Salam Hormat Pembaca Budiman,

Jeng, jeng, jeng. Pilihan raya umum di Malaysia sudah tiba. Walaupun pilihan raya memang secara semula jadinya “berwarna-warni”, tetapi bukan warna itu maksud saya.

Post saya hari ini, tahukah anda warna apa yang sebenarnya paling baik dan paling tepat untuk digunakan di laman web anda? (sebarang kening yang terangkat harap dimaafi, tiada gimik di sini. 100% business :) )

Biasanya kita meletakkan pilihan warna di laman web kita berdasarkan beberapa kriteria:

  1. Warna kegemaran kita
  2. Warna yang masuk dengan design kita
  3. Warna kegemaran designer kita
  4. Warna yang kita rasa dapat “psycho” pelawat untuk membeli
  5. Warna yang kita rasa pelawat kita suka

Antara warna yang popular adalah Merah, Oren, Merah Jambu dan Biru.

Warna-warna yang selalu dipilih oleh usahawan internet pada hari ini sebenarnya adalah, warna “orang muda”.Begitu juga dengan design-design dan rekaan laman web 2.0 pada hari ini, kebanyakannya adalah selera orang muda (bawah 40 tahun).

Generasi yang sudah berusia, mereka lebih gemarkan laman web yang berwarna natural dan neutral. (cuba anda lihat laman web-laman web akhbar seperti Bharian.com.my & Utusan.com.my dan tidak lupa, laman web kerajaan Malaysia)

Saya tersedar hakikat ini dalam perbincangan di dalam kelas “Ecommerce” saya. Setiap segmen pelawat mempunyai warna tersendiri yang mereka minati. Begitu juga dengan citarasa pelawat lelaki dan wanita.

ColorWheel1

Untuk menentukan warna apa yang paling sesuai untuk laman web anda, saya tidak dapat memberi cadangan konkrit kerana anda yang paling tahu mengenai laman web anda. Cuma, saya ada beberapa idea untuk dikongsi supaya anda dapat memilih warna yang tepat.

  • Jika laman web anda untuk orang yang lebih tua (seperti laman web ehem2..), anda boleh cuba menggunakan warna yang lebih lembut.
  • Jika laman web anda untuk orang muda yang “happening”, anda boleh menggunakan warna web 2.0 (terang, shiny and glossy)
  • Jika laman web anda untuk semua golongan, saya cadangkan gunakan kombinasi yang sesuai. Tetapi, utamakan warna yang neutral. Warna yang garang-garang diselitkan di dalam banner untuk menampakkan laman web yang hidup.

Apapun warna pilihan anda, cuma satu perkara yang anda perlu ingat. Jangan sekali-sekali memilih warna laman web kerana anda sukakan warna itu. Pilih warna tersebut kerana pelawat kita suka.

Tips kedua terakhir dari saya, jangan biarkan designer laman web anda memilih warna untuk anda. (contoh: “Ikut suka Enciklah, Encik lebih pakar”). Sebab ini akan menyusahkan mereka dan juga anda. Pengalaman kami sebagai pelanggan dan juga designer, lebih mudah dan lebih tepat hasil yang diingini jika warna tersebut dipilih oleh orang itu sendiri. Jangan bimbang dengan kebolehan mereka,.biasanya hampir semua designer yang saya kenal lebih suka pelanggan menetapkan apa yang mereka mahu. Mereka pasti boleh!

Tips terakhir dari saya, jangan kisah jika laman web anda tidak cantik. Ia subjektif. Kebelakangan ini, saya kerap menerima emel meminta saya tolong recommendkan designer dan juga usahawan internet yang putus harap kerana laman web mereka tidak cantik.

Apabila saya lihat laman web mereka, sebenarnya okay sahaja. Bagi saya free, saya mahu lah.

Satu falasi dalam perniagaan internet, kita suka laman web yang cantik. Itu salah. Pertamanya, jika laman web itu cantik sahaja, tetapi tidak menarik orang untuk beli, terlalu banyak gambar sehingga lambat dibuka, terlalu banyak “plugin” tambahan sehingga ada bahagian yang tidak berfungsi, tidak guna juga.

Lagipun, kejayaan sesebuah laman web terletak pada kualiti dan promosinya, bukan design. Lagipun yang lebih penting, cantik pada mata anda, belum tentu cantik pada mata orang lain. Tidak cantik pada mata anda, mungkin cantik pada mata orang lain.

Cukuplah laman web anda kemas dan teratur. Ia sudah boleh menjalankan 80% dari tugasnya!

Selamat Berjaya

Sabri