Anda Suka Berniaga Atau Suka Duit?
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Wah, sudah lama saya tidak update!
Proses penyusunan semula SaifulSham berjalan dengan sangat baik dan dalam rate yang selesa. Syazwan yang selalu melakukan posting pun sebenarnya sekarang berada di China atas urusan bisnes. (dia tidak umumkan di SaifulSham pun ya? sungguh berlawanan dengan tabiat biasanya…hehe
)
Sekarang ini kerajaan mengalakkan semua rakyatnya berniaga untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Dan ia satu cadangan yang baik. Namun, anda kena tahu, berniaga tidak semestinya memberi pendapatan tambahan. Kadang-kadang (dan kerap juga) ia akan “mendefisitkan” pendapatan anda. Bisnes bukanlah jaminan untuk mendapatkan pendapatan tambahan.
Jadi anda kena berhati-hati apabila hendak mula berniaga.
Saya cadangkan, mereka yang mahu mula berniaga untuk mendapatkan pendapatan tambahan, tanya soalan ini kepada diri sendiri untuk mengelakkan bencana di kemudian hari;
Anda suka berniaga atau suka duit?
Saya tahu, ada orang suka kedua-duanya. Saya pun.
Tak ada masalah. Cuma kalau ada orang tak suka menjual, tapi orang itu suka duit ada masalah. Mungkin dalam masa pendek ok, tetapi jangka sederhana atau panjang pasti problem. Apa bezanya;
Jika Anda Suka Berniaga;
Orang yang suka berniaga; bila dia untung RM 2k, dia akan gunakan sebahagian darinya untuk melabur dalam dirinya sendiri (tambah ilmu) atau melabur dalam bisnesnya (menambah baik).
Jika Anda Suka Duit;
Orang yang suka duit, bila dia untung RM 2k, dia akan gunakan semuanya untuk beli handphone baru, atau downpayment kereta (loan 9 tahun of course).
Kalau anda yang jenis kedua, hati-hati. Saya cadangkan, untuk pendapatan tambahan lebih baik anda bekerja sambilan dulu dengan orang yang suka berniaga dan lihat sama ada berniaga ini sesuai untuk anda atau tidak. Jika ia bukan untuk anda, teruskan bekerja sambilan.
Ada orang akan menjeling saya kerana tidak mengalakkan orang ramai berniaga, tetapi saya realistik dan praktikal.
Ingat, bisnes ni pedang dua mata. Ke kiri dia makan, ke kanan pun dia makan.
Selamat Berfikir!
Sabri HA,
Realist


June 26th, 2008 at 7:20 pm
aku suka dua-dua. Tapi lebih kepada niaga. Duit mesti labur kat tempat2 yang sepatutnya.
June 26th, 2008 at 7:40 pm
perniagaan bukan utk semua org.. walaupun semua org skarang berusaha utk meniaga demi wang lebih..
ilmu & bina pengalaman itu penting =)
June 26th, 2008 at 8:59 pm
Pembaca Saifulsham sekalian,
Jika ingin berniaga, jangan letakkan wang sebagai matlamat utama…(walaupun tujuan utama berniaga adalah untuk dapatkan keuntungan wang!)
Sebaliknya, letakkannya sebagai perkara No.2…
Ini kerana jika anda jadikannya sebagai keutamaan, anda akan cepat kecewa dan putus asa apabila usaha permulaan anda tidak mendatangkan hasil…
Salam kekayaan,
THINKERICH
Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
June 27th, 2008 at 11:23 am
meniaga memang bagus, ia mmg di galakkan. tetapi bukan semua orang boleh berniaga, ada yang pandai bekerja, itu ini semua boleh buat tetapi bila berniaga gagal. ada orang xpandai sgt, tetapi berjaya dlm perniagaan.
oleh itu, sesiapa yang ada minat nak berniaga. tentukan dimana kedudukan anda dahulu. kenal pasti kelemahan dan kelebihan anda.
selamat berniaga!
June 27th, 2008 at 2:21 pm
Hmm..saya suka berniaga..sebab kalau berniaga ni, walau sepenat manapun kita,kita tak akan rasa penat dan susah.
Lagipun,kalau kita dah minat,duit tu akan datang dengan sendirinya
June 27th, 2008 at 6:20 pm
Perniagaan sinonim dengan duit.
Namun, yang paling penting adalah
matlamat akhir yang kita hendak kecapi
iaitu perasaan seperti kepuasan dan gembira.
Bila kita memahami konsep perniagaan, kita
akan fokuskan usaha kita kepada 3 bahagian
utama.
1)Matlamat
2)Proses
3)Duit
Duit hanyalah alat pengukur usaha dan status
pernigaan kita.
