Bila Boleh Beli Kereta Ferrari?
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Jika sebelum ini SaifulSham hero dalam tidak mengalakkan orang ramai bermewah-mewah dengan kereta, hari ini saya akan mengalakkan anda supaya membeli Ferrari. Dan saya akan memberitahu anda, bila sepatutnya anda perlu beli Ferrari (hint: bukan ketika sudah tua dan mata sudah rabun)
Tahukah anda bila anda wajar beli kereta Ferarri? Jika tidak, read on.
Sebelum itu wajar kiranya saya memberi kredit kepada sdr Ahmad Fadzli Yusof, antara penulis paling prolifik negara yang berkongsi kisah benar ini dengan saya ketika makan-makan di Taman Melati minggu lepas.
Ketika waktu rehat sewaktu menghadiri sebuah kursus Training of Trainers, sdr Ahmad Fadzli berbual dengan seorang usahawan interior design yang turut menghadiri kursus yang sama.
Usahawan ini memandu kereta Ferarri dan dressing maut. Walaupun sekali pandang, usahawan tersebut adalah usahawan berjaya yang tipikal, namun selepas berbual beberapa ketika beliau berkongsi beberapa pendedahan yang mengujakan.
“Memang saya minat Ferrari” kata usahawan interior design tersebut.
“Tetapi, saya beli Ferrari ini, saya tahu yang saya akan untung dan Ferrari ini akan buat duit untuk saya. Bukan saya beli untuk melaram dan menunjuk-nunjuk saya kaya.” tambah beliau lagi.
“Apa maksud tuan?” tanya saudara Ahmad Fadzli
“Saya beli Ferrari ini, sebab saya nak join kelab pemilik Ferrari. Bila saya join kelab pemilik Ferrari, saya boleh market bisnes hiasan dalaman saya kepada orang-orang kaya. Satu projek boleh mencecah ratusan ribu ringgit untuk sebuah rumah. Setakat hari ini, pulangan yang saya dapat melebihi harga yang saya bayar untuk Ferrari ini. Well worth it” jelas usahawan tersebut.
“Oohhh”
Jadi, tidak salah untuk membeli Ferrari, handphone yang canggih, laptop yang power, ipod yang menawan, rim kereta yang berkilat dan sebagainya. Tetapi jangan biarkan ia jadi sebagai satu expense. Jadikan ia sebagai satu pelaburan.
Fikirkan, “Bagaimana aku boleh buat duit dengan benda ni”
Jika anda tahu bagaimana untuk mendapatkan balik wang yang anda keluarkan, silakan beli. Anda memang mampu dan bijaksana.
Teruskan berfikir…
Sabri
Proton Driver
p/s: Ada beberapa lagi cerita dari Fadzli Yusof, tetapi anda perlu tunggu buku terbarunya mengenai NLP yang bakal berada di pasaran tahun hadapan. Ini sekadar teasernya
p/p/s: Cerita tidak berkaitan, terlampau “power” SEO pun rupanya tidak bagus juga. Minggu lepas saya menerima panggilan dari seorang makcik bertanya mengenai East**** Sdn Bhd. Beliau ingatkan SaifulSham dan East***** Sdn Bhd adalah syarikat yang sama. Katanya beliau terjumpa SaifulSham waktu search nama syarikat tersebut di enjin carian.
Puas saya menerangkan bahawa kami hanya menulis mengenai Skim Cepat Kaya. Itupun nama syarikat tersebut terkandung dalam artikel yang Syazwan copy & paste dari Utusan. Selepas kami kata bukan, beliau tanya, SaifulSham pun skim pelaburan jugak kan? Grrr… Apa-apa ajelah makcik. Ingat, if it is too good to be true, then maybe it is!


December 23rd, 2008 at 1:02 pm
best kisah usahawan ni. lepas ni boleh pikir kereta mewah apa yang nak dipakai.
December 23rd, 2008 at 1:40 pm
Kalau begitu saya bercadang nak amik ferrari gak lah.. tapi duit lum cukup lagi..untuk masa terdekat mungkin amik keter estima dulu lah..
http://www.newforexaccount.blogspot.com
December 23rd, 2008 at 7:21 pm
Saifulsham… impian begitu amat baik bagi seorang usahawan. Perlukan lebih masa dan pengorbanan. Ferrari aku nak beli bila umur aku 35 tahun…
December 23rd, 2008 at 11:15 pm
mmm…ada ciri2 persamaan…cuma target komuniti berlainan
December 24th, 2008 at 1:44 am
teruja dengan kisha jutawan dan ferrarinya..very interesting..
