What If? Why? 2 Soalan Yang Akan Membantu Penulisan Salesletter Anda Menjadi Lebih Baik | Siri 2
Salam Hormat Pembaca Budiman,
pa juga yang anda buat, anda perlu pastikan anda melakukannya dengan bijak. Ada banyak sebab; saya beri satu sahaja.Apabila anda melakukan sesuatu dengan bijak (baca: bersebab), anda sebenarnya berkata kepada diri anda, saya buat XXX sesuatu kerana…
Apabila anda melakukan sesuatu dengan sebab (lebih bagus lagi jika sebab itu sebab yang mencabar minda dan kebolehan anda) anda cenderung untuk menjadi lebih baik.
Kenapa? Sebab apabila anda ada sebab (ada goal), apabila anda tidak capai goal anda, anda tidak akan jemu. Tetapi anda akan ubah sedikit demi sedikit sampai goal anda tercapai.
Sekarang anda tahu kenapa ramai usahawan internet baru berhenti selepas projek pertama mereka gagal kan? Mereka buat sesuatu just for the sake of doing it. No brain share is allocated to the detail.
Dari goal dan percubaan tidak pernah jemu inilah checklist SaifulSham untuk menulis salesletter ini terhasil. Apabila saya menulis, saya membayangkan dalam kepala saya apa reaksi pembaca ketika itu. Mari kita teruskan pelajaran menulis salesletter kita hari ini.
Untuk anda yang terlepas kelas pertama, anda boleh ikuti dahulu checklist terawal di post ini : Menulis Laman Web Jualan Yang Berkesan | Siri 1
Sambungan Checklist SaifulSham Mengenai Penulisan Laman Web Menjual Yang Berkesan
Menjawab Keraguan Pembaca
Anda baru sahaja membentangkan 5 benefits produk anda dalam checklist lepas. Pembaca sekarang berada dalam keadaan minda yang tertarik. Tetapi, akan ada juga golongan yang skeptikal di antara mereka.
Jika anda berterusan memberi sepuluh benefits produk anda, kemungkinan untuk mereka skip bahagian tersebut dan membaca dengan laju sangat tinggi.
Itu sebabnya, cukup untuk anda memberi sekadar 5-6. Untuk menimbulkan emosi banyak, tetapi tidak terlalu banyak. Jadi setiap point dalam peneragan faedah produk tadi akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Selepas anda memberikan faedah, anda cuba selami pemikiran pembaca salesletter tersebut. Jika mereka skeptikal, apakah soalan yang mungkin mereka akan tanyakan. Jawab soalan ini.
Dengan menjawab soalan ini, anda menghapuskan dan merobohkan tembok defensif pembeli. Anda tidak memberi sebab langsung kepada pembaca untuk meragui anda.Apabila mereka tidak mempunyai sebab untuk meragui anda, mereka akan mencari sebab lain.
Apabila mereka cuba untuk mencari sebab lain, apa akan mereka lakukan?
Mereka akan baca perenggan seterusnya! (exactly apa yang kita mahu)
*Ini untuk convert pembaca di atas pagar. Pembaca yang memang telah berminat dan berjaya diyakinkan oleh anda akan terus membaca sampai habis apa yang anda tulis tanpa soal.
Lagi Keistimewaan (Benefits) Produk
Dalam checklist lepas dan sedikit di pendahuluan point di atas saya ada menyebut. Ringkaskan keistimewaan produk. Kenapa?
Kerana kita akan buat satu lagi seksyen untuk mengenengahkan keistimewaan produk kita.
Point yang berbeza tetapi elemennya sama. Pastikan panjangnya juga lebih kurang sama. 4-5 point.
Mengapa?
Sehingga ke tahap ini, anda telah membina nilai produk anda (value) dalam minda pembaca dan merobohkan tentangan mereka.
Tetapi sebelum anda close the sale dan meminta mereka untuk membeli, ada satu perkara yang perlu anda lakukan.
Melebihi expectation mereka.
Ini fungsi benefits ini.
Ia juga penting untuk mengurangkan peratus, shopping cart abandonment. Atau dalam bahasa Melayu yang lebih mudah, pelanggan yang bertukar fikiran selepas mereka membuat keputusan untuk membeli.
Jadi kita kena meletakkan pelanggan kita dalam keadaan excited (ghairah) untuk membeli.
Call To Action
Inilah proses di mana kebanyakan pembaca salesletter anda akan berhenti membaca.
Minta pelanggan beli sekarang kerana? Beri mereka sebab. Mungkin kerana ada bonus terhad kepada XX bilangan pembeli. Atau kerana bonus terhad jika di beli minggu ini dan sebagainya.
Juga telah terbukti dapat meningkatkan conversion, letakkan logo-logo yang boleh dipercayai umum. Seperti logo Bank, Visa, Mastercard (apa sahaja jika berkenaan)
Guna perkataan seperti “Beli Sekarang”, “Download Sekarang”, “Daftar Sekarang” dan sebagainya.
Kenapa?
Pernah tak anda melayari internet, tiba-tiba anda berada di sesuatu laman web tanpa anda sedari dan anda lupa bagaimana anda boleh berada di sana? Dengan kata lain kita terleka.
Kita mahu mengelakkan perkara yang sama dengan pembaca salesletter kita.
Kita tidak mahu tiba-tiba mereka ada di page pembayaran tanpa mereka sedari (terleka membaca salesletter yang menarik), kerana sudah tentu mereka akan tutup page pembayaran tersebut serta merta.
Dengan adanya call to action, mereka akan “tersedar” dan akan bertanya. Eh, eh… “daftar apa ni?” Dan mereka akan scroll ke atas sedikit untuk mendapatkan maklumat apa yang mereka akan daftar.
Debrief Mengenai Penulisan Surat Jualan Yang Berkesan
Sehingga ke tahap ini, anda telahpun mempunyai rangka sebuah sales letter yang hebat. Ia cukup hebat untuk membuatkan orang yang berada di atas pagar dan orang yang berminat untuk membeli.
Tetapi, ia belum cukup hebat untuk orang yang skeptikal tertarik. Dalam episod terakhir selepas ini, saya akan berikan pula beberapa killer points untuk membolehkan orang yang skeptikal pun tertarik untuk membeli dari laman web anda.
Bonus Mengejutkan Diri Sendiri!
Ketika menulis post ini, saya membuat keputusan akan memberikan sebuah bonus yang sangat berharga kepada pembaca SaifulSham (khususnya siri ini)
Saya pun terkejut dengan keputusan saya ini. Cuma yang dapat saya katakan, bonus tersebut bukan Ebook, tetapi lebih berharga dari itu. Oh ya, bukan juga audio atau video dan adik beradiknya.
Saya juga belum decide bagaimana untuk memilih pemenangnya. (oh ya, bilangan pemenangnya terhad). Post seterusnya, hari Ahad! (Maaf memang tidak dapat nak disegerakan sebab esok saya ada test, Jumaat saya di KLIA, Sabtu saya di KL, Ahad baru saya di Tronoh kembali)
Stay tune!
Sabri


September 21st, 2007 at 12:12 pm
Ada bonus plak ye..Biasanya orang guna konsep AIDA dan KISS dalam sales letter.. Saya lebih biasa guna AIDA..:)
March 11th, 2008 at 3:25 pm
[...] Tips Menulis Killer Salesletter 2 [...]
February 4th, 2009 at 9:08 am
Setiap kali nak buat salesletter baru atau nak review salesletter yang ada for improvement, posting ni lah yang selalu akak cari balik
Thanks a lot for this great tips Sabri!