Cara Mudah Mendapatkan Modal Untuk Mula Bisnes
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Ramai orang yang mahu menjadi usahawan dan memulakan perniagaan sendiri baik internet ataupun offline, namun satu masalah yang sering menghambat mereka adalah ketiadaan modal. Setuju atau tidak? Bagi orang yang tiada duit langsung, dalam hati mereka berkata, “kalau ada RM 100 pun jadilah nak buat modal”.
Kalau orang yang sudah ada RM 100 pula, mereka berkata, “mana cukup ni. Kena ada paling kurang RM 1000 baru boleh start ni”. Dan tidak terkecuali, bagi mereka yang mempunyai 2-3 ribu, “eh, mana cukup! Itu meniaga main-main “adik” (ayat betul yang kami dengar). Bisnes betul nak start paling kurang RM 100K.”
Walau apa pun situasi anda, saya akan cuba meleraikan persoalan anda. Kami bukan Along, kami cuma nak tolong.
Kita akan mula dengan cara paling tidak sofistikated dulu.
Pertama, jual barangan anda yang tidak diperlukan dahulu secara second hand. Semua orang ada barangan ini. Lagi tua seseorang itu, lagi banyak “besi buruk” yang disimpan mereka. Rim Kereta, tayar lama, handphone kedua, jam tangan kedua, komputer kedua, koleksi kaset (original), buku, radio semua ini boleh dijadikan wang.
Pada zaman dahulu, menjual barangan second hand dengan cara ini mengundang stigma sedikit. Orang akan menganggap anda mencuri barangan tersebut ataupun penagih dadah yang mahu cari duit beli dadah.
Tetapi zaman sekarang dengan adanya Lelong.com.my dan Ebay, anda boleh menjual barangan second hand anda tanpa rasa was-was lagi.
Kedua, anda boleh mendapatkan sedikit wang dengan memotong perbelanjaan “luxury” anda. Contoh, jika anda sudah bekerja cuba satu hari makan sekali sahaja. Anda pilih anda mahu makan malam atau makan tengah hari. Duit yang anda berjaya jimatkan, anda simpan sebagai modal anda. Anda boleh lakukan yang sama untuk top up, tiket wayang dan juga minyak kereta yang digunakan untuk ronda-ronda.
Bagi remaja macam saya (ehem3x), kadar metabolisme badan kita tinggi jadi mungkin sukar untuk kita makan sekali sehari sahaja. (tengok badanla
) Jadi, ini tips yang seorang rakan saya amalkan, dia makan apa sahaja, bila-bila sahaja dia mahu, tetapi air mesti air kosong. Dengan cara ini dia dapat jimat RM 1-RM 5 sehari bergantung kepada berapa kali dia makan satu hari.
Dan ya, rokok! Itu tidak perlu persoalan lagi. Tinggalkan, jika tidak boleh, gulung sendiri (itu cara founder TudungToday.com cari modal).
Ketiga, cara yang saya paling suka. Cari orang yang tersayang.
Baik-baik, ramai di antara anda yang mengangkat kening. Kepada lelaki-lelaki berduit di luar sana (room mate saya termasuk), mereka menganggap kekasih, atau teman wanita ini menyusahkan dan menghabiskan duit. Sebenarnya tidak begitu. Ia bergantung kepada cara anda handle perhubungan tersebut.
Carilah orang yang betul sebagai pasangan. Hubungan yang baik dan suci akan menghasilkan sesuatu yang suci juga. Dan orang yang tersayang ini bukan sahaja kekasih ya, tetapi boleh jadi ayah, ibu, kakak, abang, cikgu favourite, rakan dan sesiapa sahaja.
Beritahu mereka ini bahawa anda sedang cuba untuk mengumpul wang. Katakan bahawa anda sedang cuba untuk kumpul RM 200, tetapi mengikut perkiraan anda untuk menyimpan RM 6 sehari dan sebulan RM 180 itupun jika anda penuh berdisiplin. Anda short RM 20. Cakaplah kepada mereka, jika anda dapat capai target anda, bolehkah mereka hadiahkan RM 20 lagi?