December 24th, 2008 at 10:30 am
Biasanya teknik follow the herds
ni byk dilakukan dlm bidang selling
seperti MLM, insurans n etc.
Yang penting jgn terlampau hype sebab
masyarakat sekarang semakin bijak menilai
potensi sesebuah impian dan janji yang diberi.
Dan… sebarang investment dikatakan berjaya
jika ROInya melebihi initial investment kita.
Nampaknya saya pun kene start kira ROI untuk
sistem backend yang mahal untuk Seni Cinta ni.
Jika berhasil, tahun 2009 akan menjadi tahun
yang gempak memecah tradisi bidang cinta di
Malaysia.
Any tips for investment(costing/management)
for newbies and experienced IM Sabri?
Hazwan
December 24th, 2008 at 9:28 pm
Harga satu ferari lebih kurang RM1.2 juta…
Kalau kita beli yg limited edition punye lagi bagus…
ada satu model ferari tu cuma ade 40 biji je kat dalam dunia ni..
Itu boleh jadi satu perlaburan sebab limited edition ni orang berebut nak beli.
http://hamkaismail.com
December 24th, 2008 at 10:16 pm
terima kasih sifu untuk tips di atas….
lagi satu prinsip di atas mematuhi prinsip LOA. Law of Attraction. Apabila kita hendakkan kereta, kita mestilah berlakon seolah-olah ianya berada dalam keadaan tersebut. Lama-kelamaan ianya akan menjadi kenyataan.
December 25th, 2008 at 3:11 am
Tips yang boleh dijadikan antara azam tahun baru nanti
TQ Sabri!
December 25th, 2008 at 11:00 am
memang tepat sekali. saya dulu seorang ahli mlm, dan berkawan dgn jutawan2 mlm, kereta mereka fuhh!!! mewah bangat. Visi merka pakai kereta mewah pun bukan untuk melaram sebenarnya tapi untuk menarik pengguna, menjadi ahli mlm dan dapat memandu kereta impian seperti mereka. Jadi kereta mewah adalah magnet untuk kita menarik pelanggan.
http://jutawansenyap12.blogspot.com
December 25th, 2008 at 5:39 pm
Yeah, that’s right
Bagi sesetengah perniagaan… kereta mewah merupakan aset.
December 26th, 2008 at 12:32 am
Artikel ini mengingatkan saya dengan kisah rakan saya yang kini seorang jutawan dalam MLM.
Pada mulanya saya fikir dia nak berlagak dengan kereta-kereta mewahnya (antara kereta-keretanya ialah Porsche, Nissan Fairlady, BMW M6 dan akan datang Aston Martin)
Saya pernah bertanya dengannya, kenapa beliau suka sangat beli kereta2 mewah ini sehingga menjadi bahan koleksi kat rumahnya.
Dengan selambanya kawan saya menjawab ” aku beli kereta mahal2 semua ni sebagai satu cara untuk marketing”
December 27th, 2008 at 12:23 am
Memang betul idea ni…anggap apa yang kita beli tu sebagai satu asset yang akan memberi pulangan balik kepada kita.Barulah takkan rasa rugi.Gud tip & well done dude.
December 27th, 2008 at 3:06 am
Tips dan dorongan yang sgt bagus
December 27th, 2008 at 3:25 pm
I rasa ni idea yang bagus.Dalam dunia ni,kita perlu ambil resiko
December 27th, 2008 at 3:26 pm
ya memang kekayaan harta benda menarik kekayaan bila orang nampak kita berharta dan mampu memiliki kemewahan maka ramai akan konfiden buat duit dengan kita
December 28th, 2008 at 4:03 pm
Betul tu sabri.
keluar sikit ke oversea
.kalau kita tgk artist hip-hop/nigger dkt video2 MTV perasan kan mrka seme suka tunjuk ferrari,lambo,superbikes..paling hebat ada own flight dlm video clip mereka. imej duit, kaya- raya etc itu pn tmasuk jgak. itu semua aset mereka, wlupun in reality maybe some of them x lah kaya..tapi dgn imej ‘kekayaan’ yg dah ditunjukan dlm video clip dan ditonton seluruh dunia. org yakin dan ingin mengetahui byk ttg mereka. org curios..”he’s looks good”..he’s look richer”..”what the secret”..lalu duit mengalir ke mereka. barang/product mereka laku. psikologi, marketing dan brand jgak main peranan kat sini.kalau mcm sabri cerita kat atas tu, mmg kene la dia pakai freri, dpt client dr club yg dia join.
ada some quote sy penah baca dlm buku(lupa). “The more u show u rich, the more richer u will be”. ada byk ahli pernigaan pegang quote ni. in malaysia in fact, org kita mmg mudah terpedaya dgn org drive merc/bmw.. sbb tu MLM ramai org nak join. ramai sgt org kaya mlm..haha.
my 2 cent.
