Salam Hormat Pembaca Budiman,

Pertamanya, selamat berpuasa! :)

Kebanyakan pembaca SaifulSham adalah usahawan ataupun mereka yang berjiwa usahawan. Dan kebanyakan usahawan, baik usahawan internet ataupun tidak mereka ada satu persamaan. Personaliti Type A.

Jika di zaman persekolahan dulu anda ada ambil ujian personaliti, saya percaya kebanyakan anda adalah Type A. (jika belum ambil, kenen2 lah mana-mana kaunselor sekolah/uni. yang anda kenal, mengenali kelemahan dan kekuatan diri banyak gunanya) atau di link ini (mungkin tidak setepat ujian offline)

Satu trait personaliti type A, (ada banyak lagi yang lain) adalah strong minded. Very independent. Dia adalah seorang yang sering berjaya dan berjaya dengan caranya yang tersendiri (macam Dr. M).

Apabila begitu, personaliti dengan type A ini tidak suka dengar cakap orang. Bila dia yakin dia boleh melakukan sesuatu, dia akan buat. Selalunya dia akan berjaya. Jika gagal, itu adalah pengalaman berharga beliau. Mendengar dan mengikut cakap orang kadang-kadang membuatkan personaliti type A ini hidup terseksa. (imagine orang yang suka buat bisnes sendiri kena kerja overtime dan di arah-arah bos. Nak berhenti tak boleh). Selagi dia tak ikut kemahuan dan keputusan dia sendiri dia tidak akan tenang.

Info Tid Bits Hari Ini (bagi yang kebanyakannya personaliti A): Setiap orang ada cita-cita masing-masing. Apa cita-cita anda? Jangan letakkan cita-cita orang lain sebagai cita-cita anda.

dvs139267

Kenapa Anda Memulakan Perniagaan Internet?

Ada orang untuk financial freedom.

Ada orang untuk multiple stream income.

Ada orang sebab tak nak kerja sendiri.

Ada orang untuk income replacement.

Ada orang nak spend time lebih dengan orang tersayang.

Ada orang, sebagai batu loncatan to achieve something more dari sekadar menjana pendapatan di Internet.

Dan walaupun mungkin ada yang terkejut, rupanya orang yang memulakan perniagaan internet ada cita-cita berbeza, tetapi itu hakikatnya. Kebanyakan mereka yang sudah berusia, target mereka sudah semestinya berbeza dengan mereka yang baru beranak dua dan sudah tentu lebih jauh berbeza dari seorang mahasiswa. So, support each other, and work on your own dreams. Usahawan sahaja yang memahami usahawan, jadi jangan buang masa dengan perkara-perkara remeh.

Dan yang lebih penting, setiap target ada cara dan jalannya yang tersendiri. Ketahui jalan anda dan go all the way.

Go get them, tiger!

 

Sabri
Why?