Donald Trump tidak akan dikatakan berjaya
kalau pendapatan dia sebulan hanya 4 angka.
Cari kepuasan di dalam perniagaan anda dan
gunakan duit sebagai alat pengukur kejayaan
anda.
Hazwan
June 28th, 2008 at 4:26 am
Duit, duit, duit..
Duit hanyalah ilusi sahaja..
Yang hakiki ialah, “destinasi”
Jika duit dijadikan matlamat dalam perniagaan
Mudah lah untuk kita mengundur diri daripada perjuangan ini sebelum sempat sampai ke destinasi.
Tapi, jika kita tahu ke mana destinasi yang hendak dituju,
walau apa pun rintangan dan cobaan yang datang melanda,
kita akan tetap redahinya juga…
redah, redah, dan redah
Akhirnya..berkat kesabaran dan ketabahan
sampai jugalah kita ke destinasi sebenar
Jangan tertipu dengan godaan ilusi, kelak ia boleh memakan diri.
Binalah “destinasi impian” anda sebelum memulakan perjalanan yang panjang ini.
Jika tidak, perjalanan yang menagih bannyak pengorbanan ini akan menjadi sia-sia sahaja.
p/s: Apa khabar, Sabri? Lama tak nampak..
June 28th, 2008 at 9:56 am
Info yg menarik. Apabila ditanya kepada rakan saya yg dapat VSS, apa nak buat lepas ni? dia jawap nak bisnes. boleh dikatakan semua yg ambil VSS nak bisnes lepas tu.
Memang ada yg berbakat berbisnes, ada yg hanya jadi pak turut dan ada yg terpaksa…
info yg sdr. Sabri berikan memang “TIP TOP”
terima kasih.
June 28th, 2008 at 8:09 pm
Betul tu.. ramai yang tersungkur kerana berniaga semata2 kerana duit..
Pengalaman penting.. Wah syazwan ke Cina ye.. Boleh suruh dia kirim salam ngan Jet Li..
June 29th, 2008 at 2:13 am
wah2…siap pegi ke china tu…..
niaga ni kena ade minat..kalo xde minat….separuh jalan je…
walau pun untung kecik tp kite teruskan…
sampai berjaye..
July 1st, 2008 at 1:00 pm
wah…..betoi la…… Kalo minat duit just wat sesuatu reja dpt jer untung Joli katak.. Hmm.. Nice sharing bro.. Thanks.. Bnyk yg perlu dipelajari dari otai2 nie..
July 1st, 2008 at 2:12 pm
Teringat kata-kata Puan Ainon Mohd, “Saudara hendak berbisnes, saudara mesti minat duit.”
July 1st, 2008 at 3:42 pm
hmm perbezaan yang tak pertah terlintas kat kepala…
July 22nd, 2008 at 11:47 am
yang penting kita puas melakukan sesuatu.
September 21st, 2008 at 1:35 pm
ak suke dua2..
berniaga & duit..
saling bergantungan..
cita2 ku menjadik peniaga harapan di daerah kulai
dan iskandar malaysia.. amieen hehe
December 9th, 2008 at 1:21 pm
Emm, aku pun suka suka dua2..
tp bab kata IK, jika ada duit lebih, labur lah 3% untuk ilmu..hehe
Adios,
Kerja Sambilan
December 28th, 2008 at 10:56 pm
Nak berniaga kena minat dengan apa yang kita niaga. Walaupun permulaan rugi, kita belajar dari kegagalan untuk menambahkan kekuatan. Bila kita berjaya ia memberi kepuasan yang sukar digambarkan. Kalau tak tahu apa nak niaga @ modal sikit sertai penjualan produk makanan kami.
April 12th, 2009 at 11:10 pm
berniaga utk money money! =p tapi banyak cara nak dpt duit, just bisnes neh mcm satu cara yang digunakan sebab minat
September 2nd, 2009 at 12:26 pm
Allah telah mengatakan 9/10 rezeki adalah berniaga. Yang selebihnya kerja makan gaji. Kos sara hidup dan keperluan semakin meningkat.
Gaji kerja kerajaan bukan x untung cuma tidak mencukupi. Saya sendiri merasainya..tapi Alhamdulillah setelah menceburkan diri dalam perniagaan Hai-O (sama macam iklan Hai-o), semua keperluan saya dapat sediakan dan lebih dari mencukupi.
Sebelum ni saya tidak pernah berniaga apa-apa pun.Zero dan x ada pengalaman tapi saya berniaga sebagai sampingan untuk menaikkan taraf hidup dan bantu keluarga .
Kerana saya percaya, Allah sentiasa memberi rezeki pada manusia cuma kita yang perlu berusaha
December 11th, 2009 at 10:04 pm
siapa x suka duit bro…
dgn berniaga brau dapat duit..
hehe…