December 28th, 2008 at 6:33 pm
btul gak kan, x terpikir nak beli kreta ferrari ni untuk cari income, bernas idea ni
December 29th, 2008 at 4:56 am
yeah…mmg hebat dan mantap…strategi tu…
bile kite pakai keta besar dan berjenama…org akn yakin dgn bisnes kite…..
December 31st, 2008 at 11:40 pm
amin….
January 4th, 2009 at 11:11 am
mmm…selain ferrari, kereta apa yg gempak?
January 5th, 2009 at 9:04 pm
thanks to u all…
mmg btol ckap bro..setiap apa yang kita lakukan mestilah kita mengetahui apakah manfaat disebaliknya..bukan hanya sekadar utk menunjukkan material semata-mata..tapi mmg xsmua org bleh mendalami pemikiran yang sebegini kerana setiap org mungkin ada impian n keinginannya yang sendiri serta berbeza..oleh itu nilailah sendiri setakat manakah manfaat n faedahnya kepada diri anda apabila anda melakukan sesuatu…???
http://rahsia.jutawanblog.com/index.php?ref=matzskill
January 6th, 2009 at 10:51 pm
bg saya cukup laa dgan hanyaa kereta Myvi Se Facelift
… Mgkin boleh buat duit jugak?? Hmmm
January 7th, 2009 at 11:51 pm
teknik yang bagus…sasaran, orang kaya yang high class..sesuai dengan perniagaan hiasan dalaman yang pastinya banyak permintaan dari orang-orang kaya
maklumlah, bila dah high class ni, mesti nak deal ngan high class jer
So, asas teknik dia tu adalah nak berjaya, dapatkan kepercayaan dulu dari prospek sebelum jana wang lebih lumayan dalam perniagaan
January 10th, 2009 at 4:39 pm
aku tak minat lah ferrari. aku lebih minat BMW.
tapi lama lagi kot… saya nih masih bergelar student.
January 11th, 2009 at 1:37 pm
Hmm biler nk beli Ferrari??? ohh keretaa buatan M’siaa pun belum mampu nk beli
January 14th, 2009 at 3:44 pm
Nak beli ferrari…? Rumah pun takde lagi, nasib baik ada rumah orang tua(bapakku),untuk aku menumpang kasih….
January 27th, 2009 at 5:59 pm
bli ferari??? bagi saya yang paling penting asalkan ada asas pun dah bagus dan boleh bahagiakan family..
ferari satu option..kalu kaya blh la kan..hehe
February 2nd, 2009 at 8:38 pm
Semasa berbual dengan rakan baru saya itu, beliau berkata, kalau nak leverage kereta mewah, beli Ferrari, bukan kereta mewah lain. Bukan Porsche, bukan Masserati, bukan McLaren. Dia telah menerangkan secara objektif, dan saya juga telah memahaminya secara objektif. Ada alasan yang kukuh, bukan retorik atau emosional. Apakah dia?
Erm,nantilah. Setakat ini belum tulis lagi dalam buku akan datang. Patutkah saya memasukkannya? Erm…
May 24th, 2009 at 5:15 am
Possible! Possible! Jom kita share bli kete ferrari. hehe
August 6th, 2009 at 2:37 pm
Salam usahawan…
Betul tu…
Memang tu la cara untuk kita clossing mudah dgn prospek…
Bila dia tgk kita pakai kereta mewah…
X banyak cerita dah, sain borang terus join…
Bagus idea nie…
Aku nak mula dgn mercedes dulu…
Pastu banglow ekslusif…
Pastu bini 4, eh silap
August 30th, 2009 at 6:07 pm
ferrari huhu..
mmg bagus idea ni..
November 14th, 2009 at 9:30 pm
SALAM..
bestnya kalau dapat beli ferrari..
kalau mcm tuh,jom kita usaha..usaha adalah tangga kejayaan.
April 1st, 2010 at 10:25 am
kalau ferrari mungkin over sangat,
boleh try join kelab accord, civic atau vios beb..
-mohamad