, saye pernah belajar di UKM jurusan kejuruteraan mekanikal, tapi saya tinggalkan tanpa menghabiskannye. Saya bukan nak menggalakkan pelajar untuk meninggalkan pelajaran mereka, tetapi saye nak buktikan bahawa konsep keilmuan yang kite semua kejar hari ini dah terpesong dari yang sepatutnye. Ilmu itu luas tetapi masyarakat sekarang mendefinnisikan ilmu itu sebagai pelajaran akademik semata-mata, sedangkan ia hanya satu cabang kecil kepada ilmu…
kalau kite perhatikan, walau sebijak mane kite di Universiti, kite tidak diajar ilmu kekeluargaan, keibubapaan, kemasyarakatn yang semestinye kite perlu untuk menjalani kehidupan…seorang jurutera yang baik belum tentu seoarang suami dan bapa yang baik, sedangkan institusi keluarga itu penting dalam melahirkan generasi yang baik…kebanyakan ibu bapa sekarang terlalu memntingkan pelajaran anak2 sehingga mengabaikan aspek lain yang sepatutnye lebih penting…kalau idea belajar rajin2, masuk U, dan dapat pekerjaan yang baik, bantu keluarga itu betul, kenape masih ramai pelajar kite menganggur, kalau bekerja pun masih tersepit dalam perbelanjaan, nak hulur duit kat mak ayah pun tak mampu…sebenarnye kalau saye memilih untuk bekerja, saya boleh memperolehi gaji yang lebih tinggi dari lulusan Universiti hanya dengan menggunakan SPM sahaja.
maaf…dah terlalu panjang rasenye…fikir2 kanlah…
August 8th, 2007 at 9:07 pm
sedikit lagi sambungan…ape yang saye tulis diatas adalah untuk mengajak kita semua berfikir, kemana hala tuju generasi mase depan kite…kite yang sepatutnye membuat jalannye…kenape melayu masih mundur di tanah air sendiri, semua disebabkan mentaliti kite sendiri…marilah sama2 berubah dan menuju kearah melayu yang boleh berbangge dengan bangsenye…
August 9th, 2007 at 3:24 am
Eh. Biasalah tu. Masa aku kat kolej dulu pun camtu. Macam mana budak geology leh menang contest buat website dan hackers? BUdak2 IT dan Engineering semua dapat 2nd dan 3rd place.
Pelik aku masa tu. Kawan aku sendiri menang tu. Dan sejak itu. Bermula petualang aku di dunia internet ni..
August 15th, 2007 at 12:59 pm
masa dulu aku pun mcm budak2 tu, cuma carik keje dalam paper je, dan masa tu xmcm sekarang masih mudah nak carik keje, bole pilih2 hehe. lagi pun memang benar kebannyakan orang melayu didik supaya belajar pandai2 dan kemudian, dapat keje bagus.
Tetapi, apabila dah bekerja…dan terdedah dgn pelbagai pendedahan, baru ada terfikir…nak jadi usahawan. Pemikiran nak jadi usahawan ini sebenarnya perlu dipupuk dari kecik2 lagi. Tetapi walaupun dah rasa terlewat tapi masih belum terlambat untuk jadi usahawan.
August 18th, 2007 at 8:17 pm
terima kasih kerana kongsikan pengalaman anda
.. semakin bersemangat rasanya diri ini
November 29th, 2007 at 1:37 am
hai… mmm.. dah lama dengar pasal saiful hisham ni… akhirnya aku tersadai kat blog yang aku rasa plaing bagus kat malaysia ni.. bukan sebab design nya..tapi sebab info nya… so..balik pada topik.. aku kecik2 dulu bercita2 jadi posmen….
akhirnya tercapai jugak cita2 aku… iaitu menghantar produk yg di jual di internet menggunakan pos laju (jual DVD daaa)…. lebih kurang jer kan?
August 9th, 2008 at 3:57 pm
correct correct correct
saya seorang bekas jurutera mekanikal di sebuah syarikat perladangan terbesar didunia. dulu saya kerja 7am to 7pm, minimum hours. gaji RM4k dan diberi rumah banglo 5 bilik siap orang gaji + tukang kebun + jaga + kereta.
tapi saya resign 24jam selepas tak tahan rasa hina diri ini yang hanya menjadi kuli atau cacai shareholder yang takde ijazah pun.
belajar subject yang susah giler… heat transfer, mech design, fluid mechanic, strength of material, last2 jadi kuli. rasa tak berbaloi.
sekarang saya jadi full time ejen takaful-prudential. income takde limit, suka hati nak cuti bila2 pun. Most important for me is, have alot lot of time to spend with my family.
memang mula2 berenti rasa susah, rumah dah takde, tumpang rumah mak ayah. dengan duit saving sebanyak rm5k, kerja 3 tahun baru boleh simpan banyak ni)saya mulakan bisnes saya dengan lafaz bismillah dan laungan takbir.
Alhamdulillah,
selepas setahun,income dah sekali ganda income saya dulu. semuanya dengan izin ALLAH. Terima kasih kepada leader saya yg seorang bekas foreman EON(16 tahun keje gaji sebelum berenti RM1.5k). sekarang incomenya 10 kali ganda. Tiada daya upaya melainkan dengan izin ALLAH.