Kelmarin, saya menelefon adik saya, Syamim dan bunyinya beliau agak cemas kerana seseorang telah menggunakan dana PayPal nya dan membeli produk diinternet.

Pada mulanya saya mencadangkan kepadanya untuk menelefon khidmat kad kredit banknya bagi membuat chargeback kerana sebahagian wang digunakan oleh perompak itu tadi ditolak daripada kad kreditnya disamping wang di Paypal.

Selepas menghubungi Sabri, beliau pula mencadangkan kepada Syamim untuk tidak menelefon khidmat kad kredit. Sabri menyuruh Syamim untuk melaporkan kepada PayPal.

Melaporkan kepada khidmat kad kredit akan mungkin menyebabkan akaun Paypal anda dibekukan oleh Paypal kerana anda akan ditaksirkan Paypal sebagai cuba membuat chargeback ke atas Paypal.

Jalan terbaik, adalah melaporkan perkara itu kepada Paypal. Tidak lupa juga, laporkan kepada penjual barangan/produk untuk memulangkan semula wang anda dengan menyertakan bukti bahawa transaksi tersebut adalah tidak sah.

Disamping itu, tukarkan password Paypal dan password email.

Setelah diselidik kes yang menimpa adik saya, rupa-rupanya beliau pernah mendaftar dengan sebuah forum yang mendakwa mereka melindungi maklumat ahli forum. Difahamkan, perompak tersebut adalah admin forum tersebut dan disebabkan adik saya mendaftarkan alamat email dan password yang sama dengan forum dan akaun Paypalnya, mungkin perompak itu mencuba-cuba alamat email dan password ahli forumnya secara tidak sah.

Dikhabarkan, penjual produk tersebut telahpun memulangkan kembali wang terbabit dan penjual itu juga memaklumkan kepada adik saya bahawa, beliau juga menerima tempahan dalam kuantiti banyak oleh orang yang sama disamping dana Paypal milik individu yang berbeza-beza.

Jadi, selepas kejadian ini menimpa adik saya, adalah baik juga dikongsi bersama pembaca SaifulSham. Walaupun anda mungkin boleh mendapatkan wang Paypal anda dengan mengemukakan bukti transaksi tidak dilakukan anda, adalah baik mengambil langkah berjaga-jaga.

Pertama, pastikan anda tidak menggunakan email yang sama dengan Paypal ketika mendaftar pada mana-mana laman web tidak kira laman web forum atau sebagainya.

Walaupun kita beranggapan bahawa manusia ini dilahirkan secara zahirnya mempunyai sikap yang baik, tetapi akan ada juga beberapa kerat yang akan mempunyai niat sebaliknya.

Sekian,
W.M.Syazwan