Itu satu cara. Satu cara lagi, ingatkah zaman kanak-kanak kita? Jika puasa penuh dapat hadiah. Jika dapat nombor satu dapat hadiah, jika itu dapat hadiah, jika ini, dapat hadiah?
Nah, belajarlah rajin-rajin dan berjanjilah dengan ibu bapa anda jika anda dapat dean list, bolehkah anda mendapat hadiah? Atau fikirlah apa-apa situasi sekalipun yang boleh anda dapat hadiah.
Ok, itu cara mencari wang kecil. Mari kita cari wang sedang pula.
Pertama, cari angel investor. Angel investor ini biasanya adalah orang yang ada duit dan dia mahu lihat anda berjaya. Dan dia tidak ada banyak soal. Contoh, ibu bapa anda, datuk anda, kakak anda, abang anda, rakan anda. Mereka sudi melabur sedikit “seed money” untuk anda memulakan sesuatu. Ada di antara mereka yang mahu sedikit share, tetapi ada juga yang suka melihat anda tidak mensia-siakan waktu, mereka derma sahaja.
Senangla cakap, mungkin itu kata-kata sebahagian dari pembaca. Tetapi ketahuilah, anda belum cuba anda belum tahu hasilnya. Selalu bercakap mengenai cita-cita dan peluang yang anda nampak kepada angel investor ini. Biar mereka sedar bahawa itu adalah passion anda. Dan juga sudah tentu, anda juga kenalah well-behave di depan mereka ini. Jika ada sifat-sifat buruk itu, sembunyikan. Kita bukan hendak jadi hipokrit, tetapi kita nak jadi yang terbaik kita boleh jadi.
Kedua, jual saham perniagaan anda. Anda boleh mencari pelabur-pelabur yang mahu menyediakan modal untuk anda mulakan perniagaan anda sendiri. Orang ini boleh jadi angel investor, dan juga boleh jadi tidak. Antara pelabur-pelabur berpotensi selain dari golongan yang telah saya sebutkan adalah, ibu bapa rakan anda, rakan-rakan ibu bapa anda ataupun pensyarah anda.
Jika anda belajar di universiti, saya lihat ramai mahasiswa yang suka menganggap orang lain serupa sahaja dengan dia. Tidak berduit. Sebenarnya tidak begitu. Di kampus ini, banyak sahaja saya lihat pelajar yang “berduit” kerana menjalankan bisnes sendiri. Cuma anda perlu pandai mencari golongan ini. Birds of the same feathers flock togethers.
Di UTP misalnya, ada juga seorang rakan saya yang mahu memulakan bisnes penternakan kambing (ada seorang pelajar UTP yang berjaya dalam bisnes ini ketika masih belajar lagi, Syazwan pernah menulis mengenaiinya). Saya tahu beliau ini boleh diharap dan betul-betul passionate. Beliau telah memberitahu saya pelannya, kursus-kursus yang beliau telah dan akan pergi, cerita beliau memandu teksi datuknya ketika cuti semester untuk cari modal (ya, ingat tidak ada mahasiswa berinisiatif macam ini ka?) dan saya menawarkannya dengan semenarik boleh, “Kalau kau ada masalah modal, bagitahulah aku. Aku boleh invest”
Tetapi sayangnya beliau berkata, “Modal aku tak ada masalah. Aku ada savings sikit2 dengan parents aku”. (melepas peluang buat duit dengan goyang kaki!). Pendek kata, duit modal mungkin datang dari sesiapa sahaja. termasuklah rakan anda. Jadi berceritalah kepada mereka dan lihat sama ada mereka ada passion yang sama.
Saya akhiri post ini dengan kisah bagaimana seorang rakan saya (Faizul)bermula dengan berniaga burger kecil-kecil. Menarik mengenai beliau ini, walaupun beliau ada kesedaran mengenai wang, tetapi beliau bukanlah “gila duit” segila-gilanya. Beliau lebih senang makan gaji, tetapi beliau ada kesedaran wang.
Di kampus, jika anda belum tahu, makanan adalah antara produk yang paling senang dijual kepada pelajar. Burger, Hot Dog, Nasi Lemak, ini antara produk yang banyak dijaja pintu ke pintu. Bahkan di UTP, ada khidmat “delivery” dari restoran-restoran berhampiran lagi ditawarkan.
