Apabila nilai wang anda merosot…
Pada waktu ketika ini, satu dunia heboh dengan krisis beras. Semua orang ingin bercakap tentang kenaikan harga makanan ruji penduduk Asia itu tidak terkecuali Malaysia.
Sehinggakanlah kerajaan terpaksa membuat pelan kecemasan seperti membuka kawasan tanaman padi baru di Sarawak dan Sabah.
Semua keadaan di atas menunjukkan bahawa kuasa belian yang dimiliki anda semakin hari semakin merosot. Jika dahulu nasi kosong sepinggan berharga RM0.50 tetapi kini harganya mungkin RM1.00 sepinggan.
Apabila keadaaan ini terjadi, apakah kita perlu menekan butang kecemasan dengan meminta pihak kerajaan atau swasta menaikkan gaji? Pada saya, ini bukan jalan penyelesaian.
Dalam keadaan hari ini, berjimat memang bagus tetapi semakin hari, orang yang berjimat semata-mata akan turut mengalami kesan buruk. (Orang yang boros lagilah, mungkin boleh jadi muflis)
Keadaan ketika ini menunjukkan wajibnya anda melengkapkan diri dengan pengetahuan kewangan . Pada saya, selepas menunaikan tanggungjawab pada agama, perkara kedua yang paling utama dalam hidup adalah mencari wang untuk meneruskan hidup dan kelangsungan kebahagiaan.
Berhentilah berseronok semata-mata. Walaupun saya pun tengok AF untuk melepaskan tekanan pelajaran (alamak terlebih sudah!), tetapi saya melihat betapa ruginya orang yang hanya tahu berseronok sahaja dalam hidup. Lambakan hiburan yang melampau akan menyebabkan masyarakat akan lari daripada masalah sebenar, iaitu kewangan yang semakin menghimpit.
Janganlah meletakkan kerajaan semata-mata untuk menyelesaikan masalah kewangan anda. Jika anda tahu anda sudah semakin sesak, cepat-cepatlah sedar bahawa anda sedang berada pada garisan merah. Anda perlu cepat bangkit dan mula belajar tentang kewangan.
Pembelajaran kewangan bukan hanya merangkumi cara untuk berjimat wang tetapi bagaimana menguruskan dan membiakkannya.
Berhentilah lari daripada masalah kewangan. Ramai orang apabila berhutang menghilangkan diri. Ada yang membuat hutang apabila mengetahui pendapatan semasa tidak mampu menampung perbelanjaan.
Saya menyeru perkara ini bukanlah niat untuk memberi gambaran negatif tetapi di universiti saya inipun, saya sudah melihat ramai rakan saya yang sudah membuat hutang. Situasi ini jika tidak ditangani, akan dibawa di alam pekerjaan.
Saya tahu kudis dalam masyarakat ini sudah semakin parah. Sebagai contohnya, bapa saya walaupun pada saya berpengetahuan tinggi dalam kewangan pernah menjadi penjamin kepada saudaranya untuk meminjam wang di bank. Di akhirnya, saudaranya tidak membayar dan menghilangkan diri begitu sahaja. Walaupun beliau bukan jenis pendendam tetapi saya faham betapa kecewanya dia dengan sikap begitu.
Sekian,
W.M.Syazwan
P/S: Pos kali ini agak serius selepas lebih sebulan menghilangkan diri. Huhu. Btw, nanti saya beritahu sebab saya merehatkan diri daripada menulis.


May 18th, 2008 at 12:47 pm
Syazwan,
Tepat sekali kata saudara, dalam keadaan ekonomi sekarang kita semua perlu peka kepada pengetahuan kewangan terutama kewangan peribadi.
Inflasi, kekurangan bekalan makanan dan isu hutang semuanya menuntut kita untuk mengambil tindakan yang bijak kerana ianya membabitkan diri kita dan masyarakat.
Jika ada pihak yang meminta pihak kerajaan menaikkan gaji pada saat ini ianya bukanlah masa yang sesuai kerana ianya sudah pasti memburukkan lagi keadaan dalam meningkatkan kadar inflasi negara.
Hari ini jika rezeki kita hanyalah secupak, maka kita perlulah berusaha menjadikannya segantang. Itu sahaja yang boleh kita lakukan kerana soal bekalan makanan dan inflasi bukan di dalam kawalan kita.
Salam kekayaan,
THINKERICH
http://www.pemikirkaya.com
Motivasi: Kekayaan, Kewangan & Peribadi
May 20th, 2008 at 12:40 pm
Susah juga jika bekalan beras makin berkurangan. Tambahan pula banyak sawah padi yang mempunyai masalah aliran air dan ada juga tapak sawah sudah menjadi kawasan perumahan. Nampak gayanya kena tanam sawah dalam bangunan bertingkat. Namun begitu, masalah paling berat jika kita dihimpit kemiskinan. Semakin hari semakin susah. Bertindaklah agar kesusahan tidak berpanjangan
salam
http://www.premiumbeautiful.wordpress.com
http://www.pil-fiber.com
May 20th, 2008 at 6:08 pm
Benar, sekarang sudah tiba masanya kita kembali kepada yang asas…merancang dan berjimat cermat ketika berbelanja. Kurangkan bergantung kepada import dari luar dan berusaha mewujudkannya sendiri.
salam
http://www.koleksipercuma.com
May 21st, 2008 at 6:08 am
Saya sangat bersetuju dengan kata-kata saudara.
Pada saya, orang melayu kita terlalu mengharapkan orang lain untuk membela nasib mereka, padahal diri mereka sendiri lalai dengan pelbagai bentuk hiburan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.
Saya ingin menyarankan supaya orang melayu kita bangkit dari tidur yang lama dan mula sedar bahawa hanya kitalah yang boleh merubah nasib kita sendiri.
Don’t Expect, Suggest!!
May 21st, 2008 at 7:02 pm
Kes pakcik hang. Sama dengan aku. 3 orang member baik aku wat pedajal camtu. Walaupun takdelah libatkan bank. Tapi kesannya sampai hari ini..
Pasal beras. Susah nak cakap. Bagi yang ada pendapatan bagus. Diorang tak bisingla. YG masalahnya pada yg ada gaji dalam rm100-300 sebulan. Sakit woo nak beli beras dan barang2 lain. Bagi diorang. Memang mahal gila..
Mak bapak memang leh puasa. Tapi anak2 tu. Itu yg depa tak sanggup..
April 18th, 2009 at 11:42 pm
saya setuju dgn pendapat yang saudara berikan…saya harap saudara dapat berikan lebih banyak topik2 baru…