Salam Hormat Pembaca Budiman,

Maaf atas tajuk yang agak “hype” tersebut. ;)

Tetapi ia memang benar pun. Kami sebenarnya sedang mencari beberapa orang freelancers atau part timers untuk business kami. (sebenarnya ini adalah sebahagian dari proses perubahan SC~akn diumumkan dlm bulan ini)

Jika anda seorang “Star” dengan personaliti menarik yang memenuhi mana-mana keperluan di bawah, kami mengalu-ngalukan anda untuk menyertai kami. Kami tidak mementingkan pengalaman atau background, kemahuan belajar dan boleh diharap lebih penting. Jadi jika anda newbie pun tak mengapa, dengan syarat anda ada masa dan sudah familiar dengan internet. Oh ya, anda boleh bekerja dari rumah anda! :)

Kami fleksible dan mempunyai skala ganjaran setimpal. Anda boleh memilih untuk berkerja 1 jam sehari selama 5 hari seminggu atau pun up to 5 jam sehari, 5 hari seminggu. Lelaki mahupun wanita.

Management “Star” Members

Jika anda ada kebolehan ini;

  1. Emel etiquette yang baik
  2. Boleh memahami dan menulis Bahasa Inggeris dengan baik
  3. Jujur, amanah dan ada integriti

Selama bersama kami, anda akan bergembira melakukan ini:

  1. Data Entry
  2. Menjadi “Ibu” dan “Reminder” kepada unit-unit lain mengenai deadline dan perkara-perkara yang perlu mereka ingati
  3. Cover unit lain jika ada unit pada masa “busy’
  4. Berkomunikasi dengan pelanggan

Perkara paling best mengenai unit ini;

  1. Anda akan dapat “overview” bagaimana proses perniagaan internet berjalan
  2. Ada range skill yang banyak kerana anda akan memperoleh pengalaman dalam melakukan pelbagai bentuk tugasan ketika cover unit lain. Dari marketing hingga customer support.

Customer Support “Star” Members

Jika anda ada kebolehan ini;

  1. Emel etiquette yang baik
  2. Boleh memahami dan menulis Bahasa Inggeris dengan baik
  3. Ada kemahiran teknikal yang minimum (pernah guna cpanel)
  4. Caring
  5. Jujur, amanah dan ada integriti

Selama bersama kami, anda akan bergembira melakukan ini:

  1. Menjadi “super hero” kepada pelanggan dengan membantu menyelesaikan masalah teknikal mereka
  2. Menjadi “hero” kepada unit-unit lain kerana anda dapat membantu mereka memudahkan kerja mereka
  3. Menjadi “guru” kepada unit-unit lain kerana manual proses yang anda hasilkan akan menjadi rujukan mereka dalam menjalankan tugas.

Perkara paling best mengenai unit ini;

  1. Anda akan dapat belajar menyelesaikan banyak masalah teknikal secara hands on.
  2. Anda akan mendapati pelanggan biasanya stuck di tempat yang sama. :)
  3. Kepuasan! Anda akan mempunyai “super power” untuk memudahkan sesuatu yang susah. :)

Content “Star” Members

Jika anda ada kebolehan ini;

  1. Menulis dalam Bahasa Melayu ATAU Bahasa Inggeris (kedua-dua lebih baik)
  2. Boleh menulis secara sedikit-sedikit dengan  konsisten
  3. Mempunyai kemahiran melakukan research sendiri
  4. Self starter, independent. Boleh bekerja dan siap tanpa pengawasan.
  5. Jujur, amanah dan ada integriti

Selama bersama kami, anda akan bergembira melakukan ini:

  1. Menulis pelbagai jenis bahan, dari artikel kepada press release kepada salesletter kepada review

Perkara paling best mengenai unit ini;

  1. Akan diajar mengenai “copywriting” yang power
  2. Menjadi “Master Yoda” dalam business kerana selalunya ahli unit ini berpandangan luas (wise).
  3. Anda akan menerima feedback dari pembaca mengenai kebolehan anda (macam artis, cuma anda tidak menyanyi, tetapi menulis)

Design “Star” Members

Jika anda ada kebolehan ini;

  1. Boleh menggunakan Adobe Photoshop atau Adobe Photoshop Element
  2. Kreatif! (mahir dengan colours combination)
  3. Mahir menggunakan Frontpage dan Dreamweaver (HTML atau PHP)
  4. Self starter, independent. Boleh bekerja dan siap tanpa pengawasan.
  5. Jujur, amanah dan ada integriti

Selama bersama kami, anda akan bergembira melakukan ini:

  1. Memperoleh tugasan mencabar untuk mereka design-design dari ecover, banner, logo sehinggalah kepada laman web.
  2. Memperoleh kebebasan mutlak untuk mengkritik design designer lain . :)

Perkara paling best mengenai unit ini;

  1. Anda boleh melihat hasil kerja anda digunakan di serata internet
  2. Anda boleh mendengar pujian direct dari peminat-peminat anda
  3. Berpeluang untuk mendesign perkara-perkara “penting” untuk organisasi-organisasi “penting” (eg: logo top marketer dunia, logo Multi National companies dll)

Special note untuk bahagian design: Kami boleh mengajar anda untuk menggunakan perisian-perisian di atas secara minimal (sepintas lalu), tetapi kami tidak mempunyai daya kreativiti yang hebat. Jika anda ada kreativiti tersebut, maka jangan segan-segan untuk apply! :)

Nota:

Jika anda ingin Streamyx di rumah anda dimanfaatkan dengan sepenuhnya, ada kebolehan tetapi tidak tahu bagaimana untuk buat duit dengan kebolehan anda, tidak ada modal untuk bermula ataupun mahukan wang saku tambahan tetapi tidak mahu buat IM full time, anda dijemput untuk memohon.

Ada banyak kekosongan, dan setiap posisi adalah untuk tempoh 3 bulan dan tambahan optional 9 bulan. Selepas 3 bulan prestasi anda akan di review, jika bagus dan cemerlang anda akan dikekalkan untuk 9 bulan seterusnya dan jika anda mahu khidmat anda akan dikekalkan seterusnya untuk jangka masa panjang (selagi mana anda berminat untuk stay dengan kami)

Nota Jika Anda Pelajar UTP Semester Hadapan:

Anda lebih-lebih lagi digalakkan untuk memohon. Kami mempunyai “inkubator” di Taman Universiti untuk digunakan. Broadband internet yang stabil dan tidak terputus-putus, transport pergi balik ke inkubator dan elaun tambahan adalah dijamin! :) (semua kursus dan semua tahun boleh memohon)

Cara Memohon:

Hantarkan emel ke saudagar@saudagar.com.my dengan subjek ” Saya adalah Star!” dan ceritakan serba sedikit mengenai anda;

  • Nama
  • Alamat
  • No Telefon
  • Elaun yang diharapkan
  • Berapa jam seminggu boleh commit
  • Bolehkah kekal untuk sekurang-kurangnya 3 bulan?
  • Mengapa dengan mengambil anda akan membuatkan syarikat kami lebih gembira? ;)

Tiada minimum perkataan dan tiada maksimum.

Selamat Mencuba!

Sabri