Banyak Kerja Tak Jadi? Ini Sedikit Tips Dari Saya
Salam Hormat Pembaca Budiman,
2 minggu ini “technical brain” saya agak sibuk. Minggu pertama, saya sibuk dengan FYP dan minggu kedua, setting sebuah website saya. Hari ini pula, mata saya sibuk. (sibuk mencari2 open house area2 Tronoh ni yang ada satay, nasi minyak, lemang, rendang, ketupat dan kuah kacang sekaligus. Saya tak sempat nak makan puas-puas time raya sebab kena balik UTP cepat. Di UTP ini, nampak ada jamuan akan diadakan hujung minggu ini, tetapi tak pasti untuk pelajar atau staff shj)
Hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips dengan anda.
Selalukah anda mempunyai masalah untuk menyiapkan kerja on time ketika online? Selalu info overload? Tidak boleh fokus pada satu-satu projek?
Ada banyak cara untuk menguruskan masa. Seperti adakan to-do list, prioritikan task dll. Tetapi saya fokus kepada yang mudah-mudah untuk orang yang selalu online macam kita semua dahulu.
- Off kan terus YM, MSN Messenger dan lain-lain. (ini paling byk drag masa. Jika anda tidak boleh offkan, gunakan fungsi “invisible”. Buat pengecualian untuk rakan sekerja dll sahaja -right click atas username mereka). Saya jarang sekali on YM saya.
- Jika tidak boleh sangat offkan Instant Messenger, disablekan notifications emel dan mesej yang boleh menganggu (bunyi, animation dan etc) Jika tidak dioffkan, cuba anda bayangkan anda sedang bekerja dan telefon berdering tidak henti-henti. Semuanya nak bercakap dengan anda.
- Buat emel baru. (pref Gmail. Mula projek baru dengan emel ini) Jaga emel ini dengan hati2. Ada spammers je, “Mark as Spam” terus (jika newsletter, subscribe dengan elok. SPAM ini biasanya datang dari kawan-kawan dalam contact list). Bezakan emel kerja dan emel “SPAMMABLE”
- (Adv) Set up filter untuk emel. Notifications dari kawan-kawan untuk join Friendster, dll social network boleh disetupkan untuk didelete terus. (nak mark as read pun tak apa) Sebelum setup filter di Gmail, saya menerima kira 100+ emel sehari. Kini saya hanya perlu uruskan dalam 40+ sahaja.
- (Adv) Setkan & Guna RSS Reader yang diatas Gmail tu. Jadi hanya lawati blog2 yang kita nak baca yang mempunyai tajuk baru yang telah diupdate sahaja.
- Fixkan masa anda bekerja tanpa diganggu dan menganggu (sejam tidak diganggu dan tidak menganggu dengan melayari internet lebih berharga dan produktif dari 5 jam buat kerja sambil jalan2).
Bagi yang masih baru dengan Internet, mungkin ada beberapa point yang anda tidak tahu bagaimana untuk buat. Tetapi jangan bimbang. Find a way guna Google ataupun Trial n Error. Ia akan develop skill teknikal anda.
Saya mendapati, fokus dan senggang masa tanpa gangguan sangat diperlukan especially bila saya kena buat task2 teknikal. Programming, troubleshooting, editing website atau menulis artikel. Sebab sebagai contoh kalau kita tengah troubleshoot code, ada banyak benda yang perlu di test dan kita kena ingat apa yang kita dah test dan apa yang belum. Kalau kita fokus, cepat kita dapat momentum untuk selesaikan masalah tersebut.
Good luck!
Sabri


October 18th, 2008 at 4:02 am
info yang menarik dan sememangnya itu lah yang berlaku pada newbie pada saya….
October 18th, 2008 at 11:32 am
betul. kene set dan disiplin.
Selalu kalau ada keje yg lambat atau dah terlalu lambat. Aku off YM dan tak bukak mozilla. Terus buat keje. Dah siap baru bukak sana sini termasuklah tak tengok cite upin dan ipin..
October 19th, 2008 at 12:23 pm
Time Management.
Walopun bunyi cliche, tp mmg penting nih.
Saya dapati time management saya semakin
kucar kacir (dsbabkan multiple stream of income
dan juga komitmen music).
Well, setelah membaca posting sabri kali ni,
saya bleh simpulkan cara pertama untuk time
management adalah untuk eliminate distraction
sebanyak mungkin.
Thanks Sabri.
October 19th, 2008 at 12:46 pm
Sebenarnya banyak benda saya dah tau tentang ni. Tapi bila diingatkan, baru sedar… tak praktikkan apa yang dah tau.
Saya kena ubah cara kerja balik ni…
October 20th, 2008 at 1:57 am
Bab layan email dan YM tu memang selalu hilangkan fokus pada kerja,pantang on je, mula la.FOKUS memang penting dalam semua perkara
October 20th, 2008 at 2:10 pm
hu..hu… masalah paling besar bagi ku.
Thanks Sabri.
October 20th, 2008 at 2:38 pm
ha-ha..kengkadang tengah buat keje, tangan ni gatal nak gi tengok2 blog org lain
setuju hazwan..eliminate distraction!
timekasih Sabri
October 20th, 2008 at 5:02 pm
Ya betul, kena concentrate. Buat list things to do dan tick bila dah siap!
October 21st, 2008 at 1:18 pm
Memang betul…
Kalau keje mmg bergantung pada internet memang wajib buat list…
Kalau tak, ntah apa-apa keje lain yang dibuatnya tapi keje yang patut buat tak buat² jugak…haha
October 21st, 2008 at 8:49 pm
selalu konfius,samada kita perlu manage time atau kite perlu manage ourselves?hehe..a very good article.long time no see. =)
October 21st, 2008 at 10:18 pm
memang kene listkan aper yang perlu di buat pastu aper forum tuh tutup jer dulu dan jgn nak bukak2 email cuba displin kan diri
October 23rd, 2008 at 5:17 pm
Sebab inilah saya suka “invisible”kan je YM saya. Tapi, yang tau dan kenal saya, akan tau, saya sebenarnya online
Filter (applicable utk Gmail je rasanya, yahoomail guna nama lain..), memang bantu jimatkan masa untuk
-saya sort out emel (automatic sort ikut emel address)
-saya buat decision untuk baca certain emel sebab dah sort out, boleh pilih ikut priority
November 3rd, 2008 at 3:11 pm
artikel yang menarik…
November 16th, 2008 at 4:05 pm
bagus…tips yang betul2 bantu saya wat keje yang telah dirancang lama
kalau tak, susah betul nak konsisten wat apa yang dirancang.
November 16th, 2008 at 8:26 pm
artikel ni lebih menjurus kepada cara untuk kita lebih fokus dan memanfaatkan masa yang ada..
pada ni perkara ni basis dalam gerak kerja..kalau kita tak fokus memang kerja akan bertangguh
January 3rd, 2009 at 4:45 pm