Cuma di UTP, ada satu sangkaan yang tidak bertulis dibuat. Untuk jual makanan, kita kena cari supplier luar yang boleh beri harga murah untuk jual kat dalam. Pendek kata, seseorang yang mahu mula menjual burger misalnya perlu ada kenderaan untuk mengangkut burger2 tersebut ke dalam.
Faizul tidak mempunyai kenderaan. Tetapi beliau juga seorang yang ada inisiatif dan tak suka beralasan. Beliau pergi ke kafe dihadapan blok junior dan menempah 50 biji burger dari kafe tersebut. Kafe menjual sebiji burger pada harga RM 1.50, namun oleh kerana Faizul menempah 50 sekaligus, abang cafe itu memberinya diskaun RM 1 sebiji.
Burger ini dijual Faizul di asrama hadapan kafe tersebut pada harga RM 1.50 (tidak sampai 20 meter jarak dari kafe tersebut). Menurut Faizul, jualannya tidak pernah tidak habis. Selalunya beliau hanya perlu pergi ke 1 blok sahaja. Jika tidak habis pun 2 blok. Itu maksimum.
Bayangkan, selama ini hampir semua pelajar UTP yang menjual atau bercadang untuk jual makanan (SaifulSham termasuk) menyangka bahawa makanan tersebut perlu sumbernya datang dari luar. Ataupun masak sendiri.
Itu menjadikan masalah mencari supplier komplikated dan sukar. Tetapi Faizul ini dengan cerdasnya menggunakan sumber-sumber yang sudah sedia ada di depan mata tanpa perlu fikir susah-susah merumitkan keadaan. Menurut Faizul, beliau tidak jual tiap-tiap hari. Cuma ketika dia “sesak” sahaja baru dia jual. Eh, eh.. ini sudah jadi “Money on Demand“, kata saya dalam hati.
Tetapi yang lebih menarik, beliau berjaya menyimpan rahsia ini selama bertahun-tahun dari pengetahuan rakan dan juga room matenya. Hanya beberapa minggu sebelum dia grad, baru rahsia ini didedahkan kepada kami.
Jadi, buka mata anda dan jangan fikir kompleks-kompleks. Apakah peluang yang ada, dan sumber di sekeliling anda yang boleh digunakan untuk menghasilkan duit @ modal.
Selamat Befikir!
Sabri
p/s: Saya ada satu kisah benar lagi mengenai seorang “Rich Schefren” kampus. Sebab post ini pun sudah terlampau panjang, saya akan ceritakannya dalam post akan datang. Stay Tune!


January 15th, 2008 at 9:15 pm
Dulu masa darjah 3 , mak saya supply nasi lemak , nasi tomato kepada beberapa student utp perempuan untuk dijual dalam block asrama .
Alhamdulillah tiap-tiap hari laku , aderler dalam 20-25 unit . Ehem , masa tu bro syazwan dan sabri tak register lagi mungkin kat sekolah menengah kot
.
January 15th, 2008 at 9:32 pm
woww..fantastic idea..heeee.Bole arr tiru…ambo lonni pun baru nok mulo try test…start 2008..padahal sebelum ni pernah gak bisnes tanpa kuar modal..modal air liur jer..tp sbb kureng confiden n takut2..tapi la ni sy nak beranikan diri dan tebalkan muka 14 ke 20 ke lantaklah..tak berapa untung dulu pun takper janji ada experience buat sale…heeee.Moga saya berjaya gak ada bisnes sendiri suatu hari nanti…internet biz terutamanya sbb sy ni pemalas dah nak berjalan ke sana sini..penat oooo…nak santai2 depan pc sambil jaga anak2 je kalau bole..ameeen.
January 15th, 2008 at 10:36 pm
wahahahaa… post yang menarik nih. cara yang paling cepat untuk dapatkan modal dan mulakan bisness. memang menarik…
January 15th, 2008 at 10:39 pm
ebook kuasalelong kena dapatkannya segera untuk meraih pendapatan secara sambilan. nampaknya kena fikirkan cara ebay tersebut untuk buat duit sambilan. lumayan wooooooooo….
