Hello pembaca SaifulSham,

Satu perkara yang cukup saya benci apabila diberitahu, “Antara paling ramai penghuni neraka adalah orang kaya”.

Dan paling tidak menariknya, ucapan ini diucapkan oleh sebilangan rakan yang rapat dengan saya. Saya bukanlah seorang malaikat untuk menafikan kata-kata mereka (walaupun jika saya tahu ia benar) tetapi kata-kata seperti ini yang sepatutnya dijadikan ikhtibar ditukarbalikkan maksudnya kepada sesuatu yang negatif oleh mereka.

Ada pula memberitahu saya, “Apabila anda mencecah umur 40, jangan terlalu ghairah untuk menambah harta” (apa ni, siapa yang bagi nasihat macam ni?)

Walaupun saya geram, saya tahu, jika saya membalas kata-kata mereka, perkara ini tidak akan selesai. Jalan terbaik adalah dengan menyelidik, siapa mereka ini. Maka, saya selidik latar belakang kalangan rakan saya.

Dalam kajian saya, keputusannya bukanlah sesuatu mengejutkan. Keputusannya sama seperti yang tertulis dalam buku-buku kewangan yang pernah saya baca. Keputusannya sama seperti yang selalu diujar bapa saya.

Dalam kaji selidik saya, antara punca mereka berfikiran terlalu negatif dengan kekayaan adalah:
1) Keluarga
2) Pengetahuan Kewangan
3) Keadaan sekeliling
4) Media
5) Ada siapa mahu tambah faktor? Boleh tulis diruangan komen.

Baiklah, mari kita lihat bagaimana faktor ini mempengaruhi tahap ketakutan seseorang terhadap menjadi kaya.

Keluarga:
Ramai orang yang terlalu berfikir negatif dengan makna kaya kerana didikan keluarga sejak kecil. Daripada moyang, atuk, ibu bapa, saudara mara semuanya memberitahu bahawa kekayaan bukan segala-galanya.

Keluarga sejak kecil memberitahu tentang kerosakan nilai keluarga apabila menjadi kaya. Ditambah lagi, mereka melihat sesetengah keluarga mereka yang “kaya” hidup dalam kucar-kacir.

Walhal, sesetengah keluarga mereka itu tidak kaya pun. Disebabkan sesetengah keluarga mereka yang kucar-kacir ini memakai kereta mewah (pinjam duit bank), rumah besar (rumah pun hutang), berpakaian jenama (tidak ada langsung duit simpanan), maka mereka menanggap, inilah sebenarnya akibat menjadi kaya.

Pengetahuan kewangan:
Kebanyakan orang yang negatif ini tidak pernah membaca walau satupun buku mengenai kewangan. Disebabkan mereka dilahirkan dalam keluarga yang tidak mementingkan kekayaan untuk mencapai kesenangan hidup, hampir tidak ada seorang guru yang mengajar mereka tentang kewangan.

Mereka hanya tahu cerita kewangan daripada kawan-kawan (yang turut sama macam mereka). Mereka hanya tahu mengenai kewangan daripada cerita ngeri kawan-kawan yang join swisscash, main saham hentam rono, dan buat bisnes tanpa pelan.

Jadi, mereka berfikir, tidak ada cara baik menjadi kaya. Cara terbaik menjadi kaya memerlukan anda menjadi seorang yang jahat dan syaitan. Anda perlu menipu hingga bermusuhan sesama manusia untuk kaya.

Guru kewangan mereka adalah orang yang tidak pernah berjaya pun dalam kewangan. Sebab itu saya tidak hairan jika mereka memberitahu..

“Jangan ghairah mencari kekayaan apabila mencecah umur 40tahun”.

Apabila saya bertanya, “Kau tahu ke macam mana orang kaya menjadi kaya. Kau tahu tak konsep passive income? Kau tahu tak, bila dah banyak passive income, kekayaan kau bertambah tanpa perlu kau kerja siang malam? Jadi, tok guru mana mengajar anda untuk tidak ghairah menambah kekayaan apabila umur 40 tahun”

Mereka diam. “Alaa, tu orang otak bisnes macam kau cakap macam itu”

“Habis tu, kau dengar nasihat daripada siapa? Kalau kau dengar daripada satu belah pihak (orang yang benci kekayaan), aku tak heran kau cakap begitu”

Keadaan sekeliling:
Berkawan dengan orang negatif tentang kekayaan, akan menyebabkan kita berfikir seseorang yang kaya adalah seseorang yang sudah sah hidupnya di neraka.

Jadi, cara terbaik untuk masuk syurga adalah dengan tidak menjadi kaya (macam itukah maksud mereka?)

Media:
Hampir kebanyakan cerita drama Melayu membabitkan perebutan harta dan kuasa dan perkara itu terjadi kepada hampir semua orang kaya (dalam drama, filem melayu). Jadi secara tidak langsung ia mempengaruhi sebilangan masyarakat Melayu bersikap negatif terhadap kekayaan.

Dikala kita takut untuk menjadi kaya (sebab takut kononnya merosakkan keluarga), bangsa lain terus membina kekayaan dan membiarkan kita terus dengan khayalan kita.

———————————————————————

Apa yang pasti, saya hanya ada satu jawapan untuk golongan seperti ini. Sebab saya tahu rakan saya dalam kategori ini adalah jenis “job security”, maka saya memberitahu mereka…

“Oklah, kalaulah terlalu jahat benar orang kaya pada pandangan kau, lepas graduasi jangan cari kerja. Ok?”

“Kenapa?” tanya rakan saya.

“Sebab kau mungkin akan kerja dengan syarikat-syarikat multinasional, dan kebanyakan daripada syarikat ini dimiliki orang kaya. Disebabkan orang kaya bagi kau terlalu jahat, jangan kerja untuk mereka”

“Carilah kerja di syarikat yang miskin dan papa kedana sebab mereka semuanya baik dan akan dijanjikan syurga”.

Saya tahu mereka semua ingin kerja di tempat high class, bergaji besar dan selesa. Jadi, adalah mustahil syarikat tempat kerja sebegitu dimiliki oleh orang miskin.

End of story.

W.M.Syazwan

——————————————-
Seminar Pelaburan Tanah Percuma esok. Jangan lepaskan peluang anda untuk menambah pengetahuan mengenai pelaburan tanah.

Tarikh: 9 Februari 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Makan dan minum disediakan.
Tempat: Pejabat UrusHartanah.com, Kota Bharu
Sahkan kehadiran anda dengan menghantar SMS ke 019-9170696.

pejabat urushartanah