January 15th, 2008 at 10:42 pm
haha. bernas juga faizul tu.
January 15th, 2008 at 10:49 pm
ohohooo… sumber di sekekliling anda. jangan hanya nampak yang jauh2 je. cuma cari laa hanya di sekitar anda terlebih dahulu… dan kemudian anda boleh mulakan bisness anda dengan janyanya… memang kena banyak berfikir untuk menambah modal pendapatan tambahan.
kena tengok dn perhatik… menda seringgit mana ada jual sekarang? dan dengan seringgit itu telah terbukti dalam buku best seller jutawan senyap…
wahahahahaa… banyak ko punya komen. bila nak mula bisness abdfatah weiiii…?
hohohohoooo…
January 16th, 2008 at 12:32 am
menarik cerita ni…saya nak berfikir plak.
January 16th, 2008 at 2:29 am
sebenarnya banyak peluang nak buat duit…

bukan 1 je…
kalau kita pandai cari lubang, insyaAllah akan jumpe..
January 16th, 2008 at 5:30 am
EHm, teringat zaman kat universiti dulu. Macam2 buat. Nak wat tesis. Banyak gila nak pakai duit. Tapi dengan pelbagai intensif buat. tercapai gak kehendak aku dulu…
January 16th, 2008 at 9:46 am
Mcm2 alternatif sebenarnya nak kumpul modal.. Nak berniaga pun memerlukan kita berfikiran ke hadapan sedikit dari org lain serta sentiasa nampak peluang..
January 16th, 2008 at 10:04 am
bagi syia kan.. sebenarnye tak ada alasan kalau dah memang nekad.. jadi alasan tak tahu nak cari modal ke.. sure tak bangkit..
usaha teras kecemerlangan
pasal orang tersayang..hehe actuallykan mase belajar better treat relationship macam business (means bukan business Sxx) means be professional tapi susah nak cari pasangan macam tu hehe
January 16th, 2008 at 10:34 am
bagus betul cite ini… rasa tak puas membaca nyer.. penuh dgn pengajaran.. sesuatu yang nmpak biasa dalam kehidupan kiter tetapi dilihat dari sudut yang lain..
January 16th, 2008 at 10:37 am
Modal sememangnya bukanlash alasan. Di mana-mana saje kita boleh dapatkan modal tu.
Kita boleh mula dengan sedikit demi sedikit. Tidak perlu membina serta merta perniagaan yang besar (big business). Kalau besar2 nanti susah plak nak uruskan sebab tiada pengalaman.
Mulakan dengan kecil dan berakhir dengan besar -> Saifulsham ada cakap pasal hal ni dulu.
Modal RM100 pun boleh dapat income ribu2 jika kena caranya..
January 16th, 2008 at 4:28 pm
Nak meniaga tak semestinya perlukan modal kalo kat kampus…
Saya buat servis repair PC, dulu pc ni tak ramai yang tahu, so sekali repair caj adalah dari rm20 ke rm50 satu pc.Biasanya dak perempuan la yang suka simpan virus ni..:p.lama lama pc pun jam.lepas tu mula la meracau cari orang nak back up file assigment.
jadi buat servis repair mcm cleaning,format & back up fail.Kedai saya adalah bilik hostel(kat uum fully residential).Tampal poster la kat blok hostel,kul 2,3pg pun ada yang sms suruh repair pc.
Yang penting adalah kreativiti, buat biz yang tak pakai modal. just guna knowledge & kemahiran anda je.
kalo ada yang reti & ada kemahiran servis menservis tu..buat la..
January 17th, 2008 at 1:50 pm
January 18th, 2008 at 7:26 pm
good idea.. esp kene cut down perbelanjaan luxury itu..ehehe
January 21st, 2008 at 9:27 pm
[...] tajuk yang begitu catchy sekali. Seperti yang telah saya janjikan dalam post lepas (Cara Mudah Mendapatkan Modal), hari ini saya akan berkongsi cerita mengenai usahawan kampus yang berwawasan dan sangat genius [...]
February 1st, 2008 at 11:45 am
kalau asyik beri alasan sampai bila keje tak jalan..at least buat..then ade jgk la sesuatu
February 1st, 2008 at 2:40 pm
Bila baca post sabri nih, teringat pula seorang kawan yang study kat Kolej yayasan Sabah. Produk yang dijual adalah rokok. satu pak rokok dia beli dalam rm20 ringgit (dia biasa beli dalam 5pak keatas,dan 4kali ambil stock dalam seminggu). 1pak ada sepuluh bungkus, So sebungkus dia jual rm3.00 dan untung seringgit. oleh kerana kat kolej tak ada jual rokok (kedai rokok pun jauh), so ramailah yang beli, dia kata adalah untung dalam rm600-rm800 sebulan.
P/s-merokok membahayakan kesihatan.
February 3rd, 2008 at 6:28 pm
sya ingin pinjam modal rm 2000 boleh?? saya nak masuk luxor.
February 6th, 2008 at 2:17 am
[...] SaifulSham.com . Kami betul-betul menggunakan “kemudaan” dan hakikat bahawa kami adalah mahasiswa sebagai satu aset [...]
February 6th, 2008 at 4:37 pm
hehe.. best la idea jual brng second,,
kalau nk jual pakai2 pakian second hand, kasut ke.. boleh ker jual online?
February 6th, 2008 at 4:45 pm
nak share jgk sebenarnya
masa kat U dulu.. roomate sy dan saya ada wat bisnes jgk.. bisnes dobi..kawan saya dgn rela hatinya beli sebuah mesin basuh auto..berharga 600 ringgit.. mula2 beli untuk kegunaan sendiri.. pastu timbul idea untuk jadikan bisnes.. mmg hangat la sbb ramai student yg maleh nak basuh baju.. hehe.. so kami uat la flyer.. poster kecik tmpal kat mane2 dinding yg ada kt blok asrama tuh.. hehe.. sebenarnye mmg illegal tp kami wat jgk.. harga untuk satu basuhan ialah 2.50.. x ksahla brp bnyk pakain yg pntng kite ikot basuhan.. sabun kitorng provide.. cuma modal air dan karen asrama yg bayar… hehehe.. terjahat skit..
February 6th, 2008 at 8:55 pm
Perrghh..bagus post ni. Kebetulan mmg tgh cari modal pun. Tp dah dpt dah pun..Saya skang ni kat UM. Hajatnya nak wat bisness konvensional n juga ebay…Port dah ada,mmg tmpt tu baik sgt, ramai org. Tapi masalahnya xde modal….huhu.
Aritu pergi ckp ngan Lecturer…mtk dia invest dan kebetulan dia setuju. Dia nak bg dlm 2K or 3K..alhamdulillah..hehe. Lecturer tu pun org kelantan, so, same2 kelate ni x berkira sgt…
April 16th, 2008 at 5:29 pm
salam,
saya memang setuju sangat dengan isea2 tersebut…benda yang simple untuk dimulakan dan hakikatnya memang saya dah buat…alhamdulillah…dapat kumpul modal sikit2…jadi reseller e-book pon ok..sambilan jer
May 1st, 2010 at 9:29 pm
ooooh, super cute! love these little underwater guys!
June 15th, 2010 at 12:29 am
sorry 2 say erm….idea2 ni semua x relevan langsung
March 9th, 2011 at 2:40 pm
Sy mmerlukan modal RM50K dalam masa terdekat ni…sy ada sebuah kafe kecil ja…masa mula buka dulu..dsyatla juga sale… rm hampir 1k sehari…tapi sy diuji dengan benda mistik … sale sekarang menjunam ke paling teruk RM70 ja… mmg sedih gila…sejak sebulan dua ni la . kejadian ni berlaku. sekrang.. sy bercadng untuk pindah tmpat..sy x mau ttp kafe sy bgitu sj wlupun cafe sy hmpir bankrup . Pekakas masih ada… Tempat baru ni lbh strategik dan sy rasa la mgkin x dak kut masalah mistik ni. Sy ada sebuah rumah sewa..ingat nak pajak rmh tu… perlukan masa dri bank sekurang2 3 bln. kalau ada individu yng boleh bg pinjam duit kat saya n sy pajak rmh tu ( agreement sekali la) harga rmh tu di pasaran RM 150K… Any one can help me